Tuesday, November 15, 2016

PART 3: TRIP KE TOKYO- Review APA HOTEL

sebaik tiba di airport Haneda, kitorang cepat2 menuju ke Imigresen 
dan laju2 berkumpul di ruang yg telah dimaklumkan.
 kali ni pergerakan mmg kena cepat sebab kitorang mengejar bas akhir untuk ke hotel.
masa ada lebih kurang sejam untuk menguruskan semua termasuk ambil luggage.
tour guide (Lan) pun dah siap2 pesan agar semua
 urusan tandas diselesaikan atas kapal terbang setengah jam sblm kapal mendarat.
nasib baik  anak2 memberi kerjasama padu.
 takde yg merengek, nangis, nak dukung ke hape..
alhamduillah urusan dipermudahkan. excited semua sbb dah sampai jepun.

nasib baik segala urusan selesai sebelum tu dan kami sempat mengejar bas untuk ke Hotel.
semua ahli rombongan memberi kerjasama dan paham yg kami bawa 2 orang budak.
 ada yg tolong pimpin anak saya dan ada yg tolong 
tarikkan bag sbb saya perlu bawa 1 bag dan suami pula bawa stroller.

ok...ok... nak review hotel je tp pjg nau muqaddimah dia..

ni hotel yg saya stay pada hari malam pertama tiba. APA HOTEL.
APA hotel ni ada byk cawangan. wpun hanya bertaraf 2/3 bintang gitu tapi fasiliti dia tersangat tiptop mcm hotel 5 *. semua complete.
 pada saya yg membezakan hanya keluasan bilik jer.





katil pun comel je. siap ada hiasan kertas origami atas tu.. telefon peti ais, tv semua ada. tp xde napsu nk tgk tv sebab semua bahasa jepon...

wpun hanya bertaraf 3 bintang, bath tub tetap ada tau...

bersih & kemas..

siap ada heater lagi...mau kejung beku kalu x pasang heater kalu musim winter.

masa mula2 sampai jakunzi betul tak pandai nak guna menatang bidet ni. air terpancut tah mana2 hala. hahahaha... ier laa dah laa keterangan dalam bahasa jepun kan..


tengok dia punya toileteris. body wash & shampoo pun shishedo okeh.. botol besar lagi. x main laa botol kenit2 tu... getah ikat rambut, berus gigi, shaver pon ada. getah ikat rambut tu yg rare sya jumpa...

PART 1
http://amerislovely.blogspot.my/2016/11/part-1-kuala-lumpur-to-tokyo-japan.html

Sunday, November 13, 2016

PART 2: TRIP KE TOKYO JEPUN ( DAY 1)

moshi..moshi...

DAY 1:
-Ueno Park/Ameyoko Street Shopping/ Hard Rock Cafe
-Asakusa/Sensoji temple
-Tokyo Skytree

 hari pertama kitorang cover tempat2 kat atas tu.
Ueno Park tu mcm taman siap ada zoo panda.
 tp kitorang tak masuk pun. sebab tempat tu tgh baikpulih
piknik kat situ dengan bekal yg masak pagi.
seriusnya Jepun teramat laa bersih. 

bayangkan masa depan hotel saya tak tahu pun yg lalu sebelah
 adalah lori sampah sebab takde bau langsung & 
xde meleleh2 air sampah mcm tempat kita. 
tambah pula lori tu siap berhias hello kitty lagi.
 punya laa comel kan.  tour guide bagi masa 2 jam kat taman tu, puas amik gambar berpiknik bagai pastu kitorang ke Ameyoko Street Shopping & Hard Rock Cafe.

Ameyoko Street ni mcm ala2 Petaling Street laa... 
kat sini laa paling best nak shopping brg2 souvinir.
iyer laa takkan nak beli kat shopping mall pulak kan.. 
dah tentu mahal. sepanjang street tu mcm2 ada jual termasuk laa seafood mcm kt pasar. tapi yaa hampun bersih sgt tempatnya. salmon, udang punya laa fresh.
geram saya tengok. rasa nak beli bawa balik KL jek.

kat sini ada byk jugak laa kedai mkn halal. 
bila diorang nampak je kita bertudung terus panggil.. 
halal food...halal food. mcm2 mknan ada termasuk laa kebab dan mknan jepun. 

sepanjang saya berada kat sana takde nampak pun restoran sushi mcm kat tempat kita yg orang suka sangat tu. even masa masuk mall besar pun.

apa yg saya perhatikan diorang mkn nasi mcm kita jugak, 
sushi tu mcm sampingan mcm kita mkn goreng pisang jer..

