Friday, October 13, 2017

Part 3: Cuti-cuti Perth day 2

hari ke-2 (Ahad) kitorang ke Canning Vale Market, 
tmpat ni ala2 pasar tani @ pasar pagi kalu di Malaysia. 
nak masuk pasar ni kena bayar 1$ sorang. kekanak takyah. 
sebab yg membelinya bukan kekanak.. mak bapak yg bayo. hahaha
sronok giler gi pasar ni sebab semua hasil pertanian fresh gitew..
 kalau lah boleh hangkut KL semua saya nak beli. 
bawang putih yg fresh pun ada. jakun kejap kan.. 
sampai lupa nak snap gambar.

byk jugak barang2 second hand mcm buku, mainan, 
alat2 hardware,gardening,  gerai roti canai & nasi lemak pun ada. 
yang paling best bila jumpa gerai jual tshirt murah Perth 5$ 
je selai siap dapat free tshirt dan free sepasang stokin bulu2 tebal., 
yg buat lg best bila tshirt dia semua made in Australia bukan made in China.
 sebab semua souvinier di Megabes & Eshed boleh dikatakan semuanya made in China.
so sape2 yg ke Perth jangan lupa pegi Canning Vale Market ni.
 hari Ahad je tau pasar ni.

lepas ke Canning Vale Market terus ke Fremantle. 
nasib kami kurang baik skit 2 hari pertama di Perth sbb hujan. 
so makin kesejukkan rasa. 
sampai di Megabes sawan jap sbb tengok souvinier murah2.
 apa2 yang rayyan & yaya nak diorang amik jer letak dalam bakul. 
baju, mug, topi, magnet, kangaroo, koala bear apa2 je lah semuanya murahhhhhh....

lama jugak kitorang di Megabes. dah abis memborong baru ke Kailis Fish Market.
tempat ni wajib pegi kalu datang Perth.
dia punya fish & chips... perggghhhh... sedapppp & fresh sgt.
pastu kentang besar gedabak bukan mcm kat tempat kita haluss halusss jer...
sbb tu kitorang repeat mkn lagi sini sehari sebelum balik.
 lepas makan, pusing2 town Fremantle. 
mmg cantik sbb tepi pelabuhan. 
ehh apsal laa kat Port Klang tak leh buat secantik ni.

lps tu cari port nak solat. kitorang solat merata2,
 tepi parking, tepi taman asal bersih.

lepas tu pusing2 lagi, sempat laa bergambar di rainbow kontena dan blue boat house.
Kat blueboat tu sampai beratur orang nak amik gambar tau
 ni pun port wajib bergambar kalu datang Perth.

dah nak hampir maghrib, kitorang cari tmpat makan pulak.
 macam biasa laa guna khidmat waze & pakcik google map. 
cari charcoal chicken. 

memula decide nak makan je kat situ tapi tempat tu sempit dan kebetulan ramai la customer, so kami decide tapau jer. 
dah laa hujan suhu pulak sampai 11'c masa ni.
 teruja giler budak2 sebab kuar asap bila bercakap...

lamb rib &charcoal chicken dia mmg sedap. 
nasi beriani superb. mkn mcm tu jer dah sedap sgt.
 sbb tu laa berat saya terus naik 1.5kg lps balik dr Perth.


 sebelum keluar mmg kitorang breakfast heavy bagi kenyang perut semua. lepas solat subuh saya terus masuk dapo masak. mmg makan nasi mcm lunch. 
masak yg simple2 jer.. janji semua kenyang.ayam sos tiram, sardin, kobis goreng+telo.


 selpik sebelum kuar rumah


anak dara sorang nak jugak suruh amik gambar dia

 di depan canning vale market.

 nampak tak keterujaan budak2 bila sampai sini. menan tu semua second hand jer tp yg original & good kualiti, bukan mcm yg kat pasar malam di Malaysia tu.


 roti canai dan nasi lemak.

 ni laa yg saya cakap tu tempat beli tshirt murah beb. 5$ jer. dah laa made in Australia...
siap dapat free tshirt sbb beli dekat 12 lai kot saya rasa...



 Fremantle

 teruja lagi...


 murah ke tak ????


 so fresh... geram tengok

 lobster

 menu di kailis

 desert yg tersangat buat meleleh2 ailio




 mcm ni laa bila nak bergambar dengan anak2... sabo je laaa

 bila suami dah thumb up tu mmg sedap laaa



 takde laa mahal sangat utk satu2 portion tu.




 bagi can laa makcik nak bergambar... jgn kecam

gigil2 solat tepi laut ni.


like mother like doter


 blue boat house. masa ni budak2 tak turun. saya dengan Ateh (in law) yg turun sbb nak bergambar semata. port wajib singgah ni.


 macam-macam salad ada...

rib tu buat saya meleleh2 ailio sambil menaip ni...

 suhu 11'c

spiderman hasil di canning vale pagi td.


link sebelumnya:





1 comment:

Puan Hazel said...

Seronoknya Kak..

My hubby pegi Fremantle hari tu pun solat atas padang je... Tapi oklah sekurangnya dapat kita tonjolkan yg Islam tu mudah, asalkan tempat tu bersih boleh je kita solat mana2 kan..

Post depan rumah bot tu stylo la hehe..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015