Tuesday, June 7, 2011

tRiP To JB-KoNvOi KeNduRi KaWeN

sebenarnya aku&mr hubby yg x sabar nak tunggu trip nie tauuu...


ok, perjalanan bermula lebih kurang kul 9.30am. yg terlibat dalam rombongan nie, abg lan n family, abg mie & kak yah, ma & cik nah. seminggu sblm dirg datang kami suami isteri dah mula berkemas umah & bilik untuk keselesaan dorg menginap nnt. sehari sblm diorg sampai baru tuka cadar. nak tukar awal2 kang takut cicak plak berakk.. lg pun kat umah aku mmg cepat berhabuk.


ok.. berbalik pada tajuk asal. kitorang konvoi 3 bijik keta, 2 bijik lagi nnt jumpa kat highway.


dlm keta kami, ada abg mi+ kami 3 beranak. masa dlm perjalanan 2 jam pertama Rayyan mmg ok sgt,lg pn sblm ni dia ok jer dlm keta xde melalak2 pn. tapiiiiiiiiiii... perjalanan kali ni dia sap buat konsert mega lagi dlm keta. wuwuwu... dh x keruan aku dibuatnya. aku & rayyan kt blkg, abg mie kat depan. mcm2 cara dh cuba nak pujuk tp x mkn saman. aku pn x tau apsal. dh abis segala ayat abg mie baca tp x jalan. utk pengetahuan abg mie ni ustaz.


rayyan dh ok skit lps sapu minyak. ok selesai satu babak. perjalanan diteruskan lagi menuju ke Yong Peng rumah pengantin pompuan.
keadaan Rayyan yg ok dlm perjalanan. tgh baring dlm keta.masa berenti kat masjid rayyan dimandikan dan tukar petpet. baru nampk ok skit.

ni bukan ujan tau, tp cuaca yg panas rayyan kena la dipayungkan kang tak pasal2 demam.
aku dok blkg skali.ni tgh berjalan menuju ke umah pengantin pompuan.

berduyun2 berjalan menuju ke rumah pengantin. aku?? biasala dok blkg skali kalu x takde la amik gmbar bontot org jer...


sampai jer semua terus terjah air. dahaga woooo... aku yg masih lg berpantang ais pn belasah jugak. iyer la mana ada org hidang air suam kat majlis kawin. gambar abg lan & salahudian tersenyum lebar dapat minum air. legaaaaa...


time menjamu selera.... abg lan dgn abg mie. alamakkkk... apsal abg mie nampak janggut jek? sorry yer abg mie. jurugambar amatur. sebelah pegang kamera, sebelah lg kendong rayyan yg tgh melalak. hahahah... hebat tak???


abg lan dgn anak2 tgh melantak. mr hubby aku plak minum air. dahaga la yer sayang?? cian jugak sbb dia nie driver sepanjang jalan... penat woooo. abg lan pn hebat jugak sebelah mkn sebelah pegang ikram. nasib baik ikram x melalak mcm rayyan.


budak2 kompang nie x abis2 lg berkompang. rayyan yg dh ok tetiba nangis lg sbb tergezuk dgn bunyik kompang diorg.


jgn tanya sapa org2 dlm gambar tu sorang pn xkenal.ngeh..ngeh..ngeh.. nak snap gambar meja mkn pengantin jer. sebelah dukong rayyan susah skit nak ke hulu kehilir snap gambar.


eehhh.. apsal laa kak G bersedih? mesti x mkn lg nie. yg blkg2 kak G tu sorang pn aku x kenal.


mr hubby ni dgn selamba gi ratah lauk nasib baek xde org. aku masa nie tgh makan daaa... kena gilir2 la. rayyan dh stabil skit masa nie.


baru dapat snap gambar pengantin. alamak... kepala botak sapa plak nie. dahh kacau gambar aku nak snap kek pengantin.


ni la meja beradab. siap ada bird cage lg.. tp bird dh tarakk....tema dia ala-ala modern english. iyer ke?? aku yg pandai2 bubuh nama. hehehehe


mr hubby terpaksa melarikan diri dgn rayyan.. ceewahh... ayat mcm nak lari jauh dari aku. sbnrnya nak lari dari bising bunyi-bunyian dari rumah pengantin. biasa laaa ada karaoke. lepak kat pondok sampai la rayyan dibuai mimpi. lps mkn2 kat umah pengantin nie kitorang meneruskan perjalanan ke JB lah plak... harap2 rayyan x buat konsert lg.


sblm pengantin naik pelamin kami dulu naik pelamin. oohh ye.. ni rumah pengantin lelaki. sepupu mr hubby.majlisnya esok, kitorang dh rasmi dulu pelamin dia. hahahaha


pasangan seterusnya cik zu dannn..... anaknya. partner cikzu segan kot.


nie plak suasana meriah umah pengantin. kalu aku ada dlm gambar maknanya mr hubby la snap gambar. sblh aku pakai tudung kuning tu mak mertua aku.


pengantin berikutnya ialah abg mie dgn kak yah. senum lebar dapat naik pelamin.


abg mie & kak yah pasangan bahagia


apa yg irfan tenung tue?? selepas beredar dari umah ayah pi, semua menuju ke tempat penginapan masing2.


diner malam tu kat restoran remaja. mmg nama restoran tu camtu. tak tau la tukang masak dia semua remaja ke cmner.... menu agak blurrr.. tau2 lah kan jurugambar ni sebelah riba rayyan yg sedang tido sebelah lg dgn gigih nak snap gambar.


ikan siakap stim lemon, tomyam seafood,.... x nampak plak lauk kat blkg. nk bangn snap xleh sbb rayyan tgh tido atas riba aku. tu aje yg nampak.


sblm gi umah pengantin sempat lg jln2 plaza angsana. cikzu sempat rembat alas kaki. setakat ni je sempat snap gambar. sbb konsert rayyan semain menjadi2. lagi2 kat umah pengantin. huhuhu...takleh snap gambar yg cun2.




perjalanan balik ke KL mmg menguji kesabaran, sbb jem teruk giler. tp nasib baik mood rayyan ok lak.sampai umah aku dh mcm pening2. yg lain2 menginap kat umah aku 1 maam lagi sebelum bertolak balik esoknya.


seronok sgt.nnt datang la lagi umah kami yg tak seberapa. tima kasih semua.minta maap kalu ada apa2 yg kurang.


bilik pengantin yg marvellos. sempat curik2 posing. selekej jek muka aku sbbpenat bertarung dgn rayyan.


kak yah pn posing jugak. maintain cun.

No comments:

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015