Sebelum blog ni kena hack minggu lepas aku masak salmon grill dgn sos putih. tetiba nak makan ikan salmon pulak. seawal pagi aku gi giant
(duta giant aku ni) merembat salmon 3 keping, lemon dan brokoli.
kebanyakan bahan lain dh ada kt umah. ok, aku bagi step by step yer senang skit korang nak buat nnt. iyer la asyik mkn nasik jer, apa kata tukar menu skit. tp resepi ni versi aku laaa, yg super sempoi.banyak resepi kalu korang google.
tapi kan kalu perut jenis makan nasik, masak la nasik skit, kang tak kenyang plak makan ikan je.
salmon grill dengan sos putih

ni bahan2 yang aku guna: brokoli, karot, kentang, butter, fresh milk,(lupa beli kt giant, so guna je susu ni yg dh ada kt dlm peti ais), mix herb, watak utama mesti la ikan salmon yer puan2. dan blackpepper. oohh... lupa plak nk snap olive oil. alaaa korang pun tau kan. bawang holand yg kuning tu setengah. pn lupa snap.alaaa takkan tak tau plak.
ikan tu aku dh perap dengan mix herb, blackpepper dan garam skit. kuantiti? agak2 lah yer.

pastu potong brokoli, karot dan kentang. ni pun ikut suka jugak, tp kgn la kecik2 sgt. celur jap.

dalam kuali non stick, masukkan olive oil+butter skit, masukkan sayur yg dipotong td. aku goreng jap je, tak suka sayur tu lembik, lagi pun td dh celur. bubuh mix herb. goreng dalam seminit dua. dah siap!!!

bawang holland cincang2. kasi halus skit. pastu tumis dlm kuali bersama olive oil+butter. sampai layu yer puan2. oohh... layu dan garing 2 benda yg berbeza ya. sila jgn bertukar. lps agak2 layu gitu, masukkan tepung gandum sesudu. biar dia serasi bersama. ngehh..ngehh... bila gandum tu dh tak berketul masukkan susu dlm 1 cawan setengah. masak dgn api kecik. bila mendidih masuk mix herb. kacau2 skit. siap!!!!

ni la rupa bentuk sos tu bila dh masak. korang pandai2 la ejas kalu sos tu tercair atau terpekat.
kalu cair masuk tepung skit, kalu pekat plak campur susu skit lg.

masa korang tgh tunggu sos tu masak. masukkan ikan salmon tu dlm oven. seperti biasa aku cuma guna oven kiut ni. masa 20minit. ni pun terpulang pada korang nak masak lama mana.

pastu hidangkan mengikut kreativiti korang lah yer. dah siap boleh ngap. aku guna pinggan biasa je, kalu guna pinggan putih mcm kt hotel tu lagi cantik korang punya hidangan. amacam tak nak try ke??
mcm biasa, tak paham bleh tanya.