Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday @ 31102012- Budak Tembam ni pun layan Tab


Skrg tab Rayyan dah jadi milik dia. suka benar layan upin ipin kt tab. wehh baru 6 bulan tau...
risau ummi, 6 bulan dah addicted dgn gajet2 nih... nak tido layan upin ipin dulu.. 
semalam 30/10/2012 baru injek yang 5 bulan. berat zara skrg 8.4kg. semput gak kalu dukong lama2.
gambar masa raya haji kat kampung hari tu.






Thursday, October 18, 2012

i need holiday... (mood stress)

hi uols..
assalamualaikum, lebih baik gitu...
pernah tak uols rasa malas nak gi keje, malas nak buat keje,penat, rasa yang downnnn sgt2..



pastu mula la pakai ntah hape2, langsung tak kena, rasa selekeh jek. godek2 gobok cari baju yang xyah iron. dasarrr....  rasa M tu tahap gaban sgt2. korang penah tak... penah tak...??? oohh... muka lak mcm selekeh je. dh mekap (pakai lipstik nipis dgn bedak je pon) tapi rasa segala2 tak kena hari berkenaan. semangat nak keje mmg takde langsung. itu yang aku rasa sebenarnya hari ni... huhuhu.

sebenarnya rasa dahhh lamaaaa sangat tak bercuti, relax, jauh dari kesibukan kota, munyik bising,timbunan kerja. bila bgtau suami aku rasa penat, malas nk gi keje... mesti jawapan dia "alaaa orang lain pun ada anak jugak..."  takde maknanya dia akan cakap, "takpe bulan depan kita gi oliday, u nak gi mana???"  atau pun"next week u pegi spa ok, i antar bagi release skit sakit2 badan tu." 



sayanggg... jom la kita gi Redang... tak dapat gi Redang, PD pun xpe....  kenyit2 mata, gesel2 manja kat bahu. Wahai suami... sila laa baca...


gambar sekadar hiasan, ihsan google

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday: Rayyan sakit mata









Hari Sabtu...


Assalamualaikum kesayangan semua...
hahaha... baru nak citer kisah hari sabtu lepas.hari berkenaan ujan turun teramat la lebatnya. dari pagi sampai ke petang kalu tak silap aku. tu kat tempat aku laa kat tempat korang aku idak la tahu.. 
destinasi kami pada hari berkenaan ialah Low Yatt Plaza. alaaa plaza yg jual gajet2 computer, henpon semua tu laa.. korang lagi tau kannn..
dengan tak bfastnya pagi tu.. oohh... kami kuar dlm dlm kol 11pagi. memula antar zara dulu. kami kuar berdua je. haiii... dating la katakan. kikiki

lapar giler aku sbb x mkn hape pun lagi. bajet, smpai je kt low yat teros gi bfast. pusing2 kat food court, gerai byk lg x buka..diorg tgh prepare utk lunch. last2 kami decide mkn kat ANGRY CHICKEN.

 aku pun lupa apa nama menu ni, ada hayamm chez, nasi semangkuk,daging cincang berkuah, epel & salad.
beli satu set nasi tu pastu free lagi 2 ketol hayamm chez.

 air yg mabeles. sukaaaa...

 bagi aku biasa jek menu ni. terlalu kering xde kuah hape pun. kuah daging atas nasi tu pun ciput je. kesimpulannya kena mkn mende lain lps mkn nasik ni.hakhakhak..

 suasana restoran Angry Chicken.

ni la tujuan sebenar kami ke Low Yatt  ni. nak cari tab utk Rayyan. setelah 3 henpon jahanam gara2 Rayan. nak tak nak terpaksa beli gak tab utk dia layan kartun upin ipin. mmg tak nak dedahkan budak2 ni dengan gajet ni apatah lagi nk belikan tab.tapi apakan daya. weeiiii.... sudahnya mak pak kena beralah dengan anak.
 dalam byk2 kedai komputer, henpon, yang bertingkat2. akhirnya kat cine ni jugak kami terjah.


