Wednesday, November 23, 2011

Kenny Rogers Lagii...

ingat tak aku citer ttg makan2 kt KENNY ROGERS ari tu?? aku mmg totally tak puas ati dgn KRR the mall. pastu aku cuba la godek2 web KRR jumpa la tempat nk mengadu. hihihi... jenuh la aku mengarang antar feedback kt diorang bgtau apa yg aku tak puas ati. tak sangka pulak sepantas kilat diorang me'reply' komplen aku ku. Mr Andy dari KRR terus call aku meminta maaf atas apa yg berlaku.

ni feedback yg aku karang pastu sent kt KRR.

sms dari Mr Andy. yuhuuuuu... bole gi KRR lg, kali ni FOC. tak sangka diorg sgt appreciates dan ambil tindakan atas komplen yg kita buat. Big thanks to Mr Andy.

makanya pada isnin (21/11/2011) aku skali lagi ke KRR the mall. kali ni aku pegi dgn cousin hubby, cikgu Shuhada yg datang bercuti di KL. ooppss... cikgu shuhada still available. hihihi...

inilah beliau yg aku maksudkan cikgu shuhada, riang gembira menikmati garlic bread.


ini aku punya quarter meal. kali ni mmg puas ati sgt2. ayam yg fresh. garden salad yg crunchy, tak lembik cam ari tu.
ni plak meal Shuhada.

oohhh... air aku choclate blend mint. lebih kurang camtu laa. lagi satu mango blended apantah... mmg best sgt2.

garlic bread.

seperti biasa muffin KRR yg aku suka sgt2. tp sbb dh kenyang sgt2 aku tapau bawa balik, rayyan yg abiskan.

mushroom soup. kalu ada rayyan nie mesti dia suka.

kesimpulannya aku amat puas hati hidangan kali ni. layanan ok. Mr Andy berkali2 datang kt meja aku tanya ttg hidangan. Restaurant Manager yg cute pn datang jugak kt meja aku. lupa plak aku nk snap pic dgn diorg. harapnya layanan begini dikekalkan yea. thanks to Mr Andy & Manager, lupa aaa nama dia. kitorang mmg kenyang giler kali ni. sampai nk bangun berat je punggung. thanks jugak kt Shuhada sbb temankan aku.

Monday, November 21, 2011

Bowling Tournament @ Bukit Jalil Golf & Country Resort

sabtu yg lepas incit hubby ada tournament bowling di Bukit Jalil Golf & Country Resort.
9.30 baru kitorang gerak ke sana, padahal game start kul 10. kitorang smpai kul 10.10, tp rupanya ada lagi yg lambat sampai kul 11 pagi gara2 sesat.

Incit hubby begitu teruja sbb dh lama x main, harap2 x jadi juara longkang yer sayanggg....

relax2 jap sementara tunggu yg blm datang.
haaaaa..... sebenarnya si kecik ni yg begitu teruja bila datang tempat baru...

muka xcited.
yeahhh... game dh start. hubby dgn balingannya.. gaya persis professional. pic hubby xleh snap byk sbb busy dgn si kecik tu. berak la... nak tido laa. nk makan laaa. last skali aku tidokan dia kat library situ. aman skit takde bising2.

kena ke tak... kena ke tak... kena ke tak....

yeaaahhh... dh dapat apa yg dia suka. senyum smpai ke telinga.

takde nak duduknya... berdiri je pegang stereng kuda tu. seronok betul si rayyan nie.

oleh sbb dia ni suka sgt pegang stereng ala2 bawa keta. aku bagi dia duduk kt game nie. mmg suka sgt. busy dok tekan button2 tu konon2 mcm keta betul. hahahaha....

sblm balik singgah makan kat Nasi Beriyani Gam Putrajaya....
abis citer ari sabtu.

Follower ke-100, tahniah


tahniah untuk Jan sbb jadi folower ke-100.

http://tedannasayang.blogspot.com/

sila contact akak utk dapat hadiah misteri yer....

Dinner kami semalam...BLACKPEPPER GRILL CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY

semalam roh rajin aku datang untuk masak western ala2 kenny rogers (KR) gitu... tp takde la side dish mcm kt KR tu, tp aku buat side dish versi aku laaa.. tp kan sumpah mmg lagi sedap pada ayam KR tuh.bila incit suami kata sedap maka sedap laaa. dan koleslow aku lagi super sedap dari yg KFC punya tau. tak caya korang bleh cuba sendri. kat bawah nie aku share dgn korang menu ni, BLACKPEPPER GRILL CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY. ceewah... nama ni aku je pandai2 letak ikut apa yg aku guna untuk masak resepi nie. tutorial resepi ni kat bawah ni yer kengkawan2.

alamak gambar blurr plak...

haaa inilah hasilnya... amacam teruja tak?? boleh letak sebanyak2 gravy & koleslow yg nak. tak cukup bole tambah.

ni bahan2 yang aku guna. semua boleh dapat dengan mudahnya kt giant, tesco carrefour dan sebagainya. memandangkan giant paling dekat dengan umah aku,maka aku beli kt giant je. aku beli ayam yg dh marinated sbb takut nnt x sempat nk marinated, si kecik tu bukan boleh duga peelnya.

