Friday, December 2, 2011

Masak2: SALMON GRILL WITH WHITE SAUCE


Sebelum blog ni kena hack minggu lepas aku masak salmon grill dgn sos putih. tetiba nak makan ikan salmon pulak. seawal pagi aku gi giant (duta giant aku ni) merembat salmon 3 keping, lemon dan brokoli. kebanyakan bahan lain dh ada kt umah. ok, aku bagi step by step yer senang skit korang nak buat nnt. iyer la asyik mkn nasik jer, apa kata tukar menu skit. tp resepi ni versi aku laaa, yg super sempoi.banyak resepi kalu korang google.

tapi kan kalu perut jenis makan nasik, masak la nasik skit, kang tak kenyang plak makan ikan je.


salmon grill dengan sos putih

ni bahan2 yang aku guna: brokoli, karot, kentang, butter, fresh milk,(lupa beli kt giant, so guna je susu ni yg dh ada kt dlm peti ais), mix herb, watak utama mesti la ikan salmon yer puan2. dan blackpepper. oohh... lupa plak nk snap olive oil. alaaa korang pun tau kan. bawang holand yg kuning tu setengah. pn lupa snap.alaaa takkan tak tau plak.

ikan tu aku dh perap dengan mix herb, blackpepper dan garam skit. kuantiti? agak2 lah yer.

pastu potong brokoli, karot dan kentang. ni pun ikut suka jugak, tp kgn la kecik2 sgt. celur jap.

dalam kuali non stick, masukkan olive oil+butter skit, masukkan sayur yg dipotong td. aku goreng jap je, tak suka sayur tu lembik, lagi pun td dh celur. bubuh mix herb. goreng dalam seminit dua. dah siap!!!

bawang holland cincang2. kasi halus skit. pastu tumis dlm kuali bersama olive oil+butter. sampai layu yer puan2. oohh... layu dan garing 2 benda yg berbeza ya. sila jgn bertukar. lps agak2 layu gitu, masukkan tepung gandum sesudu. biar dia serasi bersama. ngehh..ngehh... bila gandum tu dh tak berketul masukkan susu dlm 1 cawan setengah. masak dgn api kecik. bila mendidih masuk mix herb. kacau2 skit. siap!!!!

ni la rupa bentuk sos tu bila dh masak. korang pandai2 la ejas kalu sos tu tercair atau terpekat.
kalu cair masuk tepung skit, kalu pekat plak campur susu skit lg.

masa korang tgh tunggu sos tu masak. masukkan ikan salmon tu dlm oven. seperti biasa aku cuma guna oven kiut ni. masa 20minit. ni pun terpulang pada korang nak masak lama mana.

pastu hidangkan mengikut kreativiti korang lah yer. dah siap boleh ngap. aku guna pinggan biasa je, kalu guna pinggan putih mcm kt hotel tu lagi cantik korang punya hidangan. amacam tak nak try ke??

mcm biasa, tak paham bleh tanya.

12 comments:

Ana Suzana said...

wahhh.. mantapppp...

ameris said...

merata2 cilok resepi smpai lupa sumber asal. yg pasti mmg derhaka kt resepi. masak ikut anak tekak je ana...

InaAchik said...

perghhhh... mantap ko nyah!!!

eh, dah oke ko nyer blog? sorry aku x dpt membantu permasalahan ko tempoh hari... aku bkn celik IT mana wei...

ameris said...

ina,
resepi biasa2 je ina. google je trus dapat resepi.pastu pandai2 la ejas ikut anak tekak. kikiki...

alhamdulillah blog dh ok, tu pun merata2 bertanya.

moral: jgn suka2 ati folo blog yg mencurigakan.sbb kita rasa sbb kita ada folo satu blog tu. tak tau knp bleh terfolo, sbb dia dok email srh folo blog dia byk kali. huhuhu...

safurara said...

wahhhhhhh pandai masak sendiri.sllu tgk kat hotel je cm ni.

ameris said...

rara;
nnt cuba laaa... mudah jek.

dd dudu said...

besnyee step bergamba. senang nak rujuk.

suke suke hehe

Ateh Nour said...

Sallam,

Singgah nak rasa Salmon grill with white sauce. Sedappp...

GOLD FINGER said...

Nasib dah ok blog lu tes..haru biru dibuatnya..mantap giler masak skrg..dasaattt2

ameris said...

tes,
org ngandung mmg nk mkn yg dasat2.

ameris said...

dd;
dh lps pantang nnt bole la mkn mcm2.
tp kena hati2 gak takut silap mkn nnt anak kembung sbb bres feed

Unknown said...

salam kenal,
mudahnya resepi ni, boleh cuba buat. :-)
http://www.duniavitaminresources.com

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015