minggu lepas saya dan suami sempat  dating berdua breakfast 
di Levain Bouangerie & Pastisserie. nak sebut pun berbelit lidah ooii...  
tempat ni asben saya jumpa dalam majalah Anjung Seri kalu tak silap.
terletak di Jalan Delima off Jalan Imbi KL.
kedai dia macam banglo lama yg diubahsuai. 
masa mula2 masuk kagum giler dengan deko dia. 
seolah2 kami berada di Italy di musim sejuk 
[walaupun belum pernah lg sampai sana, ok berangan tu foc]
sampai suami say boleh cakap... sebulan sekali boleh datang sini.
xleh selalu kopak poket.
sesekali breakfast ala omputih... wahhh gitew...
roti dia tersangat2 sedap yang amat.
selepas mencuba, terasa ingin rasa semua roti yang ada.
pembuatan roti sangat kreatif bg saya..
jom tengok apa yg saya order kt sini...
enterance. jom masuk
 asben saya order air ni
 rupanya ada breakfast set. tapi saya dah ambil roti ni 
dan dessert manggo cup untuk mencuba
 manggo cup yg tersangat sedap... serius tak cukup 1.
rasa dia hanya manis mangga je. betul2 ori...
 pelbagai pilihan roti
 roti lagi..
 sambil pilih roti boleh tengok diorang menguli dan membuat roti. 
bau roti sangat laa sedap dan khayal 
suami saya order yang ni.
 hashbrown dia sangat rangup berbeza dengan yg pernah saya rasa sblm ni
ni air saya latte caramel. Ya Allah tersangat sedap.
sambil terpejam2 mata saya menikmati air latte ni.
ni pula set yang saya order. nampak mcm roti yg dibuat ala2 piza je, 
sekali saya rasa adusss...tersangat2 sedap.
saya menikmati secara perlahan2 sbb tak nak bg cepat habis
 tetiba kat dalam dia ada telo leleh.. sangat2 sedap bila lalu kat tekak...
sebab tu saya kata tak boleh datang selalu...
sekali breakfast saja RM60++....
sempat selfie laki bini 
korang yang nak cuba breakfast sini boleh ke 
FB.
next time boleh cuba lunch sini pulak...