Tuesday, October 14, 2014

RESEPI:SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

lepas ni berderet2 resepi kat blog aku ooi... dah rupa blog resepi lak korang. jangan muntah okeh. iyer laa baru jek lepas raya korban kann, mesti laa resepi daging je pasni...
resepi aku takde laa pelik mana pun. mungkin yg penah jugak korang buat pon. 
aku biasa masak yg mudah2 dan cepat je. tak kuasa nak lama2 kat dapo, sampai umah pun dah nak kul 8. biasanya weekend laa aku rajin skit.

macam siput sedut ni takde laa weekday aku masak. nak potong montot dia kemain lama ooii... lenguh gak kaki aku.

bila makan yang beli tak puas ati mula la rasa nak buat sendri. abis tu 5 henggit tak sampai segenggam. mana cukup. tu yang gigih aku buat masak lemak siput sedut ni.

ooo... siput sedut ni aku masak minggu sblm balik raya korban ritu. geli okeh time dia merayap2 tu.
aku letak dalam besen sebelum nak siang tu berlumba2 siput tu cuba memboloskan diri.. rayyan terus tak nak masuk dapo. hahahaha...

betapa tak berkualitinya gambar dari hp aku. huhuhu. ehh geli betul aku masa ni. merayap2 si siput

 hahhhh menggelegak sampai berbuih2 dalam periuk..

bila dah masak, sedap betul makan sampai lupa diri abis bermangkuk2

BAHAN2:
  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)-yang ni part paling bercinta ooi nak buang dia punya montot. abis terpercik kat apron aku. ni jugak sebab aku malas nak masak siput sedut ni.
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan- aku guna sebiji kelapa
  • 1 kiub pati ikan bilis- x letak
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • garam secukupnya
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)- aku koyak2 kan je...dasar sgt kan.
CARA2:
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..

Thursday, October 9, 2014

cerita Aidil Adha 2014

wahh.. semua dah update citer raya korban yer. ni turn aku lak nak upload pic. tapi rasa mcm lebih kepada aku ber OOTD. eehh sila jangan muntah hijau lak yer...
raya haji tahun ni takde gambar bersama asben sebab dia stay kat umah dia, aku lak kena  balik umah family aku sbb aku korban 1 bahagian lembu. lps maghrib tu aku balik semula umah MIL aku.

so pakai lelawa pun sekejap je pastu bertungkus lumus mengejakan lembu, perut lembu, kaki lembu. buat sup kaki lembu + urat keting sedap ooii....

ada cerita kelakar masa tgh korbankan lembu tu, lembu dari dari kawasan lain melarikan diri sewaktu nak disembelih. berlari2 org2 kampung mengejar lembu tu. 

biasanya raya korban kat negeri pantai timur ni dibuat secara gotong royong. sembelih lembu pun belakang rumah atau pun kawasan yang lapang skit camtu je. selepas dilapah dan dibahagi 7 bahagian, daging2 tersebut diambil serba sedikit dari 7 bahagian tersebut untuk dibuat kenduri. pastu golongan wanita pula untuk masak. biasanya masakanan yg popular singgang/sup tulang, daging goreng kunyit, perut, limpa dan organ dalaman pula cicah air asam. sedap ooii... aku sempat rasa skit je perut ari tu....

macam aku korban satu bahagian, daging2 tu ma aku laa yg bahagi2kan. aku ambil skit utk bawa balik Kl dan bahagi utk beberapa org kawan kat KL.

 tu baru 3, ada lagi 5 orang adik beradik aku... time raya mmg port ni je tempat amik gambar.

 hahhh kan dah kata aku bergambar sakan....

 close up skit gambar tuan blog kedaung

 susah tul nak ambil gambar dgn anak2 ni tau. sibuk dgn gajet je...

 hahh  tengok tu. masing2 layan gajet je, pandang kamera pun tak nak.

 sempat lagi posing dgn lembu yang akan dikorbankan. tp dok jauh2 je laaa...


 lama jugak menunggu tukang sembelih, sampai aku dah mencangkung ko...

 ok.. semua dah ready nak tumbangkan lembu...

sedih jugak bila tengok lembu kena sembelih. memancut2 darah.




#IKLAN
order lasagna, macaroni cheese, puding roti epal+sos kastad masih seperti biasa. cuma aku dah tak up kat FB, tak larat nak reply pm.

kalu nak oder mcm biasa wassap/sms: 017-3213039 . lasagna available frozen & ready to eat. ayam & daging.








Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday: laksa asam telur goreng

1st time dengar, makan dan tengok laksa asam telur goreng cenggini.smlam kan aku baru sampai dari KB balik raya. kali ni balik ikut grik sbb jalan jem, asben terus potong ikut grik. skali jumpa gerai ni. mmg glamer kat sini. tp bagi aku cam pelik jer rasa laksa asam telur goreng ni. tekak mcm cannot go. tp kat gerai ni melimpah ruah org order laksa telur goreng ni. Lokasi: simpang tawin, grik. (betulkan aku kalu salah eja nama tempat ni).

Wednesday, October 1, 2014

Resepi: yee mee sup sedap

share resepi anak2 lagi uols...
yee mee mmg favourite si yaya.budak-budak kan suka sup2 ni... kalu semangkuk tu mmg habis masuk perut budak tu.
sbb tu stok yee mee mmg sentiasa ada kat umah aku. nak masak pun senang ooii...

kalu mee kuning kang xleh simpan lelama. lagi pun mee kuning tak elok sangat makan slalu. kapur byk,pengawet pun boleh tahan. sbb tu aku kalu goreng mee kuning rendam jap dalam air panas.kalu kat kedai mmg xde laa aku oder mee grg sbb kat kedai tak basuh. lerai2 terus campak dalam kuali. 

ok balik semula kat yee mee sup ni. mmg sedap uols. pecah telur kasi gegar pergghhh.. pastu kalu malam, taktau nak masak ape mmg yee mee sup ni laaa aku masak.
adoii... aku yang menaip ni lapor pulak.lagi byk sayur dan lauk lagi sedap bak hangg... yang penting kena renjis skit minyak bijan baru terangkat ala2 chinese style. tambah skit cili jeruk.

jom mak-mak masak yee mee sup.

BAHAN2:
1 sanggul yee mee (kalu nak banyak doublekan bahan lain)
1/2 cawan isi ayam
sotong potong bulat
fishball,fishcake- sukati nak letak ke tak)
udang
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang merah kecik*
sehiris halia
sayur-kobis, sawi,karot,brokoli,cendawan (sukati korang nak letak apa pun)
1 biji telur- nak letak lebih pun bole
minyak utk tumis
minyak bijan 1/2 sudu kecik (takdak pun takpe, ada lg sodap)
garam, perasa(kalu guna, aku tak pakai perasa)
bawang goreng, daun sup utk hiasan.

CARA2:
1.tumis bahan bertanda *, bila dah naik bau masuk ayam, sotong dan lauk pauk lain. 
2. bila mendidih masuk air, garam, perasa, sayur,yee mee, telur, minyak bijan. mendidih dalam 30 saat terus tutup api.
3. ni untuk telur gegar, kalu nak telur tu masak, masuk telur dulu baru yee mee. 

tips: yee mee masak sekejap je,kalu kembang tak sedap. makan panas2 sedap, letak pulak cili jeruk
 


  
ni baru masak, nampak tak berbuih2 lagi telur tu... telur kasi gegar

 yee mee aku google pada yang tak tau rupa yee mee tu caner...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015