Wednesday, October 26, 2016

Gelagat 2 bradik.. kisah di alamanda putrajaya.

2 minggu lepas opis faris ada tournament bowling alamanda Putrajaya.
dia pun turut serta main wpun kesihatan tu baru nak baik.
takpe saya bagi sokongan je, org tengah bersemangat kan..

kuar awal pagi jugak sbb game start kul 9.
celah mana nak smpai putrajaya nya kalu kul 8.40 baru kuar rumah.
saya lebih suka makan sesiap kat umah baru sblm kuar..
sebab taknak anak meragam tantrum bagai laa kan.
bagi kenyang ketat perut baru best skit nk jalan2.

nasib baik game blm start. kul 9.30 baru mula.
so sempai kitorang sampai.

biasa laa bdk2 ni mana leh statik tunggu ayahnya abis main.
 bila alamanda tu bukak saya ajak diorang jalan2 dalam tu..
 jln2 tetiba ternampak kedai toy R rus. 
gelabah mak sbb dah xleh lencong tempat lain dah, 
lagi pun rayyan dah nmpak kedai tu.
ok  layankan je sbb rayyan kata nak tengok je, menan abang dah banyak.
skali sampai tempat ultraman, terus sawan tgk byk giler ultraman situ.
siap cakap abang nak 2 je... 2 je ummi...
gulpp.. sekor RM32.90. kalu 2 eko dah RM60++

ok.  sesi pujuk2... jom kita tgk tempat lain dulu. kita beli eskirm cik robin..
pastu nmpak tren. ok laa rm10 utk 2 orang. pusing naik tren tu.

smpai Aeon big... pegi tmpat mknan, beli fishball air, buah2. mkn situ.
lepas tu balik semula ke tempat bowling. 
dah penat, game dah abis cepat2 kuar bangunan sebelum dia teringat balik kat ultraman td.
 
 
 
 depan bowling tu ada laa dinosaur sekor dgn telo. hahh bergambo laa sini..






 ok.. pusing2 naik tren ni. RM10 abis

" umi, abang nak yg ni..."


tak sawan ko tgk mcm ni punya byk adik badik, sedara mara otomen...

Thursday, October 20, 2016

besday suami isteri peram berbulan...

Sebelum abis tahun, baik saya cepat2 update entry basi ni. 
kang terdelete gambar dalam hp terus takde kenangan...

ni pasal besday tuan tanah bulan september aritu..
besday yg ke 39 ko.. tahun dapan mokcik dah 40..
tak tahu nak rasa apa.. 
cuma syukur yg teramat sebab Allah masih lg bg pinjam nyawa
 dan bernafas hingga ke hari ni. 
syukur lagi dikurniakan suami yg sangat memahami saya, 
buruk baik saya, dan melayan saya sebaiknya...

siyes bila dah masuk fasa ni rasa mcm hmmm... 
fasa yg orang kata kehidupan baru bermula. kononnya...
sebenarnya masa ni masa yg tak boleh tunggu2 lagi untuk kita menambah ibadah kita sebanyak2nya
topup kekurangan ibadat zaman dolu2 muda remaja. 

tiada apa lg yg saya inginkan selain melalui hidup bersama suami
 & anak2 dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beribadah,
 bekerja dan membesarkan anak2 saya.
menambah anak?? rasanya cukuplah sepasang tu harta saya...
 akan saya jaga amanah Allah itu sebaik mungkin.
dah masuk fasa 40 (tahun depan) macam malas dah nak bangun malam tukar pempes, bangun buat susu, dan berjaga malam utk baby.

jangan nak compare dengan che ta pulak korang... dia lain wehh.. che ta jaga diri dia je, yg lain semua bibik uruskan. hihihihi...

 lagi pun semua barang2 anak2 saya saya dah jual preloved (kebanyakkannya) mcm baby gate, pam susu bath tub baby dll...
tinggal stroller jer lagi sbb sayang nak jual. 
biar ianya jadi kenangan utk anak2 nanti...

pada Jun yg lalu pula kitorang sambut besday suami. sambutan simple bersama anak2 di rumah je.. janji ada kek dan anak2 nyanyi lagu besday sama2. sronok. budak2 tu pun sronok tiap kali sambut besday.


hadiah besday dari suami, set perfume.
 last saya dapat set mcm ni masa hantaran kawin dulu..

kek besday yg comel


ok.. jom nyanyi sama2..


masa besday suami hari tu saya sempat sediakan mee bandung dan puding triffle. hehehe



 
tengok betapa excitednya rayyan bila ada sambutan besday


Wednesday, October 19, 2016

Resepi: mini muffin yg sedap

hari ni saya nak share resepi lagi uols... 
muffin kegemaran anak2 saya dan jugak kanak2...
dan muffin ni juga adalah jualan saya yg paling top skali.
ianya juga sangat sesuai untuk sebarang majlis harijadi, aqiqah,
 letak atas meja dessert utk majlis kawin, potluck, 
eehh nak sedekah atau saja2 makan kat umah pun boleh.
 takyah tunggu majlis bagai...
tambah pulak dengan saiznya yg comel, mmg berebut2 laa budak2 kan....

