Monday, February 15, 2016

kisah disebalik kek kukus coklat dan resepi

minggu lepas semasa suami balik kg, saya bertiga bersama anak2 rayyan &  yaya.
hari ahad berkenaan,rayyan mula2 request nak suh saya buat roti jala.
sebenarnya dah lama dia minta saya buatkan roti jala dgn kuah kari.
 budak ni mmg suka mkn roti jalan dgn kuah kari ayam.
 tengahari tu saya dah siap buat kari ayam bersama kentang.

 bila buat kari ayam untuk mkn bersama roti jalan dah
 semestinya ayam tu saya dah potong kecik2 dan kentang pulak potong dadu.
dah hampir saya nak bancuh tepung, tetiba dia tukar fikiran nak makan kek pulak..
sebenarnya roti jalan tu untuk bawa ke sekolah.

 dah tetiba dia tukar fikiran lak nak bawa kek minyak pelangi yang saya penah buat sebelum ni. kat entry SINI.

saya betul2 melayan permintaan dia...

kebetulan telor hanya ada 2 biji jer kat rumah.
 mana cukup nak buat kek tu.
menggugel saya dalam henfon dan buku resepi saya mencari kek yg guna 2 biji jer telor.

sebenarnya saya selalu gak save resepi dalam hp. 
alaa resepi saya haruslah yg mudah, x banyak bahan, cepat siap.
 dalam henfon saya mmg banyak laaa kan...

terus jumpa kek coklat apam kukus ni.
bahan pun mudah dan semua dah ada kat rumah.
kali ni guna acuam kuih lompang untuk kukus kek tersebut.
dah siap mmg tak sabar 2 beradik tu menikmati kek kukus.
asal ada coklat mmg suka sgt diorang...
bagi diorang mak diorang ni terror giler buat kek.. kahkahkah...

berbalik kepada kari ayam saya tadi, makan laa dengan nasi.
tapi sedap sbb dah potong kecik2, rayyan pun suka. puji diri sendri koo..

kek kukus apam tadi dapat dalam 50 biji satu adunan. agak banyak jugak...
esoknya saya bawa ke opis, rayyan bawa ke sekolah, yaya bawa ke umah nenek.

bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

kek kukus ni tersangat mudah sebab semua bahan dicampur dan gaul/kacau sebati pakai senduk je. tak payah guna mixer pon.

 



bagi saya not bad rasa kek kukus ni, cuma next time saya nak kurangkan gula dan ganti dengan susu pekat. dan buat topping untuk lebih rasa coklat.. nyummmm

selepas buat kek kukus ni saya post kat group MAHN di fb, 
tak sangka boleh dapat 1300++ likes.
dan komen yang tak terlayan bertanyakan kek kukus ni.

6 comments:

Chekgu Azrine said...

rin suka sangat kek kukus tau amy..seyes..lama dah tak buat..

Dilah said...

kek coklat kukus kak amy tu nampak gebu dan cantik sangat.. hihi.. dilah pun nak try la guna resepi akak ni..nampak mudah sgt sbb x yah guna mixer..hahaha.. anak2 pun suka jugak.. kalau akak nak kurangkan gula jadi 1 cwn je ke? susu pekat nak guna bape byk?

ameris said...

dilah, kurangkan gula 1 cawan dan ganti dgn 3/4 susu pekat. sebenarnya rasa dia dah x manis. mmg kena dengan tekak dah..

ameris said...

rin, rasa nak buat lagi laa wkend ni. mudah giler.

Julia Johari said...

Bagus kak amy, rajin buat mcm2 versi jenis kuih, seronok tgk gebusss je kuih tu kak hehhe

diary_ciknaa said...

air tangan akak ape pun sedap..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015