Saturday, May 31, 2014

baru 6 tahun....

29 Mei lepas genap 6 tahun aku menjadi pasangan halal dunia akhirat bersama suami. kalu ikutkan rasa mcm sekejap je 6 tahun berlalu. imbas kembali 6 tahun lepas selepas diijabkabulkan kami jadi pasangan jarak jauh selama sebulan. aku di Terengganu suami di KL. rezeki aku dapat bertukar ke KL selepas sebulan. nasib sekejap je PJJ kalu tak makan ati ooii.. dah la baru kawin kan....

rezeki kami untuk mendapat cahaya mata agak lambat sikit. dengan mcm2 dugaan keguguran, gigih buat treatment selama 2 tahun jugak... baru laa anak pertama kami Faqeef Arrayyan. selepas 7 bulan aku disahkan mengandung lagi walaupun mmg tak sangka langsung mampu mengandung dengan cepat memandangkan masa nak dapatkan Rayyan dulu buat treatment bagai... rupanya menurut doktor ubat yang du injek dalam badan aku masih kuat. Syukur alhamdulillah Ya Allah... Selepas Yaya lahir doktor tak advice aku untuk mengandung lagi selepas pelbagai komplikasi dulu...

walaupun rezeki anak lambat skit, tapi kami dilimpahi dengan rezeki lain, kami beli rumah walaupun takde lah sebesar mana, cukup untuk kami berteduh. yang penting memenuhi kriteria rumah idaman walaupun hanya rumah 2nd hand. 

alhamdulillah... hidup bertambah baik. rezeki semakin bertambah dari tahun ke tahun. sejak tahun lepas aku bisnes kecil2an mengambil tempahan membuat lasagna, muffin dan beberapa tempahan lain.

6 tahun apa aku rasa?? kalu ikutkan hidup suami isteri mmg laa ada turun naik. yang biasa hangin aku laaa... bersyukur sbb suami seorang yang penyabar dalam melayan karenah aku yang. biasa laa hagin timur laut cina selatan tu sentiasa ada. pandai2 la handle semua masalah yang ada.

semoga tahun ni dan seterusnya dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan aku menjadi isteri solehah dan umi yang menjadi contoh untuk anak2 aku...
 
 
 6tahun frame tu masih tetap uth di situ takde alih tempat lain pun...

sila abaikan yang semakin membulat. jangan bandingkan gambar 1st dgn yang ni... masing2 mmg membina berat badan. tu tanda bukti kasih sayang....

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Happy anni to u my dear frend!!!!

Mimy Hamid said...

happy anni..husben amy mmg baik..polite je hehehe

Julia Johari said...

:) suka baca sinopsis sis amy cerita...best

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015