Muffin comel ni jugak membuatkan customer saya order berkali2 tau utk anak dia.
opismate saya pulak,asal ada potluck oder muffin... asal ada jamuan kt taska oder muffin...
kalu group gojes yg salu order tu si Eira laa, anak cikna pun suka sgt tau..

Muffin Coklat 

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
  1sk nescafe
2 genggam  choc chips
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas
hiasan: almond nib (optional)

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 
Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.
Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.  

Monday, October 17, 2016

Rutin setiap minggu

hi korang.. makin lemau betul saya nk update blog skrg.
tambah pulak dgn internet up & down.
 mmg lagi buat malas laa nak menunggu upload seketol gambar pun dekat 15minit kan.

kali ni saya nak share rutin mingguan saya. sabtu ahad mmg bz yahamat. 
biasanya saya beli lauk basah jumaat lps kerja atau sabtu pagi. 
lepas balik pasar/pasaraya tu terus saya kerjakan segala haiwan yg beli tu.
 marinat sesiap, potong ikut saiz yg sesuai untuk 1 portion masakan.

pastu letak lauk dalam 1 portion sesiap. senang kan.
 nak masak just kuarkan 1 bekas ayam.
sekor ayam biasanya 2 kali masak jer. 
bahagian isi putih tu saya potong kecik2 
sesiap untuk rencah nasi goreng/mee/bihun atau untuk buat
 rencah sup sayo ataupun untuk goreng aym kunyit mcm kat kedai siam tu..

sama jugak cara untuk daging, sotong dan lauk pauk lain.

untuk sayo pun saya tp saya suka beli skit2 sbb sayo kan mudah rosak.
kalu ada yg sepeket yg mcm2 ada tu lagi best. boleh masak 2 kali 
tak payah beli byk2 sayo lagi... hihihi..

sayo & lauk saya mmg basuh & marinate siap2
 (utk ayam je) sbb balik je umah saya terus campak dalam kuali.
 humban laa bahan2 lain untuk di kicapkan ke...sambalkan ke...




 


Friday, October 7, 2016

RESEPI: lamb stew yg sedap & mudah

minggu lepas ada potluck kat opis...
memula pikir nak buat puding jer, 
pastu pikir balik sbb minggu sblm tu nak buat stew 
tapi tak buat2 sedangkan bahan2 semua dah ada. so terus buat stew...

sekejap je abis stew ni. makan dengan roti sedap giler...

kali ni saya buat stew kambing + daging. 
sebab kambing tu mcm x banyak sangat, so saya campur daging.
ada laa dalam sekilo jugak setelah dicapur kambing dan daging tu..

ni kali kedua saya buat stew. first time buat kat SINI..

 

STEW KAMBING + DAGING

Bahan-bahan
  • 1/2 kg potongan daging kambing (potong cube) 
  • 1/2 kg daging potong kiub
  • 1 1/2 biji bawang besar holland (dadu)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 3 biji kentang (potong 6-dadu besar) 
  • 3 batang saderi potong kecil
  • 2-3 biji tomato [potong dadu]
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tomato sos
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu kecilLada hitam yg ditumbuk [boleh tambah ikut citarasa masing2]
  • Air secukupnya 
  • 3 sudu besar olive oil
  •  
Cara-cara
  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum. 
  2. Dalam periuk, masukkan mentega dan olive oil. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang, kemudian masukkan tomato yg di dadu.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang, kemudian masukkan air 3 cawan. masak hingga daging kambing lembut dan empuk.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang dan saderi, . Renih atas api sederhana
  5. Selepas 5 minit, masukkan, tomato sos, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang, saderi dan lobak merah betul2 lembut dan empuk. bolehkan masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering. 
sedap dimakan bersama roti atau nasi.. 
tips:
bawang holland dadu yg digoreng keperangan dan daging yg digoreng akan merubah warna menjadi coklat. jadi tak perlu tambah kicap ke apa untuk mendapatkan warna sedemikian. 


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015