bahan2:
watak utama mesti la cik ayam. beli yg biasa pun bole, marinated dgn blackpepper sos dan mixherbs.

koleslow: kobis dan karot di racik halus.

potato wadges. beli je pick n mix yg kt giant tu senang.nk buat sendri kang amik masa lak. masakan ni untuk ibu yg bekerja, x amik byk masa utk prepare.

untuk gravy alu beli y dh siap cuma aku oter skit mengikut citarasa anak tekak aku. aku tambah blackpepper sos dan lada hitam yg aku tumbuh skit. untuk lebih ummph....
kobis & karot yg dh diracik halus. hati2 masa racik takut kena jari korang.
letak salad dressing, campur mayonis skit. aku tambah jugak blackpepper dan garam secubit.
kuantiti dressing salad & mayonis bergantung byk mana kobis & karot korang dan mengikut citarasa anak tekak masing2. garam x letak pn takpe. gaul sebati dan ramas2 skit.
lepas tu sejukkan dalam peti ais. jgn letak tempat beku plak kang jd ais kerim plak.

kemudian sediakan ayan yg nak di grill. aku tambah blackpepper sos dan mix herbs untuk lebih aroma.kalu grill aku suka balut dlm aluminium foil cenggini.
kemudian grill watak utama ni dlm oven. aku grill 20 min.aku grill dlm toaster oven je sbb senang nk bersihkan.ni pun bergantung pada oven yg korang guna dan tahap kemasakkan ayam yg korang nak.

sambil2 tunggu ayam masak tu, korang bole la goreng wedges dan kemaskan dapur yg bersepah tadi.

bila ayam dh masak. hidang mengikut kreativiti ok. tuang gravy mushroom. mushroom gravy tu korang just ikut instruction dia je. tp aku mandai2 tambah setengah sudu butter, blackpper sos dan lada itam yg ditumbuk skit utk lebih ummph. kt giant mmg byk jenis gravy. korang bole pilih yg mana korang suka.

dh siap, bole la makan dengan senang ati. lalalala.....
tak paham bole tanya yaaa.

Friday, November 18, 2011

Sudah 16 minggu


UPDATED GAMBAR SCAN 22/11/2011
pic yg ke-2 mmg nampak jelas sgt kepala baby. yg 1st tu pic tapak kaki baby so cute sgt.



Selasa lps aku gi check up. sebenarnya dah 2 minggu tertunda nak gi check up ni.iyer laa minggu yg sebelumnya kan kitorang balik beraya.sebelumnya tu pulak ada kenduri kawin kawan incit hubby, jadinya selasa lps baru sempat. tu pun setelah di timbang kati bagai, memandangkan pagi tu aku xcukup tido sbb si kecit tu bangun bermain plak kul 2 pagi. adoiii.... pening kepala ummi nakk ooiitt. so terus decide pagi tu gi check up dan minta mc. kepala toing...toing... jer.
mana taknya dia bangun kul 2 pagi sampai la nk dekat subuh baru dia tido. main langsir, main remote laa, padahal dalam gelap tuh.

alamak dh lari topik nih,ok pada hari kejadian maksud aku hari gi check up tu rupa2nya dah masuk 4 bulan aku mengandung. mmg x sedar sbb rasa mcm jap je masa. aku plak bukan main lasak berbanding dgn masa ngandung rayyan dulu, jalan pun pelan2 jek. tp yg ni balik keje petang boleh lagi bersilat masak kat dapur, masak simple2 je la. tp lps makan semua, aku terjelepek kepenatan. kul 9.30 dh zzzzzz..... rayyan kdg2 main sorang2 je. cian kan.

masa kat klinik biasalah bila menyembang dgn doctor zulailah yg peramah teramat tu, siap sembang pasal daging korban lagi.ari tu buat urine test, blood test dan mcm biasa la scan. fuhh... punya la aktif baby, mcm rayyan dulu jugak. gerak sana sini berpusing2 kt dalam tu. dh bole nampak jari kaki, tangan, muka baby. so cute sgt2 bila tgk kt skrin doktor.

masa gi check up sblm ni aku dh bgtau doctor suruh tiup2 skit biar dapat baby girl. masa scan tu kan doctor kata tak nampak plak bird. kikiki.... siap doktor cakap "koya skit2 je la, takut nnt boy plak, sbb awal lg ni.... hihihihi lawak jer la doktor nie.

pic google. 16 weeks.

ni pic google, pic baby yg scan x sempat nk tepek sini. nnt ada masa aku tepek yer....

