dah nak abis januari baru terhegeh2 nak citer planner yg ohsem ni..
actually saya beli Planner ni dari Kina pada penghujung Disember yang lalu.
konon gigih tahun ni nak ber planner bagai.
padahal sebelum ni main catit segala mak nenek dalam buku nota kecik je..
nak lebih organised katanya..
hidup mesti ada perancangan supaya segala2nya lebih teratur.
wpun Perancang No. 1 adalah ALLAH SWT.
kita hanya merancang, Allah yg menentukannya... wahh gitew...
apa yg best tentang planner ni ialah ruangan DAILY IBADAH,CLEANING CHECKLIST,
FITNESS CHECKLIST selain menu planning, saving challange, dan Ramadhan menu planner...
tahun 2016 yg serba mencabar dari segenap segi ekonomi,
jom lah kita merancang segala perbelanjaan kita, pendapatan kita,
dan jangan lupa untuk menabung skali.
yang paling saya suka ialah part weekly saving challenges.
tapi saya ada mengubahnya sikit.
saya buat saving RM30 seminggu jadi jika saya menabung selama 52 minggu,
tabungan saya akan menjadi RM1560!!!
kenapa RM30? kerana saya rasa 30 tu takde lah membebankan dan mudah untuk istiqamah, alaaa skali isi minyak keta je kan...
bagi yg pakai keta comel mcm saya laaa...
sebulan baru RM120. tapi jika disimpan RM30 tak laa rasa banyak sangat.
apa yang menarik lagi, saya usulkan pada suami tentang challenge saving ni dan dia pun bersetuju untuk join sama.
maknanya jika 52 minggu tabungan kami akan berjumlah RM3120.
pada penghujung tahun mcm konon2 ada bonus laaa gitew.
so boleh laa guna untuk perbelanjaan sekolah anak2 dan percutian dekat2...
doakan saya istiqamah yer dlm weekly challenge ni.
tapi saving lain pun perlu ada jugak tau,
jangan laa harapkan kan saving ni jer okeh..
semoga kita menjadi perancang ekonomi rumahtangga yg berjaya untuk keluarga. yeahh!!
No comments:
Post a Comment