saya & suami mkn kat satu gerai ni. org tu mcm pakistan pun ya jugak. dok promot kedai dia sbb zizan pernah mkn situ masa rancangan astro rasa halal tokyo kalu x silap.
saya oder nasi, suami mkn kebab ayam. harga dlm RM12 utk setiap hidangan.
nasi kt jepun gemuk2 & pendek beras dia. pastu ada ayang goreng tepung, salad & karot.
atas skali mcm kuah spageti bolognise gitu. sedap jugak laa..

masa ni rayyan & yaya tak memberi kerjasama. masing2 berebut nak dok dlm stroller..
pastu diorang mcm bosan sbb xde kedai mainan kat situ. hahaha...

saya & suami nak shopping pun tak selesa...
 lps makan, terus beli sedikit souvinir baju,
 FM dan keychain kat area situ kemudian teus cari kedai mainan. 
dapat sorang satu selesai masalah...

oohh.. lupa nak bgtau trip kitorang ni mmg sempoi giler, pengangkutan adalah tren.
bukan bas tunggu depan hotel. jadi kami merasai sendri rutin orang jepun turun naik tren setiap hari. jadi takde masalah kalu terlambat skit turun ke lobi untuk perjalanan kami. 

pakej yang kitorang amik ni termasuk tiket flight pergi balik, makan minum in flight, luggage, transport kat jepun, dan makan tengahari & mkn malam sepanjang di jepun dan jugak tour guide org Malaysia. RM2990/pax. 
 


dlm tren menuju ke Ueno park. sangat selesa berjalan sbb cuaca sejuk2 gitew..

tetiba ada lagi bunga sakura yg belum gugur sepenuhnya.. amik gambar jugak laa kan. maklum laa jakun tak penah tgk bunga sakura..

nmpak tak bersihnya taman diorang. nak jumpa sepuntung rokok pun susah. dah laa susah nk jumpa tong sampah, tapi sampah takde pun jumpa bersepah2...

piknik di sini. saya bawa bekal nasi goreng ikan masin Brahims.. sedapnya makannnn...

selepas abis shopping di Ameyoko Street, kami ke Asakusa/Sensoji Temple..
ni pun salah satu tempat tumpuan pelancong. sronok tgk bermacam2 gelagat manusia dari seluruh pelusuk dunia...

 masa ni baru pukul 3 petang td dh gelap. maghrib kat tokyo dalam kul 4.20 petang. sebab tu nmpak gelap.
meriah sangat suasana kat Asakusa bila menjelang malam.

 bermacam2 souvinir & cenderahati ada jual. tapi mahal, 
nasib baik saya dah shopping kat Ueno tadi..

 bila sampai tokyo punya laa jakun rasa sebab semua anjing kat sini berbaju, bertopi, siap pakai riben lagi kalu yg betina... mmg comel sgt. kalu anjing kecik ada yg pakai romper.. klakar sangat tgk hobi org jepun ni. diorang siap bawa anjing kemana2 termasuk dalam mall.

 jumpa daiso kat Tokyo Skytree.. jangan terkejut daiso kat jepun lebih murah dari kt KL tau. kebanyakan barang2 dalam 100 yen je. lebih kurang RM4. hihihi... kt sini RM5++ kan..
kt Daiso ni beli sarung tangan rayyan & yaya yg tertinggal kat epot Haneeda masa datang ari tu. beli jugak topi skali. murah laahh.. souvinir pun byk jugak.

lepas le Asakusa tadi, kitorang ke Tokyo Skytree pulak. ni mcm KLCC laa.. ada menara tinggi tu, tapi tak naik atas tu pun. amik gambar area situ, pastu masuk mall. tetiba jumpa Daiso, sronok pulak rasa. kat sini masing2 buat aktiviti sendiri. lepas masuk mall jumpa pulak port utk budak2 ni main. sementara tunggu masa utk berjumpa dengan ahli rombongan lain, lepak sini...


suasana di station tren.. sangat busy. semua orang jepun jalan laju2, xde yg melenggang kangkung. dalam tren pun semua senyap. ohh.. masa dalam tren tak leh bising tau. ada signage kt pintu tren. kalu guna fon pun kena silence. nanti diorang pandang kita semcam je. masa tu rayyan tgh main game, saya terlupa. orang tengok je.. mungkin mengganggu ketenteraman diorang kot. iyer laa ada yg tido, membaca...

tunggang langgang abis gambar. ni kat Ueno park.

tengok aksi yaya nak silangkan kaki mcm saya... hahaha.. 
like mother like doter sangat kann
parah bila bawa stroller bila berebut pulak nk dok dlm tu.. maka terpaksa laa gilir2 15minit sorang...

Ameyoko street. mcm2 ada jual kat sini... pakaian, gajet, jam, salmon,seafood,kasut berjenama, mainan...

kedai makan di Ameyoko Street...
lupa lak nak amik makanan yg saya oder...

kalu kat KL takde maknanya nak amik gambar depan starbak ni...

