Friday, May 20, 2016

TIPS: berbelanja & menyimpan cara saya...

Selalu saya amalkan teknik dekat bawah ni setiap kali dapat gaji:

1. SAVING SEBAGAI COMMITMENT


Jadikan "saving" setiap bulan sebagai commitment bulanan. Anggap saja saving yang kita buat setiap kali dapat gaji adalah "commitment" sama macam duit yang kita spend setiap bulan untuk bayar hutang bank dan bil2 bulanan. Bila kita dah anggap tu commitment kita takkan culas nak bayar. Nak tak nak setiap bulan wajib "bayar" untuk saving. Masukkan saving tetap setiap bulan ni dalam list monthly commitment kita. Dapat gaji, "bayar" untuk saving, hutang2 & balance yang tinggal untuk berbelanja.

2. BAHAGIKAN JENIS-JENIS SAVING

Bahagikan jenis saving yang kita buat setiap bulan. sebab tak semua saving yang kita buat untuk "long term saving". Ada jugak yang berbentuk "short term". Buat pecahan saving ikut jumlah peruntukan.

Macam saya, saving for long term saya akan simpan dalam simpanan yang berbentuk pelaburan contohnya asb & tabung haji (Saving sendiri bukan asb loan). Saving untuk long term ni macam untuk retirement, property, haji & umrah & dana kecemasan masa depan yang kita tak tahu apa akan jadi & jugak saving untuk masa depan anak.(akaun khas untuk anak).

Untuk short term saya ada cara saya sendiri: dan setiap envelop yang saya wujudkan ada tarikh matang dia sendiri. contoh:

- roadtax
-emergency
- vacation
- whishlist 
- raya 

setiap kali ada sesuatu yg saya ingin beli, terus wujudkan envelop baru. contohnya saya inginkan laptop. selepas survey harga laptop berkenaan RM1000. so saya terus buka envelop dan buat simpanan dalam envelop tersebut, jika saya terget dalam masa 5 bulan, setiap bulan saya akan masukkan RM200 dalam envelop berkenaan.

sama juga setiap tahun apabila hendak menyambut hari raya, saya akan start menyimpan pada awal tahun lagi untuk tajuk RAYA, setiap bulan saya masukkan RM100.
untuk pengetahuan, baju raya anak saya dah buat persediaan pada Januari lagi, setiap bulan beli sepasang sorang.  bulan 4 settle semua baju raya. 
envelop RAYA tu hanya untuk kegunaan beli buahtangan dan biskut/kuih raya, duit raya untuk ibubapa & adik2 dan  kanak2. dengan cara ini saya tak perlu tunggu bonus untuk berbelanja.
duit bonus raya boleh masuk dalam saving tetap kita. yeayyy

Setiap bulan buat je simpanan untuk benda2 short term ni. Bila dah ada saving setiap bulan, senang nanti bila nak guna duit tak perlu nak tunggu gaji masuk. Sebab tu better buat saving dari time awal2 dapat gaji. Selain senang nak berbelanja kita pun takkan terguna duit saving sesuka hati. Kita tahu saving tu untuk apa & bila masa patut kita gunakan. 

3. WEEKLY SAVING CHALLENGE
tabung ni saya baru wujudkan awal tahun hari tu.saya tetapkan RM30 setiap minggu atau RM120 sebulan. tapi setiap bulan saya terus masukkan dalam tabung ni. pada hujung tahun nnt saya berjaya mengumpul RM1440. duit ni saya akan gunakan untuk perbelanjaan sekolah memandangkan pada tahun depan Rayyan & Yaya akan mula bersekolah. Wpun hanya di tadika tetapi belanja belanja sekarang bukan lah mcm dahulu. daftar sahaja dah hampir RM400 seorang, tu belum lagi masuk baju, kasut dan peralatan lain. walaupun suami akan bayar, tapi saya tetap nak ada duit sendiri untuk perbelanjaan ini.

4. ASINGKAN DUIT BELANJA SIAP2

Duit belanja harian pun saya dah siap2 masuk sampul kecil, mcm saya perbelanjaan seminggu RM200, jadi setiap minggu ambil sampul kecil tu dan belanja secara berhemah, belanja mingguan saya termasuk, makan minum kat ofis, topup touch & go, beli brg dapur (asben topup yg ni),, untuk benda2 bukan bil ni kita dah tahu kita akan spend berapa banyak setiap bulan kan tolak bab makan. So, bila dah asingkan siap2 masuk dompet lain (klu tol top up touch n go siap2 untuk sebulan), jadi senang nak berbelanja. Duit yang tinggal dalam Bank gaji hanya untuk makan & keperluan harian. dan sekarang saya cuba untuk tidak berbelanja online.

5. DUIT "EXTRA" JANGAN SEMUA DIBELANJAKAN

Macam tu jugak duit hasil business. 50% untuk digunakan dan 50 % lagi guna sebagai modal beli barang2 baking & bahan masak. Saya tak gunakan duit business sebagai bayaran untuk commitment bulanan saya setiap bulan. Sebab ni business part time saja.  Hasil kewangan utama tetap dari kerja full time saya. So, biarlah commitment bulanan saya dari situ saja & hasil business kecil-kecilan tu untuk saving & untuk banda2 "reward diri sendiri"  macam nak beli apa yang teringin nak beli atau pun masuk dalam tabung BERCUTI .

jangan lupa untuk wujudkan jugak tabung duit syiling di ofis dan dirumah. so jika ada baki duit syiling terus masukkan dalam tabung ini. jangan pandang sebelah mata duit syiling, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... setiap hari Jumaat jangan lupa pecahkan duit RM10 kepada RM1 dan bahagikan pada peminta sedekat, OKU dan sebagainya. ataupun beli goreng pisang dan untuk makan bersama kawan2 ofis. itu pun di kira sedekah. InsyaAllah rezeki makin bertambah... 

Bila dapat kenaikan gaji & bonus pun sama. Buat percentage berapa yang nak dibelanjakan & berapa banyak yang akan masuk saving. Jangan semua digunakan untuk belanja.

Apapun, yang penting  dalam menyimpan ni adalah disiplin, amanah & jujur dengan diri sendiri.Jangan cheat atau gunakan duit yg kita simpan dalam envelop, kalau tak tinggal la envelop semata-mata. hehehe. Amanah akan buat kita bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan & simpan. Kita takkan sesuka hati usik saving yang kita peruntukkan untuk satu2 benda.  berbelanja dengan berhemah dan jangan membazir.

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Bagus sgt tips ni amy..
Rin suka..mcm duit syiling tu dh lama rin amalkan..
Nanti nak buat tabung utk melancong plak..
Syiokk!!!

Aeen said...

tips yg berguna kak..thanks for sharing..

Dilah said...

tips yg bagus ni kak amy.. mcm kitorg pun every month wat jugak lebih kurang cam ni.. duit keluarkan siap2 semua utk bahagikan utk semua expences. cuma tabung cuti2 tu je takde wat. tp dilah sendiri wat tabung hijau.. mcm duit utk raya dan bercuti time bonus hujung thn husband siap2 bagi dilah simpan utk time raya dan bercuti nnt.. but still boleh improve lagi mcm tips akak ni..thanks sharing tips ni..

Fathiyah Jamaludin said...

sy buat cmni gak tp xlabel2..haha
n xsimpan dlm sampul sbb malas nak draw duit.

Sutera said...

Admin Tumpang Share...

Main Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro

Klik Sini http://mgintro.blogspot.my/2015/03/apa-itu-marketglory-dan-cara-main.html

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015