tahun ni rayyan dah 5 tahun, kami suami isteri bersetuju hantar dia di tadika Islam MAIWP.
sebenarnya tujuan hantar dia takde laa nak suh dia struggle terus boleh baca,
terus boleh menulis dan pandai serba serbi.
pendekatan dengan sekolah lebih kepada playschool, berkawan, berdikari dan tahu akan dunia persekolahan serba skit.
lagi pun kalau setakat basic membaca, mengeja, mewarna, mengira dan mengenal bentuk rayyan dah boleh menguasai semua tu.
sbb saya selalu buat homeschooling dengan dia & yaya setiap malam.
tu pun dalam keadaan santai je takde paksa2...
bagi saya, biarlah dia melalui dunia kanak2 dia,
tak nak pressure dia dengan akademik sangat.
bagi dia rasa seronok bermain dan berkawan.
kenapa tadi Islam?
sebabnya tadika tu dekat dengan rumah BS.
dekat tak dekat tapi tetap kena naik van jugak laa masa balik skolah.
masa pegi saya dan suami terus antar dia ke sekolah lepas antar yaya kt BS.
tu pun seminggu jugak masa minggu pertama saya dan suami pantau.
ambil cuti bergilir2 dengan suami utk tengok dia naik van.
kitorang follow dari jauh je. iyer laaa... baru 5 tahun kan..
kang dia tgk orang lain turun dia pun turun sama... risau kemain.
dah laa skrg byk kes culik budak2 kan.
dah sampai kat flat, BS dah siap tunggu kat bawah flat tu.
bila rayyan dah mula sekolah, jaduan saya sedikit sebanyak berubah jugak.
kalu sebelum ni kul 6.15 baru mandi, wpun dah bangun kul 5.30.
kul 7 angkat je bdk2 tu tgh tido masuk keta...
sekarang saya bangun seawal 5.00 pagi ooii...
terus sediakan bekal rayyan, iron tudung/baju [jika belum iron],
kul 5.45 am saya dah kena mandi, solat dan bersiap terus.
kul 6.15 kena kejutkan rayyan pulak dan siapkan dia mandi,
pakaikan baju dan sebagainya... pffttt...
mmg berpeluh saya pagi2 tau...
weekend pulak dah kena fikir siap2 apa bekal untuk dia untuk sepanjang minggu berikutnya...
saya takde laa masak heavy2. masak ikut kemahuan dia.
naget, sosej, biskut oreo, air milo kotak, roti, twiggies, muffin dan air kosong.
kalu roti biasanya sapu nutella je dia suka.
biskut oreo mmg setiap hari bawa 4 keping,
air milo kotak pun wajib bawa sbb dia masih minum susu.
kat skolah hanya sediakan air kosong je.
setakat ni tak pernah lagi dia meragam pagi2.
cuma kena ada cara untuk kejutkan dia.
saya buatkan dia susu dan sumbat terus dalam mulut masa tengah tido tu,
dah abis susu otomatik laa terjaga kan...
untuk yaya pun saya sediakan bekal jugak sbb dia tgk abang dia ada bekal kan.
setiap pagi mmg rushing sbb nak siapkan 2 budak tu mandi dan berpakaian siap.
harap saya boleh biasakan dengan rutin baru.
oohhh... weekday saya dah tak ambil tempahan lasagna sbb
tak sempat nak membakar bagai pagi2.
InsyaAllah kalu weekday masih boleh terima tempahan...
1 comment:
berubah jadual kita bila anak dah mula sekolah kan kak amy...nad pun gitu jugak, terkejar-kejar setiap pagi..huhu..tapi takper, seronok tengok perkembangan anak kan.
Post a Comment