Wednesday, December 16, 2015

Perkara yg bermain di kepala...

Ada banyak perkara yang berkumpul dalam kepala otak saya. Dan saya just nak cerita pendek-pendek je kat sini.

  •  Rasa dah mcm tak nak lagi hantar rayyan dan Yaya ke rumah BS... tp bila fikir balik mana saya nak letak anak saya, maka saya bertahan dulu. mana nak cari bs yg boleh saya tinggalkan anak2 dari kul 7.00 pagi- 7.30mlm... sobs saya sedih pasal ni. sbb anak2 mesti marah kalu saya kdg2 terambil lambat diorang kat rumah bs.
  •  dengan lifestyle KL sekarang saya rasa quality time bersama family dah kurang sangat.  bila sampai umah dah kul 7.30.[kdg2 sampai kul 8.00] masa tu mmg dah penat sgt2. terkejar2 masa utk mandi, solat maghrib, prepare utk dinner, masak oder, homeschooling anak2.. setiap mlm letak je kepala kt bantal saya terus zzzzz.... kesian kt suami.. sbb kadang2 dia bercakap sorang2, saya dah pun tido. maafkan saya suami..
  •  mood bekerja pun kadang2 ada up & down. saya rasa orang lain pun pernah merasai mcm ni... ehhh ke saya je rasa. hmmm.. rasa yg sangat down bila kita tidak dihargai, adanya golongan kipas mengipas, mengadu domba...
  • saya jarang bercakap soal politik Malaysia. Bukan sebab saya ignorant, tapi sebab tak nak blog saya ni berbaur politik yg bagi saya sangat kotor permainannya. dan saya tak nak kekotoran itu terpalit di blog saya. Tapi dalam keadaan pucuk kepimpinan negara yang macam haram jadah, buat rakyat cenderung untuk saling mencengkam sesama sendiri. rakyat terdesak untuk melakukan ketidakjujuran dalam hidup, meningkatnya kadar jenayah, makin ramai yg sakit mental akibat keadaan ekonomi yg mendesak. 
  • Kalau dikumpul-kumpul bil membeli belah, ternyata GST memang memberi impak dalam belanjawan serumah. agak terasa jugak dengan segala kenaikan barang, tol, minyak, dan tambang pengangkutan awam. sebelum ni kami suami isteri menggunakan hiway DUKE RM2 tol, sekarang dah naik 50 sen menjadi RM2.50. tu baru sehari kalu sebulan.. setahun.... hmmm malas nak cerita.belum lagi barang keperluan lain. kalu saya ni yg sama2 bekerja suami isteri terasa dengan kenaikan apa lagi rakyat lain yg lebih susah.
  • wujudnya golongan G52 yg menuntut mcm2 yg tak masuk akal. yg ni paling saya gerun bila mengenangkan nasib anak2 saya masa depan dengan keadaan jenayah sosial yg semakin parah. nauzubillah... sedangkan Malaysia ialah sebuah negara Islam. Islam ni satu aturan, setiap aturan ada sempadannya. jika nak Islam benar-benar perjuang  privasi mengapa Rokib & Atib ikut ke mana-mana kita pergi?? kata nak privasi kan..
Itu je laa bebelan saya. semoga hidup kita lebih dipermudahkanNya dan negara kita aman makmur...



5 comments:

Chekgu Azrine said...

Skang ni rasa gaji pun dh rasa sikit sbb harga barang melampau mahal..huhu

A'ishah K. said...

found this blog from my giveaway post http://www.thehehslady.com/2015/12/and-winner-is.html

huuu, btw kita sama laaa.. balik dah keje lambat pastu berkejar masak and homeschooling. saya bangun pepagi utk blogging uhuhu.. saya target nak berhenti kerja 2017 ahaha. berangan ke atau bakal menjadi realiti saya tak pasti

acu yuhan said...

ho.. done folo sis, folo me back k ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

Ibnuismaini Ismail said...

Semalam cucuk ATM meps... kena caj RM1.06. Caj RM1.00 ok lagi, ada lagi tambahan caj RM0.06 pulak.

Dah la terpaksa keluarkan. Terasa diambil kesempatan pulak cenggini.

nadiah hanum said...

macam-macam dugaan hidup sekarang ni kan kak amy..mohon Allah pelihara iman kita..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015