Wednesday, September 3, 2014

Majlis Pertunangan Sepupu cik Asben~Hannan

kali ni event pertunangan sepupu asben hanan. buat kat setiawangsa, umah bapa saudara.senang, sbb belah lelaki dari N9, dokek la skit. benda baik lebih molek dipermudahkan... majlis tunang ni berlangsung pada 30 ogos, sehari sblm merdeka lepas.
oohh.. masa ni aku gi berdua je dgn suami, anak2 tinggal kat umah pengasuh jap. sbb dah time diorang nak tido. bagi can laa kat aku nak snap2 gambar, bersantai 2 dgn famly asben. kalu bawa anak, mkn2 terus balik jer...
lagi pun dah lama tak amik gambar kann... doh tu anak mmg anti camera ooi, pantang aku pegang camera mesti mengamuk. beli camera kemahen beriban2. tp jarang sgt guna skill. cisss... mcm pandai sgt, amik gambar...

ok, layan jer gambar dari jurugambar amatur. sekalung tahniah untuk hannan. Selamat bertunang. tunggu majlis kawin nnt pada 25/10/14.

bakal pengantin, senyum lebar jek...

hantaran dari pihak perempuan


mini pelamin yg simple, i loike...

sblm tetamu sampai, semabng dgn jiran tetangga.


majlis pertunangan berlangsung

sesi menyarungkan cincin. aku masa bertunang dulu berdebar tul masa ni...

pink berbalas biru.

bakal pengantin dgn bff, seronok kan... teringat pulak masa aku bertunang dulu. debor wehh...

nak jugak tepek gambar aku sgn suami.

Wednesday, August 27, 2014

Resepi: Kotiaw Ladna sedap, mudah

 
lama tak share resepi dalam blog sendiri. masa bln pose ritu kemain laa dok buh resepi. eehhh citer raya tak abis lagi nie, syawal pun dah abis. adoii..  dah la mood update blog dah ke lautan Hindi dah hilangnya..

ok.. berbalik tentang kotiaw ladna ni, feveret kami anak beranak. lebih2 lagi anak2, kalu dah lama tak buat bertambah2 diorang makan... berbunga2 hati aku bila tgk diorang makan menambah.

resepi ni aku penah tgk masa gi makan kat restoran siam kat Golok duluuuu... lama dah. dan tukang masak tu tak lokek pula share resepi ni. ohh...kebangayakan restoran kat kat sana dapurnya kat depan. kat kaki lima tu. so boleh la tanya2 skit kan.. 

yg istimewanya kotiaw ni digoreng bersama telur dahulu, kemudian baru sediakan kuahnya...

resepi ni untuk sebungkus kotiaw. kalu yang nak makan tu ramai, korang doublekan bahan2nya. sebungkus untuk 3-4 orang makan. lauk dan rencah pun boleh tambah ikut citarasa. kotiaw ni jugak aku sediakan kalu ada tetamu nak datang mengejut.

jom kita intai resepi ni.

Bahan:

sebungkus kotiaw.- cuci
2 biji telur - pukul skit
udang, ayam, daging, fishball, fishcake, sotong - sukati korang nak letak byk mana
sayur sawi, kobis, carrot potong mancis, baby corn - sukati jugak
tepung jagung -1 sudu besar
gula, garam, perasa - secukup rasa
lada hitam - 1/2 sudu (tumbuk)
bawang putih 2-3 ulas     }tumbuk
bawang merah kecik - 1 biji}tumbuk
sos tiram - 1 sudu besar
air - 3/4 cawan (bancuh dgn tepung jagung)
cili api - jika nak pedas.

CARA2:
1. masukkan telur yang telah dipukul kedalam kotiaw yg telah dicuci. gaul2 bagi rata.
2. goreng dalam kuali dengan minyak sedikit, agak2 dalam 3 sudu besar minyak.
3. masuk kicap dalam 3-4 sudu. bila telur dalam kotiaw tu dah masak, angkat dan ketepikan.

4. kemudian, sediakan kuah dia. tumis bawang yg ditubuk sampai wangi, masukkan lauk pauk.
5. masukkan air yang dibancuh dgn tepung jagung.
6. masuk garam, sos tiram, perasa, lada hitam, sayur. masak sekejap dan tutup api.

7. cara hidang: masukkan kotiaw dalam mangkuk dan letak kuah.
kuah akan bertukar kaler skit sbb kicap dalam kotiaw td. letak daup sup dan bawang goreng untuk hiasan. makan masa panas2 wallahhh... sodap..



Friday, August 22, 2014

HariBerkabungNegara#MH17


salam takziah untuk semua penumpang dan keluarga MH17. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. walaupun tiada keluarga dan sedara mara yang terlibat, tetap terasa kesayuan dihati dengan tragedi yang menimpa. AL-FATIHAH



Thursday, August 21, 2014

Wordless Wednesday~ aksi YAYA makan spageti

ni masa raya kat umah MIL, spageti mmg favourite dia. tak menahan aku tgk dia makan. sampai 2-2 belah tangan dia gaul spageti. mulut comot takyah citer ooii...

 

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015