Monday, May 11, 2015

Jalan2 Langkawi part 2: review HOTEL ADYA

dapat je keta di airport, kitorang terus gi isi minyak. memula isi rm40 je dulu. 
mana tau x abes rugi jek kan..
biasa laaa kalu singgah petronas mesti kena pow dengan anak2 dulu. ok, 
tunaikan apa yg diorang nak supaya tak cranky. 
 robot rayyan je dah abis rm15.90...
sebab datang pun nak bersuka ria ikotkan aje apa yg anak nak sobsss..

pastu terus jalan2 cari makan utk tengahari tu. 
dalam tentatif mmg nak sgt ke JOMI IKAN BAKAR sebab review banyak kata tempat tu best.
 tapi sayangnya kedai tersebut tutup seminggu. gi umrah ke tak tau laaa...
takde rezeki nak merasa ikan bakar kat situ. 

anak2 pun dah kelaparan, makanya kitorang singgah je kedai makan terdekat.-lupa lak nama kedai tu-
masa tu dah nak dekat kul 3 pun. 
beli je apa2 makanan utk lunch sebab anak2 pun dah kelaparan, merengek.
lagipun cuaca sangat panas. tak sempat nak snap gambar restoran tu.
 tapi ikan pari dengan cicah dia sedap.
rugi pulak amik sekor. pastu amik kurma daging.. 
ehh sedap laa kurma dia... huhuhu

disebabkan 2 beradik tu dah tak berapa nak stabil
 saya tapaukan je pastu makan kat hotel.
saya sekeluarga stay di Hotel Aya. 
caner boleh dok sini?? kisahnya sblm tu tertengok kat astro apa tah pasangan Irma hasmie
honeymoon kat situ. mmg cantik dan hotel tu hotel islamik.
tu yang boleh ter stay kat situ.. bilik pun besar, puas dua beradik tu lari2 kejar2 dalam bilik. 
cuma takde bath tub je... yg lain semua ok. maklum laa hotel baru. 
siap ada quran dan yasin.. sejadah pun ada.. iyer laa kata hotel islamik kan.. 
tapi kalu ada azan tiap kali masuk waktu solat lagi bagus... hmmm.

lepas makan, kasi 2 beradik tu rehat. dalam kul 5.30 kami kuar pusing town...
tapiiii... 2 beradik tu bantai tido dalam keta pulakkkk...
makanya masa singgah kat Haji Ismail Group tu aku jer yang kuar beli barang,
 suami tinggal dgn anak2 dalam keta.. yuhuuu.... banyak gak melabur kat sini..... 

nak baca langkawi part 1 sila klik SINI



pilih apa yg berkenan rayyan ooii...

adya hotel






jamban pun saya snap...



UPDATE:

saya update adress hotel tu bg yang bercadang nak ke Langkawi. Hotel ni betul2 depan KFC. untuk makluman yang bertanya rate
4 hari 3 malam saya di hotel Adya adalah RM1050. itu adalah rate govt.  kalu rate biasa RM1600++.

ADYA HOTEL LANGKAWI
No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi
Phone : +604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com

Friday, May 8, 2015

Jalan2 Langkawi (part 1)

 perjalanan bermula seawal 9 pagi ke klia 2. 
saya kalu gi epot kat kl ni mmg kena awal cuak kalu lambat2.
perjalanan kat kl ni bukan mcm kat KB. 
yg setgh jam boleh jadi beberapa jam okeh!!
tapi saya dah bangun seawal 5.30 pagi. 
mmg mak2 sangat laa ada je benda nak buat kemas tu, kemas ni,
 prepare susu, buang sampah. cek gas...

pagi tu mmg tak masak dah pun sbb nak bfast kat kfc sungai besi tu je.
 senang skit.
 kebetulan kat kfc tu xde orang pun. kami je yg breakfast. 

faveret rayyan la bfast kt kfc. kemain banyak dia makan...
senang skit mkn banyak tido je nnt dalam flight.. -konon-

sampai epot asben drop kitorang dulu sementara dia gi parking keta..
cuak jugak masa nak drop bag sbb airasia nak jugak tengok 
asben sbb beg sume atas nama dia..
ohoi.. mesti laa laki ikot skali. nak kena tengok muka lak...
ok, ikutkan je dah peraturan mcm tu kan...

dalam flight yaya mmg takleh dok diam. 
maka terpaksa la buat homeschooling flightschooling atas flight.
saya mmg sentiasa standby buku kaler2 dan pensil kaler gi mana2.
agak2 budak tu dah tak berapa nak behave,
 kuarkan dan buat laa aktiviti coloring dgn diorang.

lagi setengah jam nak sampai budak yaya mentido...

ni tentatif yang konon aku buat. mengalahkan gi rombongan ko. tp sebenarnya nak memudahkan untuk gi tempat2 nak nak dikunjungi. tp takde laa tepat 100% folo tentatif tu. sebagai rujukan kami jer..
takde laa pasni nak gi mana... pasni nak gi mana...


 bfast kfc di sungai besi yg tepi hiway tu..

 sementara nak tunggu asben datang budak ni boleh pulak main benda ni kat konter airasia..

 budak yg tak berapa nak behave ni..

 terpaksa buat homeschooling atas flight..

 dah mentido lak dia.. ehh asben pun tido gak.

mcm2 dalam beg saya dah mcm beg doremon... 
camera gabak tu ntah guna ntah tak... 
buat berat beg je usung ke hulu  ke hilir..


kalu nak tahu tips2 ke Langkawi boleh klik SINI




Wednesday, May 6, 2015

dekorasi bilik rayyan

 rupa bentuk keseluruhan bilik

Lama kemain teaser... ada laa dekat 4 bulan kot
sekarang baru terhegeh2 nak buat full entry... link teaser dulu kat  sini

http://amerislovely.blogspot.com/2015/01/teaser-dulu.html?m=0

Saya siapkan full makeover untuk bilik rayyan masa cuti hari wesak yg lalu. 
Sehari sebelum tu saya, suami dan anak2
terjah Ikea utk cari beberapa barang.
semua deco bajet je.

ada sesetengah tu saya beli semasa rayyan masih baby lg. 
Cth mcm lampu ladybird tu.
meja hijau tu beli 2 tahun lepas kot.

