Friday, October 7, 2016

RESEPI: lamb stew yg sedap & mudah

minggu lepas ada potluck kat opis...
memula pikir nak buat puding jer, 
pastu pikir balik sbb minggu sblm tu nak buat stew 
tapi tak buat2 sedangkan bahan2 semua dah ada. so terus buat stew...

sekejap je abis stew ni. makan dengan roti sedap giler...

kali ni saya buat stew kambing + daging. 
sebab kambing tu mcm x banyak sangat, so saya campur daging.
ada laa dalam sekilo jugak setelah dicapur kambing dan daging tu..

ni kali kedua saya buat stew. first time buat kat SINI..

 

STEW KAMBING + DAGING

Bahan-bahan
  • 1/2 kg potongan daging kambing (potong cube) 
  • 1/2 kg daging potong kiub
  • 1 1/2 biji bawang besar holland (dadu)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 3 biji kentang (potong 6-dadu besar) 
  • 3 batang saderi potong kecil
  • 2-3 biji tomato [potong dadu]
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tomato sos
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu kecilLada hitam yg ditumbuk [boleh tambah ikut citarasa masing2]
  • Air secukupnya 
  • 3 sudu besar olive oil
  •  
Cara-cara
  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum. 
  2. Dalam periuk, masukkan mentega dan olive oil. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang, kemudian masukkan tomato yg di dadu.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang, kemudian masukkan air 3 cawan. masak hingga daging kambing lembut dan empuk.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang dan saderi, . Renih atas api sederhana
  5. Selepas 5 minit, masukkan, tomato sos, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang, saderi dan lobak merah betul2 lembut dan empuk. bolehkan masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering. 
sedap dimakan bersama roti atau nasi.. 
tips:
bawang holland dadu yg digoreng keperangan dan daging yg digoreng akan merubah warna menjadi coklat. jadi tak perlu tambah kicap ke apa untuk mendapatkan warna sedemikian. 


1 comment:

Dilah said...

Sedapnya kak amy.. bila2 nnt boleh try la..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015