Wednesday, December 7, 2016

TIPS dan kos ke Tokyo

ramai yg pm/watsapp saya tanya berapa kos saya abis semasa bercuti ke Tokyo bulan lepas.
saperti saya bgtau dalam entry Tokyo sebelum ni, 
saya mengikuti bersama group bajet ke Tokyo.
kos perhead adalah RM2990 seorang termasuk anak2 saya yang berumur 4 & 5 tahun.
jadi total semua ada RM11,960.00 termasuk tiket flight AA, 
makan inflight, luggage, lunch & dinner sepanjang di Tokyo,
 hotel & pengangkutan sepanjang di Tokyo. 
 harga tersebut tidak termasuk tiket ke Disneyland sebanyak RM960. 

oleh kerana semua dah all in [tidak termasuk tiket Disneyland] 
saya hanya membawa duit poket RM4000 sahaja.
 jadi hanya ada RM3030 utk shopping sepanjang di Japan. 
duit Yen mmg mahal, sape yg suka shopping tu bawa duit dan tukar siap2 kat Malaysia. [seketul FM berharga RM20 ye bukan mcm kt Indon FM 4 ketul RM10.]

oleh kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal di Jepun,
 korang di alu-alukan untuk membawa makanan segera mcm nasi Brahims, sardin, kari dalam tin, roti, biskut dan minuman 3 in 1.
 saya siap bawa beras. 
jangan bimbang kastam di Jepun tak strict sangat pasal makanan.

semasa berjalan di sana bawa biskut & roti sebagai jajan untuk anak2 sebab bila pergi musim sejuk [walaupun saya pergi masa autumn] 
suhu adalah sangat sejuk hingga mencapai 3'c semasa di Disneyland. bila cuaca sejuk anak2 cepat lapar. bawa jugak coklat utk mereka. saya x beli coklat kt sana sebab was-was.
topi & sarung tangan wajib.

prepare awal2 pakaian yang sesuai mengikut musim. 
dinasihatkan beli baju long sleeve tuttle neck untuk anak2 disamping sweater tebal. 
bawa stokin lebih.  lagi bagus stokin ditukar setiap hari & juga stokin untuk pakai pada waktu tido.[stokin utk tido bawa sepasang pn dh cukup]

jangan lupa lipbalm. yaya masa di Disneyland merekah & pecah2 bibir.
 [dah pakaikan lip balm tp dia tak suka].
ubat-ubatan basic jgn lupa bawa mcm ubat demam, 
selsema dan sebagainya mengikut keperluan.

kalu boleh standby bawa baju hujan lagi bagus sebab payung kat sana RM50 sekaki.
lebur RM100 sebab beli payung kat sana. tapi gagahkan jugak bawa balik 2 payung sebab sayang. mahal ooii payung.

sila klik link di bawah untuk entry di Jepun



3 comments:

Jepun Mari said...

kos mmg mahal, tp satu kepuasan bila dpt melawat negara org..

Mila Ahmad said...

gulrrrrppppsss tengok kos pegi jepun tu kak huhu..

Chekgu Azrine said...

Mmg dlm wish list ni jepun..
Jepun tggu kau dtg...hahahha

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015