Niat nak mendeko tu asyik terbantut je sejak ambil tempahan lasagna.

Bila ada kelapangan tu sekali harung saya buat dengan bantuan suami untuk kerja2 drill. 
Tq en suami.

bila dah siap sepenuhnya baru rasa puas hati...

 
dari pintu masuk. signage tu tempah dgn kawan di FB..


asben drill utk pasang rak tu dan lampu je. braket paling murah beli kat IKEA. dah kata bajet kan...

stiker2 tu mcm nak buang je...

antara koleksi ultraman rayyan. tu antara yg ok. dah banyak yg oku dah pun...

pandangan dari tingkap. almari pasang siap dah mmg ada masa pindah masuk umah ni.

Tuesday, May 5, 2015

Tips melancong ke Langkawi dgn toodler/baby

Sebelum saya meneruskan entry
 cuti2 kami ke Langkawi,
saya berikan dulu beberapa tips
 untuk uols yg nak ke Langkawi
 bersama anak2 yang masih kecil.
  manalah tahu dlm masa terdekat
 nak ke langkawi,
dapat laa manafaatkan
beberapa tips dari saya ni kan....

Walaupun antara korang dah search tempat2 menarik, tempat makan best, tempat shopping yg ohem...
 tips yang saya bg nnt mungkin berguna dan boleh cut cost korang.

Untuk makluman kami ke Langkawi 4 beranak termasuk 2 anak umur 3&4 tahun.. bila berjalan dengan anak2 umur cenggini mmg kena prepare mental fizikal.
Bukan setakat duit  je tau kena prepare.

2-3 hari sebelum bercuti tu
saya dh zikir siap2 kat telinga
 diorang terutamanya si abang.
 "Abg, nnt kita nak gi jln2 naik kapal terbang. Abg tak boleh nangis2,
 gado2 dgn adik tau.
Nnt kita nak naik bot, nak tgk fish...."
Benda yg sama saya ulang2 kat dia...
nak bg diorg faham, behave dan tak cranky...

Tips berikutnya:

2) untuk makluman, pulau langkawi agak panas cuacanya.
 Adalah digalakkan mak2 yg nak maintain gojes bawa laaa sun block.
Takut dh balik nnt rupa terus jd legam.
Tp saya tak pakai sun block.
Bila balik kl mmg perasan laa
 perubahan warna kulit tu.

3) sangat2 digalakkan berpakaian
yg paling selesa cotton dan
 tudung yg selesa jugak.
Sbb kalu pakai shawl belit2
 nnt tah mana2 dh belitan tu
 dan akan buat rasa rimas
 sbb keadaan cuaca yg panas di sana.
 (Ini contoh saya sendri)

4) Kurang sesuai jugak nak pakai chiffon dgn skirt kembang2 ala model semasa berada di pulau beras basah semasa island hoping. Kat sana byk monyet, silap2monyet2 tu boleh tarik2 skirt/dress uols...

5) sbb faktor cuaca, sgt2 digalakkan
 pakai topi.
Saya beli kt sana topi kembang
ala2 marlyn monroe harga 19.90.
Padahal topi dh ada tp x bawak.

6) sila beli makanan ringan seperti air mineral, roti, biskut, gula2 sebelum melawat ke tempat2 seperti kabel car, island hoping dan sebagainya sebab makanan di sana sgt mahal mcm korang beli air mineral atas AirAsia... faham x maksudnya tu..

7) kalau anak korang jenis macam anak saya yg kurang suka tempat2 ramai dan crowded, sila bawa apa2 mainan kegemaran diorg dan bawa jugak
 makanan kegemaran diorg.
wpun diorg tetap krenki at least dapat mengurangkan darjah krenki dan kurang jugak tahap hulk korang kt tempat ramai orang.

Kalu boleh elakkan terus jika sesuatu tu anak tak suka. Contoh mcm rayyan sgt2 xsuka bergambar. So elakkan bergambar dgn dia utk elakkan dia jd krenki.

8) jika percutian korang melebihi 4 hari
 sila hantar dobi baju2 yg telah dipakai pada hari ke3.
 Ini untuk mengurangkan beban berat luggage bersama2 dgn hasil shopping korang.

9) kalu korang ke Langkawi semata2 utk shopping,
sila bawa pakaian seminima mungkin.
sebabnya korang sendri pun tahu kann....

10) kat tempat2 melawat diorg ada cameraman utk ambil gambar korang pastu jual kat korang dgn harga rm10-rm30 sekeping. Kalu korang xnak bg tau terus. Nnt kang dia paksa suh beli gambar korang.

Ok, tu je kot setakat ni. Kalu saya ingat apa2lg nnt saya update...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015