Wednesday, August 27, 2014

Resepi: Kotiaw Ladna sedap, mudah

 
lama tak share resepi dalam blog sendiri. masa bln pose ritu kemain laa dok buh resepi. eehhh citer raya tak abis lagi nie, syawal pun dah abis. adoii..  dah la mood update blog dah ke lautan Hindi dah hilangnya..

ok.. berbalik tentang kotiaw ladna ni, feveret kami anak beranak. lebih2 lagi anak2, kalu dah lama tak buat bertambah2 diorang makan... berbunga2 hati aku bila tgk diorang makan menambah.

resepi ni aku penah tgk masa gi makan kat restoran siam kat Golok duluuuu... lama dah. dan tukang masak tu tak lokek pula share resepi ni. ohh...kebangayakan restoran kat kat sana dapurnya kat depan. kat kaki lima tu. so boleh la tanya2 skit kan.. 

yg istimewanya kotiaw ni digoreng bersama telur dahulu, kemudian baru sediakan kuahnya...

resepi ni untuk sebungkus kotiaw. kalu yang nak makan tu ramai, korang doublekan bahan2nya. sebungkus untuk 3-4 orang makan. lauk dan rencah pun boleh tambah ikut citarasa. kotiaw ni jugak aku sediakan kalu ada tetamu nak datang mengejut.

jom kita intai resepi ni.

Bahan:

sebungkus kotiaw.- cuci
2 biji telur - pukul skit
udang, ayam, daging, fishball, fishcake, sotong - sukati korang nak letak byk mana
sayur sawi, kobis, carrot potong mancis, baby corn - sukati jugak
tepung jagung -1 sudu besar
gula, garam, perasa - secukup rasa
lada hitam - 1/2 sudu (tumbuk)
bawang putih 2-3 ulas     }tumbuk
bawang merah kecik - 1 biji}tumbuk
sos tiram - 1 sudu besar
air - 3/4 cawan (bancuh dgn tepung jagung)
cili api - jika nak pedas.

CARA2:
1. masukkan telur yang telah dipukul kedalam kotiaw yg telah dicuci. gaul2 bagi rata.
2. goreng dalam kuali dengan minyak sedikit, agak2 dalam 3 sudu besar minyak.
3. masuk kicap dalam 3-4 sudu. bila telur dalam kotiaw tu dah masak, angkat dan ketepikan.

4. kemudian, sediakan kuah dia. tumis bawang yg ditubuk sampai wangi, masukkan lauk pauk.
5. masukkan air yang dibancuh dgn tepung jagung.
6. masuk garam, sos tiram, perasa, lada hitam, sayur. masak sekejap dan tutup api.

7. cara hidang: masukkan kotiaw dalam mangkuk dan letak kuah.
kuah akan bertukar kaler skit sbb kicap dalam kotiaw td. letak daup sup dan bawang goreng untuk hiasan. makan masa panas2 wallahhh... sodap..



7 comments:

Aeen said...

akak....nampak sedap la......hehe

achiek anis said...

adoi sedap....mmg feveret gak ni....maceh kak kongsi resepi mudah

Allene said...

bestnya.. nak buat la.. tp tukar mee boleh kan... sbb kat umah ada mee je... =D

Chekgu Azrine said...

Nak buat nanti...

::EIDA:: said...

ida pun suka makan ! cuma cara ida lain sikitt.. hehhee~

jemput update terbaru ,
http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

Me, Myself and I said...

lepas baca blog ni je pepagi.. blk rumah terus masak utk dinner.. sedap n senang.. thanks for the resepi.. heheheh

mrs kayrul said...

senang rupanya nak buat ...kayrul ingat susah la sangat..lepas nie x payah makan kedai la macam nie

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015