Friday, October 4, 2013

ber auto gate dah sekarang. Demi keselamatan!!

akhirnya ber autogate jugak rumah aku.. ni pun bila gara2 cik suami aku akan kerap outstation. bulan lepas 2 kali, ke KK, Sabah dan Johor. aku kalu cik suami outstation mmg kena jadi supermak laaa... mana taknya gigih kena siapkan 2 beradik tu pepagi. tp nasib baik pengasuh budak2 tu ok bila aku nak tinggalkan yaya kat diorang untuk beberapa hari bila cik suami aku outstation.

ikut pengalaman aku yg lepas, kalu time petang balik opis tu jenuh laaa berangkut 2 beradik tu. nakkkk jugak ikut aku kuar buka pagar. kalu hujan pulak lagi haru. adehh laaa... tapi kalu nak tinggal diorg dalam keta  masa aku buka pagar pun aku cuak jugak. heyyy... zaman skrg mcm2 boleh jadi okeh!!! eeii tak nak aku imagine yg bukan2...[tetiba terpikir pulak ada orang larikan anak aku dgn keta] adehh laaa...

ni pun demi keselamatan jugak, sebab rayyan dah pandai buka gate dari dalam kalu tak mangga. ni lagi BAHAYA. apa2 boleh jadi....

takpe melabur skit untuk jangka panjang. pada aku takde la mahal sgt pon. yang aku buat ni tak sampai RM3k. so masih lagi mampu kami laki bini...



p/s:  ai is happy sebab takde la kuar masuk bukak tutup pagar dah... masuk keta, tekan remote gate terus gerak.... lalala

Thursday, October 3, 2013

nak booking teksi?


bagi korang yang nak sewa teksi atau booking teksi nak gi epot KLIA, LCCT, atau Subang epot korang boleh booking teksi dengan Pakcik Othman ni. sebenarnya wife Abg man ni la yang jaga anak2 aku. harga mmg ikot meter korang jangan bimbang teksi sapu  atau taksi yang tak guna meter tuh... confirm abg man ni akan on kan meter teksi dia.

servis pulak 24 hours okeh!! masa suami aku outstation ke sabah minggu lepas pun amik teksi dengan abg man ni, masa tu kul 4 pagi sbb flight dia ke KK kul 7 pagi. abg man ni datang tepat pada masa, suami aku lak yang masih dok dalam toilet masa abg ni sampai. no tipon abg man 019-2645128.  nasib baik kenal kan... kalu tak mesti kena hamun dah. hihihi...nnt korang bgtau nama Rayyan dan Yaya kot2 dapat diskaun....

lagi satu teksi abg man mmg besar lah kan sbb exora dan takde bau2 yang kurang menyenangkan. FYI abg man ni tak amik customer yang baru balik dari pasar sbb dia tak nak nnt air ikan or ayam meleleh kat teksi dia...

 

Wednesday, October 2, 2013

surprise bunga masa birthday aku dari hubby

masa birthday aku minggu lepas... [entry basi ko] suami aku ada antar munga kat opis aku. eeh bukan dia yg antar, tp budak penghantar munga tu. sebenarnya aku dah agak mesti dia akan antar munga sebab seminggu sblm tu dia ada tanya alamat opis aku. kenkonon nak update dalam sistem profile dia kat opis. ngehh...ngeh...

aku dengan selamba je sms balik masih sama je macam dulu... masa budak tu antar aku takde la terkejut beruk sangat. tp kengkawan je laaa... wahhh bestnya dapat bunga... datang dok belek2 bunga kat tempat aku. eerr... sayang, tahun depan xnak bunga boleh??? antar la kek ke, kepci ke....

aku benornya segan gak dapat bunga besar gedabak camni. yer laa nnt ada yg kata dah tua2 pn nak bunga, yang lebih x best bila ada yg kata: entah2 dia antar bunga kat diri sendiri.... sentap okeh!!!

apa pun tq to mu hubby coz tetiap taun tak lupa antar bunga...bila nak celebrate makan2 nie??

Tuesday, October 1, 2013

Perkembangan Rayyan 2thn 9 bulan

sekarang rayyan dah pun menjangkau 2 tahun 9 bulan, bermakna lagi 3 bulan umur dia akan genap 3 tahun. wiwiwi teruja okeh maknya bila anak dah jadi toodler, dah jadi abang, dh panjang akal, dan banyak rumah ragam dan anje2 dia mmg berlebihan berbanding dgn si adik yaya.  rayyan jugak ada ada taste dia sendiri. maknanya kalu nak belikan dia selipar biasa2 yang kat pasar malam, tak nak kaler kuning, nak kaler biru. tak nak gambar kartun doraemon nak gambar kartun spiderman... seee... anak bujang sorang ni, kemain tau..

betul kot org tua2 kata kalu berjalan dulu lambat bercakap. compare dengan yaya mmg rayyan lambat skit dapat bercakap. bahasa jerman dia je. tp alhamdulillah dia masih faham arahan aku kalu aku minta dia buat apa2 atau ambilkan apa2. contoh mcm "rayyan, take towel. rayyan, finish your milk. rayyan, dun go there."  

sifat abang pun ketara bila dia larang yaya mendekati iron. sblm ni mmg aku tak bagi rayyan main area aku menggosok baju. untuk bagi dia paham aku gosok iron panas tu kat iron board dan aku suruh dia rasa. maka dia tahu benda tu panas dan bahaya.

satu hari tu bila yaya main dekat2 iron, rayyan cakap "no....no....no...." kat yaya. tergezut aku walaupun iron tu tak on pun. maknanya dia paham.

lagi satu aku rasa otak rayyan ni lebih cepat menyerap kalu aku ajar pembelajaran tak formal. mcm sblm ni kalu turun naik tangga aku mesti bilang/kira dengan dia one....two....three.... four....five.... six....
bebrapa hari lepas aku dengar dia kira sendiri bila naik tangga. kalu aku bukak buku keras tu ajar 1,2,3 boleh tahan 5 minit je, menan2 dia lebih menarik perhatian dia....

banyak jugak la vocabulary dia dh belajar walaupun bunyi agak pelat. car, bus, lorry tp dia sebut wiwi. tp dia tau makna lorry tu bila tetiba dia nampak terus sebut wiwi. apa2 je lah anak ooii...
nenek, jadi ninik, atok. kalu sebut ummi masih lagi jadi "mimi".nak bina ayat dia belum pandai lagi. tp bia dia sebut sesuatu tu Insyaalah kita akan paham.

semoga jadi anak yg soleh dan bertanggungjawab jaga adik yaya  ok....


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015