rasanya ni entry last ttg open house. ari ni last syawal rasanya. majlis ni sebenarnya skali dengan majlis perpisahan opismate aku yg akan bertukar ke cawangan Melaka. kira mcm 2 dalam 1 gitu. tak nak citer banyak2 layan jer gambar kat bawah...
banyak giler makanan. ada laksa,pulut kuning, rendang,nasi himpit, lontong, bihun,lemang.kari,kuih-muih. kak fida nak makan laksa tu.
Wednesday, September 28, 2011
open house opis plak...
Monday, September 26, 2011

Semalam, genap hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-34. Ya, baru 34 tahun aku ni. Muda remaja lagi :). Jadi seperti tahun-tahun sebelum ini, ucapan selamat dari rakan-rakan dan keluarga melalui Facebook, email, dan SMS.
Untuk itu, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana masih mengingati aku sebagai rakan dan mendoakan kesejahteraan, kebahagian aku sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya dan semoga kalian semua sentiasa beroleh rahmat dari Allah SWT. Terima kasih yg tak terhingga kepada roomate,soulmate, my very best friend incit suami tercinta yg tidak pernah lupa tarikh2 penting.
Tuesday, September 20, 2011
Tak Tahan Tengok. huhuhu...
pagi2 ni aku dh mcm emo skit. geram+sedey sgt2. xleh tahan kalu benda ni jadi kat anak aku si Rayyan.
boleh baca kat sini
boleh baca kat sini
Monday, September 19, 2011
Bermalas- Malasan cuti 3 ari..

minggu lepas kan cuti 3 ari, jumaat, sabtu, ahad. sepanjang 3 ari cuti tu kebanyakannya aku lepas kat rumah je bersama suami & anak. tapi takde ke maknanya bermalas-malasan. banyak betul keje umah yg nak dibuat.aku buat skit2 dengan dibantu oleh incit suami ku. jumaat tu aku x masak pn sbb ada open haus kat umah adik aku kat ampang. tp asar baru bleh sampai umah dia sbb si tecit tu tido plak.lapar gile rasa.
Sabtu plak aku masak lebih skit sbb ada jemput adik aku & pengasuh rayyan datang umah. aku masak nasi beriani udang, dalca, ayam goreng rempah, sambal belacan+ bubur jagung. mmg x amik gambar sbb rasa xde mood langsung nk amik gambar. cabaran jugak time nk masak sbb si tecit tu sibuk nak tolong aku jugak kat dapur. grrrrr.......
ahad pun lepak umah jugak sambil sambung buat keje umah yg tak abis2. respek giler kat suri rumah yg tak reti penat menguruskan umah. aku pn kadang2 surender.

Thursday, September 15, 2011
Part 3: Aidilfitri (entry campur2)
gi beraya jugak umah amalin (opismate) tp segan nk snap pic. lagipun si kecik tu tak keruan. nak membuas kat umah orang....
Wednesday, September 14, 2011
Part 2: Aidilfitri
sebelum tamat syawal baik aku cepat2 upload gambar raya part 2 kt umah mertua aku. tapi kan semua gambar2 ni dah tunggang langgang. sepatutnya gambar paling bawah dok atas skali. aku dah tersilap daaaa... ok aku citer ikut gambar lah yer. pada raya ke-4(jumaat) ada buat tahlil untuk my FIL pastu ada la bbq skit2.tak jemput org lain pun, family jek. seperti biasa bila kat umah MIL aku jadi malu2 arnab nak snap2 gambar jadi aku pas ke camera kat incit hubby.
my MIL, cik za & salahudin menikmati mknan atas tangga je. yg nampak tangan je kat atas tu aku laaa... sbb malu2 arnab
suasana sekitar bbq tu sedikit gegar sbb cameraman xcited nak makan jek. yg berkain pelikat tu my BIL kot, safuan.
Apabila aku disahkan...
entry ni akan buat semua org terkejut ok. sebenarnya minggu lps masa pegi KL Sentral topup touch n go aku ada singgah guardian & beli UPT. kenapa aku gatal nak beli test tu? sbb bulan puasa lps aku puasa penuh. lg pun mmg la mensus aku irregular sbb aku still breast feed. sampai je kat opis aku terus la buat test tu. dan keputusannya DOUBLE LINE!!! so surprise.
aku ingat ptg nnt baru nk bgtau incit suami, tp hati ni x tahan2 nk bgtau dia. tross call
aku: Dear, i have news to tell u.
suami: u pregnen?
aku: erkkk!!! how u know i want to tell u that?
suami: u r my wife. yahoooooo.......
sebenarnya suami aku yg paling hepi, aku plak terkejut+tak sangka, sebab masa nak dapatkan rayyan dulu mcm2 treatment & dugaan aku kena tempoh. sampai ke Nottingham aku jumpa doktor pakar. dengan ada cyst & miscarriage dulu. fobia bila ingat miscarriage sbb buat dnc lagi sakit dari beranak tau.sampai pagi aku nanges. huhuhuhu....
mmg rezeki kami kali ni sbb x payah invest untuk treatment kesuburan. lagipun aku mmg plan untuk dapat sorang lagi sebelum umo aku cecah 35. dh tua rupanya aku ni ekk?? alhamdulillah...alhamdulillah.. syukurrrr sgt2.
jadi sabtu lepas aku pn gi jumpa dr zulailah. the best doctr 4 me. lama gak borak2 dgn dia sblm dia tanya tujuan aku jumpa dia. terkejut jugak dia, terus suruh scan. doctr zulailah jugak kata xde masalah untuk aku pregnen sbb tempat jahit masa bersalin rayyan dulu dh ok sgt2. iyer lah aku pun takut jugak org kata kalu ceaser kena tunggu 3 thn baru bleh pregnen balik. since doctr dh ckp mcm tu aku sengih sampai ke telinga. kikikiki....