Ueno Park. sepatutnya masa ni dah menguning merah daun2 dia tp hanya skit2 je yg nmpak kuning & merah... kalu full kaler merah mesti lagi cantik amik gambar

suami tengah menyoping kt Ameyoko Street. pakcik ni bagi free 2 helai sbb kita borong banyak.. arigato gozaimas pakcik...

beg dompet & porch pon antara yg saya beli jugak. 500 yen = rm20 ye...


masing2 dengan muka happy... mcm2 gaya diorang ni..

umi pun tak nak lepas amik gambar kat sini..


tokyo skytree... rasanya KLCC lg cantik kot...


PART 1 

http://amerislovely.blogspot.my/2016/11/part-1-kuala-lumpur-to-tokyo-japan.html 



Thursday, November 10, 2016

PART 1: Kuala Lumpur to Tokyo Japan

Moshi..moshi...
saya baru tahu rupanya moshi2 tu helo dalam bahasa melayu..
tu pun sebab ada beberapa orang dok moshi2 dgn saya lps balik dr jepun.
gigih la cari maksud kt pakcik google. hahaha...

sebenarnya ni kali pertama terbang jauh bersama anak2 kami.
dah lama jugak saya dok zikir tepi telinga asben tp sebab kekangan mertua yg tidak sihat, (alfatihah untuk beliau), pastu pulak anak2 jenis mudah demam. 
pegi penang demam, pegi seremban pun demam.
tu yang asben tak berapa stuju nak jalan2 jauh. 
sape yg folo FB saya tau laa diorang berdua tu setiap tahun warded. 
tahun ni pun ada pada Februari yg lalu.

trip ke tokyo Jepun pun boleh dikatakan unplanned. 
bulan puasa aritu ternampak kat FB trip ke Tokyo 
pada musim autumn dengan hanya RM2990/pax. 
sebelum ni saya pernah survey harga pakej sampai RM6k..
terus bisik2 kat asben, dia terus ok.

oohh.. lupa trip ni hampir2 terbatal jugak gara2 keadaan kesihatan asben yg tak mengizinkan. berdebar2 jugak saya sebab dah bayar hampir RM5k.
alhamdulillah akhirnya berjaya jejak ke bumi tokyo..

giler panjang mukaddimah.. pfftfttt...

bila dah confirm jadi tu terus saya study skit2.
maklumla jepun bukan negara Islam, 
so mesti agak susah untuk mencari makanan halal.
dan saya menjaga perut orang2 kesayangan anak2 & suami.
takut jugak kemungkinan2 makanan tidak sesuai, 
iyer laa kalu mkn kebab je mana laa budak2 tahan kan.
lagi pun suami baru saja kena gastrik yg kronik.
so saya tak nak benda2 ni mengganggu percutian kami.

dengan langkah bijak, saya bawa mini rice cooker,
 segala mala bahan masakan, kari daging Brahims, sardin, 
beras dan nasi beriani brahims. bawang, halia, 
asam keping semua bawa termasuk minyak masak skit.

hasilnya 1 bag mmg penuh dengan makanan termasuk biskut dan 15 roti gardenia yg inti krim jagung, coklat & vanilla, minuman kotak milo dan 2 cawan megi.

 

 1 bag yg penuh dgn makanan. dlm tipuware biru tu segala bahan masakan termasuk bwg, halia, asam keping..
 hahh.. roti lagi. ni pun dah sendat bag.sampai penyek2 jugak laa roti tu.

 sebelum berlepas, kitorang mkn nasi ayam kt ciken rice shop. 
bila kt epot semuanya mahal mencekik. 2 set nasi ayam tu harga RM40++.

 naik flight je terus yaya  mentido. sblm tu punya laa excited nk gi jepun katanya...

 nasi lemak pak nasir atas  AirAsia X.

 rayyan enjoy je mkn nasi lemak.

 alahai.. ada kisah topi dan sarung tangan budak2 tu. sampai je epot Haneeda Tokyo, bag yg isi ubat suami, topi, & sarung tangan diorang tertinggal kat epotImigresen Tokyo. terpaksa beli yg lain...

 selongkar beg makanan prepare untuk masak esoknya,
nampak tak saya bawa 2 periuk kecik tu, axion pun bawa ooii...

 keesokkan pagi tido tak sedar2.. penat sangat perjalanan semalam. 
dengan cuaca sejuknya mmg syok laa tido..


BERSAMBUNG...






















Monday, November 7, 2016

Tokyo Disneyland...

letak gambar jer dulu seketol... saya masih mencari mood untuk menulis...
percutian khas untuk anak2 tercinta....
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015