Tuesday, September 30, 2014

Puan Blog Punya Birthday yang ke 37 dahhh...

Sebelum abis September mokcik birthday girl laju-laju nak update tentang birthday pada 25hb ritu.
pada yang tak tau aku gi kursus BTN pada 22-25 september ritu.. kebetulan lak hari birthday jatuh pada hari terakhir kursus. sapa yang penah gi kursus BTN mesti tau cemana dia punya kursus kann..

ok, tak citer tentang kursus, tu nnt next entry aku citer.balik dari kursus ritu lebih kurang kul 5.45 sampai ke opis dari KUala Lips naik bas. punya laa penat nak pengsann aku rasa hari tu. sampai KL sentral mamai je sbb rasa cepat sangat pulak naik bas, ke driver ni bawa bas laju?? satu je nak bgtau tentang kursus tu sangat SERONOK, ENJOY dan HAPPY giler... 

asben amik kat opis ptg tu.. masuk je keta mmx excited giler nak citer tentang aktiviti kursus tu selama 3 malam 4 hari. wahhh ko mcm gi bercuti kekdahnya yerr.. punyaa laa hepi.
citer punya cite punya citer aku mmg tak perasan langsung hadiah present aku kat dashboard depan tu. Serius!!! mmg tak perasan beb mesti kecit ati kot laki gua kejap. buat dunno je kan...
dek si binik ni lupa diri dok bercerita sampai laki terpaksa bgtau present aku kat atas dashboard tu. terus tergamam, terharu, terkesima. sebak sangat, terus aku muahhh2 je kat situ. miahahahah...

tak sangka langsung cik suami boleh bagi hadiah jam tangan. sebenarnya sblm tu mmg aku aim nak beli jam tangan. reward untuk diri sendiri dan hadiah untuk diri sendiri sempena birthday aku yang ke 37. dah tua dah weeiiii. balik umah pulak dengan penat yang amat, kalu boleh terus rasa nak mandi tido je. 
sampai umah skali lagi ada surprise. pizza big box dan  1 slice kek. aduhhh... terus hilang penat, lepas makan ada pulak. sambutan kecil2an mcm ni lagi ohsem dari sambut bercandle light ooii, nak 2 pulak dikelilingi anak2 yang semakin paham apa tu sambutan hari jadi.. ada pulak "ogawa" dok picit2 bahu.

terus rasa yang suami aku tersangat la ohsem. sblm ni dia hantar bunga je kat opis. kali ni lagi romen-tik. 

Ya Allah bersyukurnya aku dengan nikmatMu Ya Allah....

 dok depan mata aku tp boleh aku tak perasan hadiah ni tau...

 
 latest model Pierre Cardin

 nampaknya tangan yaya dah tak nyabar nak capai lilin kat kek.

suami ku yg ohsem. daku dah 37 thn.

Wednesday, September 24, 2014

Preloved /new items for sale

STICKY POST
SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

aku nak jual beberapa barang2 baby yang masih elok, boleh diguna dan tak penah rosak. barang2 ni disimpan elok. gara2 masa cuti Hari Malaysia hari tu cik suami mengemas dalam almari barang2 tu. banyak betul barang rupanya. 

so aku deside nak jual je dengan harga yg berpatutan dan dapat lagi free gift barang lain.
iyer laa buat apa aku nak simpan kalu tak digunakan. 

barang pertama aku nak jual set pam susu brand spectra 3. condition masih elok sgt2. aku guna 5 bulan je. harga beli dulu RM550.

nak jual RM340 boleh nego lagi. set termasuk beg stylo mama, icepack autumn 3 pek, botol simpan susu 3 botol(belum digunakan lagi), plastik liner susu, corong pam 2. free gift beg dukung baby jenama anakku(tak tau panggil apa sebenarnya beg dukung tu) masih baru sbb tak penah guna pun.





 free gift beg dukung baby brand anakku.belum penah guna.

