Friday, October 6, 2017

PART 1: Persediaan ke Perth

assalamualaikum... entry muqaddimah.. saya tahu ramai yg menunggu n3 saya pe Perth.
untuk korang yang selalu follow fb & blog. saya dan masak2 mmg tak boleh dipisahkan. sampai kan pegi luar negara saya gigih masak demi perut anak2 dan suami.

sebenarnya takde laa sepanjang hari saya masak dan mkn bekal yg saya masak. 
kang ada plak yg kecam kata saya nk berjalan tp kedekut. hahaha...
sebenarnya saya lebih prefer masak breakfast bagi kenyangkan perut sebelum keluar jalan.
masak heavy2 skit pastu baru keluar.. 

kalu takat mkn scramble egg, roti jem, perut kami org kampung ni tak kenyang kot. hahahaa....
so satu beg bagasi je penuh dengan makanan seberat 10kg.!!!
saya beli segala pes adabi, beras,biskut, tuna, dan segala rencah.
menu pun dah siap plan untuk mengelakkan terlebih beli dan membazir dan memudahkan saya untuk masak.

bawang, halia, perasa bagai tak bawa sbb host homestay dah sediakan semua.
 tp tak semua saya buat. mcm hari ke 5 & 6 tu sbb balik lambat kitorang terus makan kat luar.

kt tempat orang kita tak boleh jangka mcmana kan. 
wpun hasil google kata byk tempat makan halal.

kitorang keluar dalam lepas asar kul 5.30. wpun flight lambat lagi tak nak rushing2 gi epot. nk fly obersi ni xleh lengah2. takut jadi mcm tahun lepas masa gi Jepun, dah bajet masa elok jer tetiba ada event kat litar lumba tu (lupa ama tmpt tu) semput cari jalan lain last2 terpaksa parking keta kat epot dan bertabahlah bayar parking.. huhuhu.

kali ni saya pegi dengan family adik ipar. saya beli tiket dulu bila dia tahu berminat nak ikut. saya lagi happy sbb boleh jimat sewa rumah dan sewa keta sama2....

oohh... tiket flight saya beli masa AA promo bulan mac. maknanya 6 bulan sblm fly.
4 orang kos sebanya RM2240 termasuk luggage 30 dan meals in flight return.


menu sepanjang kat sana


 mknan saja dah 10kg

 happy face otw to epot. excited semua...


tgh tunggu flight sambil layan anak2...



1 comment:

Chekgu Azrine said...

bestnya kan amy...teringin snagat nak ke sana...tp tak tahula bila...hahahahaa

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015