Wednesday, April 19, 2017

Kek minyak lagi..kali ke berapa puluh ntah...

Salam.. makin sendu jer blog. harap2 tak tenggelam terus.
citer buat kek minyak ni tak tahu bila punya tah. tapi buat kek ni dah berpuluh kali kot.
sebulan ada laa 2 kali. kalau mcm dah tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak2 
jom kita buat kek minyak.
buat kek ni tak risau kek bantat ke,.. keras ke.. lembik ke.. sebab buat kek ni confirm menjadi punya
anak2 pun seronok sebab diorang boleh berkreatif ikut suka diorang.
sambil main kaler2, buat corak2. yer betul ni serius...

saya tepek lagi resepi kat sini.. kot2 korang malas nak search kan...

KEK MINYAK

BAHAN2
  
5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna-sukati nak letak kaler apa

CARA2

Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mixer  Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak  sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
pastikan pengukus panas dulu dan kukus selama 40 minit.
Lepas 40 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah masak sempurna. 
nampak tak betapa hepinya diorang bila dapat explore kaler2 ni

comot2 meja lps buat keje mmg biasa... takpe nnt kita lap

ni hasilnya selepas dikukus

selepas diterbalikkan dah mcm rupa gown anzalna pulak...
makan masa tengah suam2 dengan air teh o mmg sedap oooiii...

No comments:

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015