Tuesday, November 1, 2011

Petua untuk Baby Girl

wahh..wahh... aku dalam mood berangan. tp tak salah kan berangan. yang penting doa sentiasa.
TAPI mana2 pun aku tak kisah, asalkan baby dan aku nnt sihat. iyer lah sbb dah ada sorang boboi nak lah plak girl. adalah kawan untuk si Rayyan gado2 nnt. haaipppp... mana bleh gaduh. abang kena la jaga adik kan.

comel bangat baby ni. bukan baby aku, ni baby hasil google. org kata kalu nak bby comei kena slalu tgk gambar baby comel. betul ke tak aku tak tau...

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama


1. Madu lebah (untuk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)


amalan kt atas tu sblm ngandung.






ni pun kalu belom mengandung.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dari kiraan hari pertama datangnya haid)

Kenapa dalam waktu subur isteri sahaja?
Sebab suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dapat diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.



Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (janganlah selalu)

masa 3 bulan lebih nie.... hmmm aku mmg suka makan sayur, kalu kuah plak yg sup2 jek mcm tomyam ke, sup ayam, daging.. asam tu ada je dlm henbeg.

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam untuk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.


ok yg biru kat atas ni aku bleh amalkan dari skrg. Insyaallah....


surah mariam/yusof, aku pasang jek kt pc. kalu dtg opis awal baca gak. kalu tak berkumandang je kat situ. ok la dari dengar lagu kan....
yg no.2 blm buat lg, sbb perut kecik sgt lg. kalu rayyan dulu dh nampak sgt2.
no.3 sentiasa doa lps solat.



semua tips dapat dari SINI

10 comments:

AtieRamos said...

info yang sangat bagus untuk saya :)

Aleen Aiden said...

woahhh klo alin kawen nanti nak kena baca balik en3 akak nih.hi3

ameris said...

atie pun tgk preggy ke??
kita sama2 manafaatkan yea...

ameris said...

aleen;
buat preparation siap2 yer...

mama irfan said...

leh praktik bila irfan nak dapat adik nanti... tapi lambat lagi la..eheh

ameris said...

mama irfan;
saya pun xsengaja. tetiba jek.
yg 1st dulu jenuh gak buat treatment.
yg ni senang plak.

PinKy MoMMa said...

memang teringin nak gegirl uhuhu..sebab dah ada 2 boys..doakan yer yang ;)

usaha tangga kejayaan..insyaAllah..

ameris said...

pinky momma;
saya pun kalu ada sepasang cukup lah kot....

mama irfan said...

x pa rezeki.. hehe.. tu la member pon ada camtu gak, dekat 5 tahun x dapat anak, bila dapat sorang, lepas setahun dapat lagi sorang... sepasang lak tuh...

ameris said...

mama irfan;
bestnya kalu dapat sepasang.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015