akhirnya family day #GBSB berjaya dilaksanakan.
kali ni lebih menarik, lebih mencabar dari tahun sebelumnya,
dannn rasanya 2H 1M tak cukup oiii...
kali ni kitorang buat di Gold Coast Resort, Morib.
tempat yg agak menarik sebab ada water team park yg memang sesuai sgt untuk budak2. bila berendam tak nak naik.
jenuh mak pak pun berjemur & berendam sama sampai legam kulit. kihkih...
sebelum tu saya mohon ampun sebanyak2nya
sebab terpaksa amik gambar dari group kami sebab gambar dari henpon saya abis terdelete. gigih usung DSLR tapi gambar pulak abis gelap, tak tau apa masalah...
di GC kami semua tempah bilik Suite harga 1 bilik RM220 siap ada jakuzi.
so kalu malas nak bawa anak2 berendam kat water park boleh laa berendam dlm jakuzi ni. tapi saya tak sempat pun nak berjakuzi, bagi can kat anak2 je laaa.
daru rumah saya gerak dah tengahari. sampai di GC hampir pukul 4.
terus check in.
masuk bilik je terus anak2 ajak main air sebab teruja tengok bilik ngadap water park.
selepas penat berendam petang tu laju2 pulak bersiap untuk dinner.
kitorang pilih dinner di Juvita Seafood sebab nak murah skit.
so lepas maghrib konvoi beramai2.
makan kat sana ok, so-so je,
bagi saya cuma tempat tu tak berapa sesuai sebab sempit.
pastu semua meja disusun memanjang sampai takde lorong kat tengah2.
bayangkan semua rata2 ada anak kecik & baby.
dengan panas dan takde kipasnya... ohhh..mai.
memang serik. nasib baik saya takde anak kecik,
kalu tak mau nya ajak suami tapau makan kat bilik je.
lepas makan, masing2 dah mengantuk kepenatan. saya laa tu..
tapi gojes lain siap kuar gi lepak2 kat dataran.
yg datang single dgn anak je siap menjemah kt bilik...
saya paksa anak2 tido awal sebab esok nak bangun pagi bersukaneka pulak..
tp biasa laa dah ada anak2 ni mmg takleh nak tepat.
nasib baik cikna pun lambat. ada geng!!
so kitorang termiss sesi photoshoot pagi tu,
tapi tak kira paksa gak amik lagi skali biar ada gak muka saya dengan cikna. ngeeee...
time sukaneka ni mmg pecah perut gelak ooii...
dengan raga anak2, bapak2 yg sporting dan mak2 yg tak abis2 dengan aksinya...
tak sangka semua begitu memberi kerjasama,
sampai geng bapa pun teruja dengan event kali ni.
kesian kat rafif sebab mak mimi terpaksa jadi mc. nasib baik rafif jenis tak kisah.
dok atas riba saya siap cakap rafif ngantuk nak sleep.
habis sukaneka sampai pulak ke acara bertukar hadiah.
semua kena bawa hadiah masing2.
acara ni pun yg di tunggu2 sebab semua hadiah sangat laa gojes.
semua happy dengan hadiah yang dapat.
bukan anak je dapat goodie bag, mak2 pun dapat okeh!!
semua hadiah sponser tersangat laa ohsem.
macam2 ada... siap dengan mee siput, perencah mee bandung muar, towel yg comel, bawang goreng, perfum, brownies,popcorn,pin tudung dokoh dan lain2.
hadiah sponser ni saya akan review satu2 nanti yer..
yg paling terkilan tak sempat bergambar dgn anez sebab beliau terpaksa balik awal.
suami keje... sobs, tak sempat anez nak join sukaneka.
tapi anez bg saya sangat sporting sebab beliau datang dari ipoh nun.
sanggup tu demi gojes, mengandung pulak tu... sobsss...
BERSAMBUNG...
giliran mak2 berendam..