Monday, January 27, 2014

oder lasagna

kepada yang bertanya saiz lasagna kecik tu, ni lah rupanya yer 8x4. Memang just nice untuk makan 2-3 orang. dengan 3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos chesese dan 3 lapis taburan cheddar cheese dan mozarella cheese. Harga?? hanya RM22 sahaja.

minimum order 2 pack yer... satu korang boleh bawa ke opis, satu lagi makan kat umah...
boleh sms/wassap saya ke 017-3213039 untuk order. 
delivery sekitar Sri gombak, pickup point di Petronas sebelah Giant Bt Caves, LRT stesen Terminat Putra Gombak...

#31/1/2014 ni saya akan berada di Bangi, sesiapa nak oder boleh sms/wassap sblm 30/1/2014. boleh collect di stesen Komuter Bangi pada kul 11 pagi....


Wednesday, January 22, 2014

Resepi: Ikan siakap stim limau+asam boi

Minggu lepas aku masak ikan siakap stim. Bila upload kat FB ramai lak yang mintak resepi. Ni versi campak2 versi aku. Sebenornya korang boleh campak  apa2 je yang ada dlm esbok tu. Nak letak carrot, cendawan, suhun, serai. Yang pasti kena buh halia banyak skit supaya ikan tak hanyir selain boleh buang angin dalam badan.... lepas bersalin elok nau la makan...

Yang pasti ikan stim ni menu yg terakhir korang kena masak sblm makan. Jangan masak awal2, tak best. Makan masa tengah panas2 baru kuar dari pengukus... eeyahhh...

Jom kita main masak2 yer puan2. sarung apron semua. Sblm ni pun aku ada gak tepek resepi ni. boleh tengok kat link.

BAHAN:
Sekor ikan siakap- kelar2 skit badan ikan tu.
2 ulas Bawang putih- hiris
2-3 ulas bawang merah kecik-hiris
Air asam jawa
Garam/perasa
1 inci halia – lagi banyak lagi bagus
Suhun – optional
Cili api- ikut kepedasan yang korang nak
2 biji Asam boi
Perahan Lemon/ limau nipis
½  cawan air

CARA:
Letak semua bahan dalam bekas yg sesuai untuk dikukus.
Perap dalam  setengah jam.
Kukus sehingga ikan masak.
Tabor daun bawang. Makan dengan nasi panas2 sedap....


korang jangan terlebih letak suhun cam aku. aku letak byk sampai abis kuah diserap suhun...

Monday, January 20, 2014

Rayyan 3rd birthday... majlis kecil2an sempena hari maulidur rasul 14/1/2013

salam...
rasa mcm dah lama tak update blog. mungkin lepas ni pon camni kot tapi aku akan cuba gagah jugak update blog tersayang ni..

kali ni nak up citer birthday anak bujang yg dah masuk 3 tahun pada hari maulidurrasul baru2 ni.
kebetulan jatuh hari cuti. last minit plan aku dgn suami sepakat panggil adik beradik dgn pengasuh rayyan utk majlis kecil2 ni.

apa yang sempat aku buat ialah nasi ayam(3 eko ayam), macaroni cheese dan agar2 santan je. kek bday tu beli....

lepas subuh lagi gigih aku start masak. sampai tengahri, tetiba muncul UmiQi. tanjat ai tauu... Ju datang bawa buah tangan jeruk PakAli dari Penang. giler sedap, dah laa lama tak makan jeruk.
 aku ajak skali Ju join party tapi Ju ada  hal katanya... tunggu gak aku sampai petang tup2 tgk fb Ju dah ke Pantai timur lak, bercuti sakan yer Ju...

alhamdulillah semua makanan abis, siap boleh tapau utk adik aku & adik ipar... 




 kek birthday yg simple cik suami beli tp sedap wehh indulgence bla laa... gitu nama dia...
menu: nasi ayam, macaroni cheese, agar2 santan...

 sekitar majis...

 rayyan dgn sepupu. wehh bday boy x pakai baju...

 abis menan dia kuarkan...

 fav rayyan ialah kek. tetiap minggu suh aku wat kek... apam pon kek jugak bagi dia...

 adik ipar aku tukang agih2kan kek... tq Lin..

 pengasuh rayyan & family..

 main lagi
 view dari atas tangga. bersepah abis. adik ipar dgn borak2 dgn somi..


adik aku dgn wife

Monday, January 13, 2014

sweet sour kek kukus & lasagna saiz kecik

salam uols... 
aku dah makin busy skrg ni, tempahan setiap hari tak menang tangan..
rezeki namanya tu, walaupun badan penat yang amat ya Allah... 
yang mampu skrg  ni hanya 3 dulang lasagna jer.. kalau wkend boleh la buat lebih, boleh collect kat rumah atau kat petronas sebelah giant batu caves atau di stesen lrt putra terminal gombak.

terkini, skrg aku buat kek kukus sweet sour(rm14) yang sangat santai tp sedap yang amat. boleh habis berkeping2 tanpa sedar... dan jugak lasagna saiz kecik (8x4) dengan harga RM22 sahaja. minimum order 2 yer kengkawan. satu bawa ke opis satu mkn dengan family. atau boleh jer share dengan kawan.
tak tau nak kata sebab regular customer aku kata lebih sedap dari Restoran Resepi Rahsia....

3 lapis lasagna, 3 lapis sos daging, 3 lapis sos cheese, 3 lapis taburan cheese cheddar & mozarella. meleleh2 cheese okeh... must try sbb lasagna ni TERLAJAK LARIS!!!



Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015