Thursday, August 16, 2012

Bye bye Ramadhan...


Pejam celik pejam celik sedar tak sedar kita semua dah berada di penghujung Ramadhan. 
Ramadhan hampir melabuhkan tirainya dan diganti pulak dengan Syawal yang semua dok nanti-nantikan. Layakkah kita nk bersyawal sedangkan Ramadhan ala kadar je. huhh sayu dan pilu plak rasa, yang pasti pasti akan terasa rindu dengan Ramadhan lepas ni. tapi betul perasaan Ramadhan ni lain sangat tak mcm bulan bulan lain. sebabnya masa ni la rasa nak bagi sedekah lebih, buat amal ibadat lebih, memburu pahala dan ganjaran yang Allah akan beri. Pendek kata pelaburan berganda.

tak caya??? tengok, masjid full house masa bulan puasa. semua berebut nak buat amal ibadat, bagi sumbangan utk buka puasa. anak2 yatim masa bulan Ramadhan penuh dengan jemputan buka puasa. Semoga tahun depan kita masih lagi bernafas utk sama2 beribadat di bulan Ramadhan. aku mmg feeling lebih skit pagi ni.

tambahan pulak pagi ni hujan turun membasahi bumi, selepas panas berhari-hari. Lailatul Qadar kah semalam?? Wallahualam...


bagi aku pulak aku bersyukur sangat2 atas rezeki yang Allah beri. bukan sahaja dari segi material tp kesihatan utk aku, anak2 dan jugak suami. walaupun aku termat la penat sepanjang bulan puasa ni. Alhamdulillah syukur anak2 takde lg demam2, batuk2 selepas keluar ward ari tu.

Aku jugak nak memohon maaf andai kata sepanjang aku berblog ni ada yg terasa ati atas apa yg aku tulis atau luahkan. tujuan aku berblog ni pun bukan lah untuk glamer, tapi lebih kepada catatan peribadi dan berkongsi perjalanan hidup aku dan anak2 serta suami. terima kasih kepada follower dan pembaca yang sudi baca bebelan aku selama ni. kepada keluarga di kampung, aku lambai-lambai tangan nie... tungguuuuu kami balik..



akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. oohh yea... kami sekeluarga balik kampung hari Sabtu ni. semoga perjalanan kami selamat dan dilindungiNya. mood bekerja memang dah takde ni.


5 comments:

MizzTina said...

selamat hari raya kak.. =)



nt raya nk dtg umh akak boley?

ameris said...

boley.. boley sesangat. nnt akak inform yea.

dd dudu said...

kak ameris selamat hari raya, maaf klu ada ape2 yg dd buat/ckp mengguris hati ye

ameris said...

dd; akak pn mintak maap jugak.

Uncle Lee said...

Hello Ameris, all the very best hari raya wishes.
Da makan ketupat, rendang, lemang?
I miss eating all that.
You have a nice weekend, and keep a song in your heart. Stay young.
Lee.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015