Tuesday, November 15, 2011

Ustaz Azhar Idrus @ masjid Al khairiyyah


pada 12/11/2011 sabtu lps. sabtu lg... aku dh niat nk gi kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus yg tersohor dan meletup2 mcm goreng pisang panas, mengalahkan mawi AF tu. sblm ni pun ada jugak nak pegi tp faktor anak, dan jarak jauh bila ada ada kuliah ustaz tu kat mana2 masjid lain. bila je dapat tau masjid kat umah aku yg jaraknya sekangkang anak kucing tu nak adakan ceramah, mmg aku takkan lepaskan peluang ni.lps maghrib tu gigih aku usung rayyan gi masjid al khairiyyah siap bawa bekal biskut dia, susu, puting dan toy.

lps solat maghrib hubby aku balik umah amik aku dgn rayyan gi masjid, jln kaki je pun kikiki...
seawal 6.30ptg jln menuju ke masjid dh jem. pegghhh... penangan ustaz ni mmg superb lah..
mmg best ahh ustak teganu ni bui ceramah. rugi aaa sapo dok dengor ceramoh dia.


gambar ni dapat dari ina
pemandangan depan umah aku. mmg jem gile mengalahkan solat hari raya. dpn umah aku pn ada keta parking.

aku snap gambar ni masa jln kaki nk gi masjid. seumur aku dok sri gombak tak penah lg jem mcm ni sbb nk gi masjid.
masjid mmg full dgn muslimin & muslimat. aku dok kat ruang bawah je, ada pasang slaid.

ramai gak ibu2 yg bawa anak2 kecik. jadi tak la aku berasa janggal sgt. tp si rayyan sibuk dok cuit2 budak yg lebih kurang sebaya dgn dia. noty tau anak ummi nih. ngehh ngehh..

tapi aku hanya sempat bertahan sejam je. sikecik tu mula nak explore dlm masjid. merangkak sana sini.

gambar snap masa aku otw balik umah dh. masa ni kul 9.

dia dh berminat dgn tangga plak. sempat dia panjat 5 anak tangga sblm aku usung dia bawa balik. last skali aku amik keputusan balik jek, iyer la takut dia ganggu org lain. aku plak dok kejar dia merangkak sana sini. hisshhhh... rayyan mmg tak bagi peluang kat ummi tau...

Monday, November 14, 2011

Ayam Pak Kenny yg mengecewakan


sabtu 2 hari lps aku, suami & rayyan rasa nak makan kenny rogers. maklumlah sblm tu kan raya haji so asyik mkn daging, daging, daging... teringin plak nak ubah selera mkn ayam kenny rogers.cari restoran kenny yg terdekat, tp xnak gi jusco wangsa maju sbb dh slalu sgt gi sana so kitorang ke the mall dekat putra sana. dlm kepala terbayang2 ayam yg di panggang penuh blackpepper kt body cik ayam yg seksi tu. alaaa... mcm dlm iklan kt tv tu...

jgn terpedaya. ni gambar yg aku google. nampak sgt menyelerakan kan.

hobi si kecik yg suka menggigit2. bila la habit dia nk nak stop. pantang nampak benda mesti nk geget.

air yg aku oder. choclate shake blended caremel, tp hampeh takde pun caremel, cream jek kt atas tuh. huhuhu... hubby punya capucino blended.

ni meal aku. sori, dh mkn baru nk snap. x menyelerakan langsung. putih je x mcm gambar yg aku google kt atas td. yg paling frust plak. ayam tu SEJUK GEDIK!!! mcm ayam semalam, kalu yer pun ayam semlm panaskan lah dlm microwave. Gggrrrrr... hangin betul aku tau. dh la ayam tu kecik cinonet, padahal quarter tu. aku mmg confirm ayam tu ayam semlam, kalu masak hari yg sama takkan ayam tu sejuk gedik. lagipun aku sampai kt restoran tu dlm kul 11.30 pagi. awal lagi kann... cer tgk kt ujung drumstik tu kering je.

aku pon terus panggil budak waiter tu;

aku: dik, ni ayam semalam ke?

waiter: eehh... tak lah kak, kitorang masak ari ni.

aku: apsal sejuk gedik jek. kalu baru masak mesti panas lagi.

waiter: takpe kak, kita tukar ayam lain.

aku: takpelah, akak dh mkn skit ni. (dlm ati, nak,nak,nak..)

waiter: takpe kak, kita tukar.

aku: hmm... ok lah...


ni hubby punya. quarter meal jugak, ponn sejuk gedik. tp dia mkn jek tanpa banyak songeh. aku jer yg dok komplen. iyer laaa... kenny rogers ni kira mahal gak laa, total aku mkn 2 set quarter meal + 2 drinks kt atas tu rm61.40.lupa nk snap resit. baik mkn kfc snack plate, tak sampai rm25 pun utk 2 set.
budak ni suap apa2 pun dia mkn jer tanpa byk songeh...

ngap..ngap..ngap... dia mkn bila di suap.
tagline yg hampeh "freshly prepared for you daily " konon. abaikan kepala sapa ntah tu. aku x kenal pun. dlm byk2 meja dia nak dok situ plak time nak nk snap.
ayam yg diganti baru.panas pon sbb masuk microwave. aku mkn je, wpun dlm ati tetap tak puas ati.
lps mkn jln2 jap kat the mall. bawa budak kecik tu naik benda nie.letak duit rm1 benda tu gerak2 tp takde musik bunyi2 mcm kt tmpat lain.
muka boring jek naik benda nie. lps jln2 jap kat lobi, kitorang balik umah.
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015