dalam FB ari tu aku ada post pasal teka teki ni. pemenangnya ialah ANA SUZANA dan Cik Zu. nak bagi apa ekk kat diorg nie??? nnt aku pikir.

Tuesday, September 13, 2011
Rayyan Tercekik Mata...
ni citer ttg ahad lepas. nampak tak walker dia dh buta sebelah mata?? mata tu la yg dia makan.
ish..ish..ish... tak tau mcmana dia boleh amik biji mata tu masukkan kan dlm mulut dia. mula2 aku tgk dia asyik nak termuntah jer... apsal plak budak nie. masa aku bagi dia ubat td mcm ok je.(rayyan masih lg batuk&selsema). takkan sbb ubat tu kot dia asyik nak muntah. aku pun cek mulut dia skali lagi. skali tgk stiker mata tu terlekat kat lelangit dia. adoiii... cepat2 aku korek keluar mata tu. xleh bayangkan kalu stiker tu terkelat kat kerongkong dia. pengsann ummi anakk weiii...
dah tinggal sebelah mata.
lps snap gambar ni aku dah butakan mata walker tu. semua benda dia nk sumbat dlm mulut.
Monday, September 12, 2011
Part 1 :Aidilfitri
hahaha... ari ni dh raya ke berapa daaa aku baru nk buat entry dan letak pic raya. takpe, janji ada kan. sbb inilah yg akan jd kenangan untuk aku dan family aku nnt. lepas balik solat raya edisi melantak dulu. biasanya kat umah aku kalu pagi raya ma xde prepare mkanan beriya2 mcm umah orang lain. setakat nak isi perut pagi raya tu je sbb lepas tu kitorang akan terus berkunjung ke umah sedara mara.dan isi perut di rumah2 mereka iteww...
sate, nasi impit, kek & biskut raya enough. sate tu ma oder.
mana lidi sate aku... rasa mcm dh byk mkn tp mana lidinya.
2 orang adik aku tergedik2 masa mkn.
yg sebelah suami aku tu acik. dia pn beraya kat Kelantan. apa yg lawak masa nie ekkk... da lupa.
dengan rayyan yg susah nk bergambar.
edisi tanpa kopiah. tengokk keta dia pun angkat bawa balik ke kg.
Saturday, September 10, 2011
SALAM AIDILFITRI
STICKY POST SAMPAI LEPAS RAYA. SILA SKROLL BAWAH UNTUK ENTRY BARU...
Thursday, September 8, 2011
Lawatan ke Rumah Anak Yatim
assalamualaikum.... & selamat hari raya. lama betul bercuti beraya. smpai nk update blog pn mcm malas2 sket.ni entry pertama lps raya tapi citer ni blm raya lagi.
sblm balik kg ari tu (sabtu) aku dan suami berkunjung ke rumah anak2 yatim kat gombak untuk bg sedikit sumbangan. tp kitorang main terjah je, sbb minggu sblm tu anak2 yatim ada jemputan buka puasa kat subang. jadi kami berkunjung ke minggu berikutnya tanpa telepon puan maryam terlebih dahulu. Ramai antara anak2 yatim tu yg dh balik kg. ada yg datang dari johor, pahang dan negeri2 lain. menurut salah seorang yg menyambut kedatangan kami, Asyraf (beliau anak org susah dari kuantan, pahang) rumah tersebut diwakafkan oleh tuan rumah tersebut selepas beliau meninggal dunia. ada lebih kurang 20 orang anak2 yatim termasuk lelaki dan perempuan. yg paling kecik berumur 8 tahun.
rumah amal ni terletak kat jln gombak.masuk lorong kat depan pasar gombak.
naif sangat, keperluan pun kurang. sapa2 yg nak beri sumbangan amat dialu-alukan.
cuba google website rumah amal permata hatiku.