Thursday, September 13, 2012

Rayyan Demam Lagi

Ahad lepas semangat nak ber open house, gether2, mkn2 dengan kengkawan tetiba terbantut, SEBABNYA Rayyan diserang demam panas pada hari tersebut. petang tu badan dia suam2 kuku jer.. ok masa ni dh risau takut badan dia lg panas. start malam tersebut suhu badan dia mencapai 39.3'c. fuhhhh... risau sgt2 masa tu. nasib baik ada je ubat stand by untuk dia demam. bila dia kena sawan dan masuk hospital kt ENTRY ni, mmg ubat sentiasa ada. mlm tu aku & suami dh x tido. kitorang gilir2 cek suhu rayyan. mana tau takut jadi apa2 masa tgh tido kannn... tak nak kes tu berulang lagi. kali ni kena jaga betul2.

pagi isnin,lepas antar Zara kitorang terus ke Putra Medical Centre jumpa doktor pakar kanak2 Dr Marina.
budak demam ni tgh makan jambu batu. pahit mulut kot xnak mkn bubur nasi.

lps sampai rumah, bagi ubat kat rayyan. kami tido berjemaah sebab mengantuk dan penat. Rayyan punya style demam, lepas cucuk ubat kat bontot suhu turun 37'c, lepas 5 jam suhu naik semula hingga 39.9'c. masa ni la yg buat aku teramat risau. cepat2 basahkan badan dia walaupun dh letak towel kt dahi. cucuk lg ubat kat bontot. ubat sirap paracetamol mmg tak jadi hape.

Zara aku tinggalkan kat rumah acik supaya senang nak monitor rayyan. kalu ada zara aku takleh concentrate kat rayyan yg demam. tgh malam tu pun keadaan rayyan masih sama walaupun dh amik ubat. malam ke2 aku&suami tak tido. masa ni aku dah tak tau berapa kali dah rayyan muntah. minum susu muntah, air kosong muntah, makan apatah lagi.... huhuhu sob sob sob sebak sangat rasa masa tgh menaip nie. dengan perut rayyan yang kosong takde pape, keinginan nak makan tu ada tapi... adoiii

kul 3 pagi  hari ke-3 aku bangun buat susu untuk dia, masa nak turun tangga aku tetiba berpeluh menitik2. sampai kat sinki aku pulak muntah. pening nak pitam rasa masa tu. tak tau tetiba jadi camtu. smpai subuh aku pening2. memang tak larat sangat2 rasa. tapi bersiap jugak nak gi keje, lepas sampai umah pengasuh rayyan nak bangun dari keta pun aku rasa nak pitam lg. terus dgn aku skali stay  kat umah pengasuh.
suami datang amik aku gi klinik  kul 11. rupanya blood presure aku drop sampai 80, pastu plak aku tak cukup tido jaga rayyan dengan x cukup minum air. sbb tu jadi mcm tu.  suami aku plak sampai fikir aku pregnen. haisshhhh... aku dh pakai perisai ni tau. lagi pun doktor dah advised aku xleh ngandung lagi.

kat rumah toto, selimut, cadar sarung bantal dah ready untuk basuh sebab kena muntah rayyan. rasanya demam dia kali ni lagi teruk dengan yg admit dulu sebab muntah dan cirit birit skali...

4 comments:

MizzTina said...

cepat sembuh ye rayyan...

ameris said...

tq MK. sekarang dh x demam cirit birit je...

dd dudu said...

cian akak smpi x sehat jadinyee sbb x tido je kan. syukur rayyan dah sihat

ameris said...

tu lah dd, bila anak sakit ni mmg xleh tido wpun ngantuk. 100% mmg tumpu kat dia jer...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015