Wednesday, December 16, 2015

Perkara yg bermain di kepala...

Ada banyak perkara yang berkumpul dalam kepala otak saya. Dan saya just nak cerita pendek-pendek je kat sini.

  •  Rasa dah mcm tak nak lagi hantar rayyan dan Yaya ke rumah BS... tp bila fikir balik mana saya nak letak anak saya, maka saya bertahan dulu. mana nak cari bs yg boleh saya tinggalkan anak2 dari kul 7.00 pagi- 7.30mlm... sobs saya sedih pasal ni. sbb anak2 mesti marah kalu saya kdg2 terambil lambat diorang kat rumah bs.
  •  dengan lifestyle KL sekarang saya rasa quality time bersama family dah kurang sangat.  bila sampai umah dah kul 7.30.[kdg2 sampai kul 8.00] masa tu mmg dah penat sgt2. terkejar2 masa utk mandi, solat maghrib, prepare utk dinner, masak oder, homeschooling anak2.. setiap mlm letak je kepala kt bantal saya terus zzzzz.... kesian kt suami.. sbb kadang2 dia bercakap sorang2, saya dah pun tido. maafkan saya suami..
  •  mood bekerja pun kadang2 ada up & down. saya rasa orang lain pun pernah merasai mcm ni... ehhh ke saya je rasa. hmmm.. rasa yg sangat down bila kita tidak dihargai, adanya golongan kipas mengipas, mengadu domba...
  • saya jarang bercakap soal politik Malaysia. Bukan sebab saya ignorant, tapi sebab tak nak blog saya ni berbaur politik yg bagi saya sangat kotor permainannya. dan saya tak nak kekotoran itu terpalit di blog saya. Tapi dalam keadaan pucuk kepimpinan negara yang macam haram jadah, buat rakyat cenderung untuk saling mencengkam sesama sendiri. rakyat terdesak untuk melakukan ketidakjujuran dalam hidup, meningkatnya kadar jenayah, makin ramai yg sakit mental akibat keadaan ekonomi yg mendesak. 
  • Kalau dikumpul-kumpul bil membeli belah, ternyata GST memang memberi impak dalam belanjawan serumah. agak terasa jugak dengan segala kenaikan barang, tol, minyak, dan tambang pengangkutan awam. sebelum ni kami suami isteri menggunakan hiway DUKE RM2 tol, sekarang dah naik 50 sen menjadi RM2.50. tu baru sehari kalu sebulan.. setahun.... hmmm malas nak cerita.belum lagi barang keperluan lain. kalu saya ni yg sama2 bekerja suami isteri terasa dengan kenaikan apa lagi rakyat lain yg lebih susah.
  • wujudnya golongan G52 yg menuntut mcm2 yg tak masuk akal. yg ni paling saya gerun bila mengenangkan nasib anak2 saya masa depan dengan keadaan jenayah sosial yg semakin parah. nauzubillah... sedangkan Malaysia ialah sebuah negara Islam. Islam ni satu aturan, setiap aturan ada sempadannya. jika nak Islam benar-benar perjuang  privasi mengapa Rokib & Atib ikut ke mana-mana kita pergi?? kata nak privasi kan..
Itu je laa bebelan saya. semoga hidup kita lebih dipermudahkanNya dan negara kita aman makmur...



Tuesday, December 15, 2015

mak2 bekerja: Waktu tengahari Jumaat korang buat apa?

kalu tengahari jumaat kan waktu rehatnya 
agak panjang dari kul 12.15 hingga pukul 2.45 petang.
time saya tak duty waktu tu saya selalu lepak di MPH di NU Sentral.
NU Sentral shopping kompleks baru di KL Sentral.
 menapak je kalu dari opis saya nak ke sana.

dulu sblm xde NU Sentral ni melopong jugak laa.. 
kalu rajin ada jugak laa saya menerjah sogo. kalu tak tido je. 
tapi sejak anak2 memasuki fasa kanak2 ni saya memang suka lepak di MPH.

 kadang2 tu  takde beli apa pun, 
saya cuma mencari idea untuk homeschooling anak2 je.
dari pemerhatian saya, 
buku2 import berbahasa Inggeris lebih banyak pilihan
 berbanding buku bahasa melayu untuk kanak2 preschool ni.
 dan sudah tentu laa harga pun agak mahal, import kan...

yg buat saya tertarik buku2 dia byk pilihan dan sangat kreatif cara persembahannya.
bila melekat kat MPH ni mmg tak sedar waktu berlalu.
tup2 tengok jam dah pukul 2.20... 
terus berlalu keluar sbb nak masuk opis dan solat pun belum.

sekarang ni pun byk bahan boleh dapat melalui google je, saya selalu jugak cari games activity yg printable kt internet. dan saya rasa cara tu paling jimat... heheheehe

tak salah mempelbagaikan aktiviti untuk anak.

kadang2 time saya malas 2-3 hari saya tak ajar dia membaca.
semalam terkejut jugak bila dia  sound "umi, dah lama abang tak baca buku.."
 




ni buku bacaan rayyan setiap malam...

Monday, December 14, 2015

2016: lagi 14 hari...


lagi 14 hari kita akan melangkah ke 2016. rasa sangat sekejap masa berlalu.
 tapi serius saya sudah tidak sabar untuk melangkah ke 2016 dan menghabiskan tahun tersebut... 
semoga Allah permudahkan segala perancangan dan sebaik perancangan adalah dariNya...

apa pencapaian 2015. hmmm..  
berjaya menambahkan berat badan boleh?? hahahahaha...

syukur sangat2 atas nikmat yg diberiNya yang tak terhitung oleh saya...
Alhamdulillah atas kejayaan AMERIS HOMEMADE DELIGHT... 
rezeki lasagna saya mmg tak menang tangan.. 
akhir2 ni je mmg saya jarang update kt fb. iyer lah kalu dah setiap hari upload benda sama bosan jugak. disamping saya tak menang tangan melayan pm, watsapp yg bertanyakan lasagna, dan nak reply message tersebut satu2.

InsyaAllah tahun depan AMERIS HOMEMADE DELIGHT 
akan meluaskan pasaran untuk frozen food. doakan saya ye... 

Alhamdulillah untuk anak2 saya Rayyan dan Yaya yang semakin besar dan petah berbicara...

Seterusnya, saya dan suami dapat jugak menambah aset dunia untuk masa depan...
 untuk anak2.
bukan mudah ye nak buat keputusan untuk membeli rumah kedua 
dengan keadaan ekonomi sekarang dan kos yg semakin meningkat..

selebihnya kehidupan saya lebih kepada keluarga.
 Insyaallah tahun 2016 lebih tumpuan untuk anak2 
memandangkan Rayyan mula bersekolah, dan semestinya rutin harian pun akan berubah sikit.

untuk saya sendiri ingin menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur
 dan menghargai apa yg menjadi milik saya sekarang, 
orang2 yang saya sayang, keluarga, adik beradik dan kawan2 di alam nyata dan maya... InsyaAllah...




Wednesday, December 9, 2015

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015