Friday, June 13, 2014

Kek Coklat Kukus ala Anis kek coklat moist

eehh tetiba blog aku jadi blog masak2 pulak. pedehal... dah nak pose ni meh kita main masak2..

cubaan kali pertama buat kek coklat kukus ni 
skesahnya bila aku kena duty kat putrajaya, ternampak kek koclat moist Anis yang glamer sgt2 tu. cuba le sebekas RM6.
ohmai aiiii... makan tak benti aku ooii...
giler sedap...giler moist... dengan coklat yg meleleh2 ko...

gigih cari resepi kek ni. hasil google, laju2 save.

bila dah siap aku rasa mcm dodol pulak. mmg sedap dan moist tp terlampau moist kot. sempat bagi kat kawan gojes aku cikna. dia kata sedap giler, minta aku share resepi.

nahh ko... ni resepinya...tp aku ni jenis derhaka je, gula dan susu pekat tu aku kurangkan 2 sudu besar. toping pula aku buat setgh resepi je..
yang senangnya semua sukat pakai cawan, takde setgh, suku... semua 1 cawan jer...
aku kukus dalam bekas buat apam tu. makan comel2 la jadinya. deko la sesuka hati, dah stok coklat smarties banyak. aku letak atas tu... korang boleh letak apa2 je.. nak ngap terus gitu pon boleh...


KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.





10 comments:

Aeen said...

entry ain hari ni pun pasal kek coklat kukus jugak kak..hahahha..
kek ain menjadi ..moist...tapi topping lak kurang..heheh

MOMMYLIN said...

yummyumm.. tengok je berjoget2 lemak kat perut... kikikik....
apsal la benda sedap cmni boleh buat kita gemuk.... T_T
tpi nak try gak... =D

Izwa Kamaruddin said...

menariksss nyer!

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS menyediakan perkhidmatan UMRAH.

CUTI SEKOLAH DISEMBER pada harga dari RM4,790.

Pendaftaran dibuka sekarang.

Layari: umrahjohor.blogspot.com atau www.alfajrtravel.com.my

Hubungi : 07-2344437

Rizziela said...

sedapnya..blh try

Chekgu Azrine said...

Memanh terbaik..
Suka sngt kek coklat moist pastu toping ganache..tp xrajin nak buat..hahaha

diary_ciknaa said...

memang sangat sedap! tak tipu..takde istilah dodol ke hape..sedap giler2 ah kak.. ok, dah save resepi ni..tunggu nak beli cawan kecik2 gak..comel! hihi

Dilah said...

wah.. sedapnya.. bape ari lepas pun baru usha kek coklat moist anis ni.. mmg nak try jugak.. tp lom sempat buat.. haha.. mesti try ni kak..

Unknown said...

Ooo my peberet nih..jap laju2 save resepi nih hehehehe

nurulhuda said...

sedapnya............

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015