Monday, September 5, 2016

RESEPI: kek butter marble coklat yg moist & sedap

alkisah semalam tetiba yaya request nak kek. dah lama umi tak buat kek katanya..
dok merengek2 pastu terlelap pulak dia...
sambil google2 resepi kek yg mudah dan sedap tertangkap plak kat satu resepi ni. 
bila semua bahan ada, mmg laju laa kuarkan mixer.
mmg mudah dan sedap.
 saya hanya buat setengah dari adunan asal resepi ni.


 
Resepi asal dari blog zalinzalina
 
125 gram Butter 
125 gram Gula Kastor (boleh kurangkan sukatan kalau tak suka manis..)
 3 biji telur B
1/2 sudu kecik esen vanilla
  1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko(cairkan dengan sedikit air)
 * 125gram Tepung Gandum
 * 1sudu kecik Baking Powder
* kedua-dua bahan ni  ayak 
Mula pukul butter dan gula kastor sampai putih sikit... kemudian masukkan telur satu persatu... masukkan esen vanilla dan susu pekat... kena kaup balikkan adunan untuk nak bagi adunan rata...  last sekali masukkan tepung sikit demi sikit... 
Kalau nak bakar dalam loyang, jangan lupa alas baking paper dalam loyang tu ye...
Cara nak marblekan kek ni, kita bahagikan adunan pada 2 bahagian ...  campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko yg dicairkan. sendukkan adunan dalam loyang berselang seli hingga abis. kemudian kita hentakkan loyang sikit bg adunan rata dalam loyang.
  bakar kek ni kalau dalam oven 45 minit pada suhu 180 darjah celcius...

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

nice.. simple dan boleh try..

nadiah hanum said...

Sedapnya kek marble..all time favourite nih! Oven nad rosak sekarang ni..adoiii..gian rasa nak buat kek marble.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015