kusi makan baby dari ikea ni pun nak jual jugak harga RM17 je. ni gambar lepas dah buka kaki dia, lupa nak amik gambar sebelum buka kaki dia. condition 8/10.
 KUSI BABY SOLD TO AZRINE TAHAR
kasut TRANSFORMERS ni baru lagi. masih belum pakai.  sebab nak jual, rayyan tak nak pakai. beli masa raya ari tu. saiz 28. nak jual RM40, untuk serius buyer. condition 10/10.



 set bedding baby brand  Little Bean. ada toto, cadar, selimut, padding utk tepi katil bby(tak tau panggil apa). condition 8/10. harga RM50. beli dulu harga RM100++.




 baju kurung baby untuk umur 1thn ++ dan 3 thn ++ nak jual rm15 je sepasang. kain english cotton. nak abiskan stok. tak leh nego dah sbb modal pun tak lepas ni. jual dulu RM40 sepasang.







 stroller halffold. seat dia boleh facing kita atau facing depan. condition 9/10. buat jalan kat mall je. nak jual RM430.


serius buyer only. call /whatsapp 017-3213039. harga tak masuk pos, tp lebih prefer COD area gombak. Self collect pun boleh.

Monday, September 22, 2014

Throwback#rindu sgt rasa time diorang masa umur cenggini...

masa ni yaya meniarap rata satu umah, tak kira bawah meja, celah kosi. bersekongkol betul dgn abang dia..

masa ni umah takyah cakap laa mmg bersepah giler, dgn walker, menan... perabot pun semua rapat dinding....



Friday, September 19, 2014

RESEPI: muffin vanilla sedap

salam jumaat yang barokah uols...
ari ni aku nak resepi muffin yang selalu aku dok buat dan jugak yang selalu customer order.
aku takde la pandai sgt nak buat kek bagai... buat hanya untuk anak aku jek sbb rayyan suka nau makan kek, bagi dia baulu pun kek... yang boleh amik oder tu bila ada potluck kat opis aku atau asben aku kdg2 buat laa muffin ni kalu bahan tu dah ada kat umah... 
lama2 ada yg suka dan tempah dengan aku.

resepi ni korang boleh olah sendiri nak letak apa2 filling yang korang suka, coklat cip ke, blueberry ke, badam ke atau apa2 je mengikut selera. ehh nak buh pisang pun boleh...

kebetulan minggu lepas ada customer oder mini muffin ni filling blueberry, so aku buat lebih boleh la buat minum petang, lagi pun dah lama gak tak buat kek untuk rayyan kann...

sebab blueberry ngam2 je dgn yang customer order, aku cuba letak cheese pulak kat atas. mmg sedap.
aku mcm penat "skit" kalu amik oder buat muffin ni sbb 2 beradik tu "rajin" nak nolong.

"abang buat... abang buat..." bila turn nak tabur badam atau masa nak kacau adunan tu..

pastu yaya pulak
"yaya  buat... yaya buat...."
mana tak letih kalu cenggini gayanya....

aku dah lupa mana aku dapat resepi ni sbb dah lama nau, 
resepi pun aku main tulis dengan pencil atas ketas je dulu.pastu oter skit2 ikut selera... Ampun yer pemilik resepi....

ni base vanilla muffin, so ikut kreatip uols nak buh filling atau letak pape atas tu. boleh la buat weekend nanti ok...

SELAMAT MENCUBA...

 


Bahan-Bahan:
·         2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
·         3/4 cawan gula castor
·         1 sudu kecil baking powder
·         1/2 sudu kecil garam
·         1 cawan susu, full cream Dutch Lady
·         1 sudu kecil esen vanilla
·         1 biji telur, saiz besar
·         1/2 cawan butter, cairkan
·         hirisan/nib  badam, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
1.      Panaskan oven kepada 180 degree celcius
2.      Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
3.      Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
4.      Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips:
Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015