Monday, November 21, 2011

Dinner kami semalam...BLACKPEPPER GRILL CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY

semalam roh rajin aku datang untuk masak western ala2 kenny rogers (KR) gitu... tp takde la side dish mcm kt KR tu, tp aku buat side dish versi aku laaa.. tp kan sumpah mmg lagi sedap pada ayam KR tuh.bila incit suami kata sedap maka sedap laaa. dan koleslow aku lagi super sedap dari yg KFC punya tau. tak caya korang bleh cuba sendri. kat bawah nie aku share dgn korang menu ni, BLACKPEPPER GRILL CHICKEN WITH MUSHROOM GRAVY. ceewah... nama ni aku je pandai2 letak ikut apa yg aku guna untuk masak resepi nie. tutorial resepi ni kat bawah ni yer kengkawan2.

alamak gambar blurr plak...

haaa inilah hasilnya... amacam teruja tak?? boleh letak sebanyak2 gravy & koleslow yg nak. tak cukup bole tambah.

ni bahan2 yang aku guna. semua boleh dapat dengan mudahnya kt giant, tesco carrefour dan sebagainya. memandangkan giant paling dekat dengan umah aku,maka aku beli kt giant je. aku beli ayam yg dh marinated sbb takut nnt x sempat nk marinated, si kecik tu bukan boleh duga peelnya.

bahan2:
watak utama mesti la cik ayam. beli yg biasa pun bole, marinated dgn blackpepper sos dan mixherbs.

koleslow: kobis dan karot di racik halus.

potato wadges. beli je pick n mix yg kt giant tu senang.nk buat sendri kang amik masa lak. masakan ni untuk ibu yg bekerja, x amik byk masa utk prepare.

untuk gravy alu beli y dh siap cuma aku oter skit mengikut citarasa anak tekak aku. aku tambah blackpepper sos dan lada hitam yg aku tumbuh skit. untuk lebih ummph....
kobis & karot yg dh diracik halus. hati2 masa racik takut kena jari korang.
letak salad dressing, campur mayonis skit. aku tambah jugak blackpepper dan garam secubit.
kuantiti dressing salad & mayonis bergantung byk mana kobis & karot korang dan mengikut citarasa anak tekak masing2. garam x letak pn takpe. gaul sebati dan ramas2 skit.
lepas tu sejukkan dalam peti ais. jgn letak tempat beku plak kang jd ais kerim plak.

kemudian sediakan ayan yg nak di grill. aku tambah blackpepper sos dan mix herbs untuk lebih aroma.kalu grill aku suka balut dlm aluminium foil cenggini.
kemudian grill watak utama ni dlm oven. aku grill 20 min.aku grill dlm toaster oven je sbb senang nk bersihkan.ni pun bergantung pada oven yg korang guna dan tahap kemasakkan ayam yg korang nak.

sambil2 tunggu ayam masak tu, korang bole la goreng wedges dan kemaskan dapur yg bersepah tadi.

bila ayam dh masak. hidang mengikut kreativiti ok. tuang gravy mushroom. mushroom gravy tu korang just ikut instruction dia je. tp aku mandai2 tambah setengah sudu butter, blackpper sos dan lada itam yg ditumbuk skit utk lebih ummph. kt giant mmg byk jenis gravy. korang bole pilih yg mana korang suka.

dh siap, bole la makan dengan senang ati. lalalala.....
tak paham bole tanya yaaa.

10 comments:

InaAchik said...

yummmyyyyyyyyyyyyyyyy~~~
nak jugak boley? ;)

ameris said...

ina;
bleh... jom la mlm nk nk buat lg sbb ayam ada lagi bleh grill mlm nnt.

mizzkechique said...

buat sendiri eh?? bestnya.. pandai akak..


psst, br blik dr kg mlm td.. letey lg..hehe

Mama Gee said...

dapnyaaa tunggu ada oven br leh buat...huhu

kalo nk save gambar yg dprint screen tu..paste kan dia dkt Paint. Pastu cropkan gambar tu. Then save as guna format JPEG atau Giff...

NOVA said...

sedap nyer... hohoho jadik lapar nie... hihihi

ameris said...

MK;
simple je Mk,sapa2 pn bleh buat.
nnt MK cuba yer..

ameris said...

mama;
bakar cam biasa pun bole mama. anyway
thanks 4 tips.

ameris said...

nova;
malam ni bleh try. sure family suka.

ALLYNA HASHIM said...

aduhhhh...sedapnyer....
lapar la.....

ameris said...

allyna;
nnt bole cuba balik keje mlm nnt.
simple n marvelesss...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015