 kitorang amik yg ni. murah je korang wehh.. tak mampu nak beli yg riban2. makcik tak kayo. alaaa takat nk tengok muvie. ok laaa. woit.tp...tp... bole internet hokay. means bole  FB laaa.. full set RM399, lepas terkunyit2 mater dgn cine tu kami dapat rege RM360.

 dengan cine ni la aku main kenyit2 mata tadik.

 tengah install program

 dapat la pree menda alah ni. charger multipurpose. tapi takde la dapat 3 semua tu... kena pilih satu jek, dan mesti la haku pilih FINK gitu....

 lepas jln2 gi carefour, kedai bakeri, kami singgah lagi untuk makan sebelum gi amik kanak2. eehh masa ni dh 6.30 tau.. jom kita ke bali... hahaha nama tak hingat...

 aku pilih menu belah kanan tuh. ikan pari bakar dgn nasi goreng belachannnn...

 somi plak kotiaw daging haper ntah...

 suasana dlm jombali. tak ramai sgt masa kami mkn. tempat dia aku suka.very the cool..

 ni laa yg somi aku hoder.. kotiaw daging. ala ala char kotiau pun ada gak... sodappp...

 ikan pari bakar mmg sedap gile. terasa rempah bakar dia tu. air asam pergghhh... aku siap minta xtra.

 nasi goreng belachann aku

 cendol somi...  ada eskrim kt atas.

 tapi air mocha aku terbaekkkk.... smpai titisan terakhir aku minum.

 sisa yang kami makan. kenyang giler wehhh... tak larah nak angkat montot.
encik somi yang kekenyangan. bila nak snap pic mula la buat tak tahu jek... gerrrrr

lepas bayar bill kami pon berambus dari jombali. 
jom amik anak, pastu jom balik.....

 Next entry nnt kita tengok lak  karenah rayyan dapat tab baru...

Tuesday, October 16, 2012

Resepi: Mini Strawberry Muffin

Assalamualaikum korang semua...
sblm masukkan entry lain, ni aku masukkan strawberry mini muffin yang aku buat Ahad lps.
Aku suka buat yg kecik mini sbb anak aku suka mkn, kalu buat besar2 nnt dia sepah2kan. buat kecik2 senang skit masuk mulut dia yang coet tuh.  buat comel2 mcm ni boleh juga buat utk doorgift birthday, potluck kat opis, atau pun bawa gi piknik. tak membazir, sekali ngap jer...



Aku buat guna resepi sama je sbb senang, main campak2 je bahan sbb dah selalu buat kannn.. cuma tukar2 filling jer ikut apa yg ada dlm fridge, tp aku belom pernah lagi la buat filling dorian ke... kari ayam ke... ekekek... Resepi kt SINI yer korang...


meleleh filling strawberry nya...

Thursday, October 11, 2012

Cerita Semalam...

assalamualaikum.. 
balik keje semalam, lepas kami laki bini berdiskusi, maka terpaksa buat keputusan kena beli jugak frame untuk buaian zara. sebelum smpai umah tu kitorang singgah jap kedai perabot kt sri gombak beli frame buai. sebabnya sejak dari puasa ari tu lagi kami berempat berkampung tido kat hall bawah. bergolek2 atas toto yang berlapis2 tu. sampai sakit abis la urat saraf tulang belikat ni. beli tilam 2-3 jengkal tebalnya tapiii tido kat hall mcm pelarian gamaknya. kami anak beranak tido kt bawah sebab aku gantung buai utk zara kat tangga. mmg sebelum takde pun benda alah frame buaian tu. alaaaa gantung buaian mcm rumah kampung dulu2 tu....

 dengan gigih kekandaku, balik keje terus pasang. seperti biasa ada asistant yg akan membantu.rayaan tolong ketatkan skru kot. alahai... kekandaku tak berbaju...


sebelum ni mcm ni la diorg tido. 2-2 gantung kat tangga. tp rayyan tak kisah tido bawah pn,kalu tido buai lg lama laaa..

zara ni starting nak tido mmg kena berbuai dulu,pastu baru bole angkat dia letak atas tilam. kekadang tu bila dia terjaga tgh2 kul 3-4 pagi pastu siap meniarap bermain, mmg kena letak dia dlm buai utk tido kan dia balik. kalu tak mmg tak tido la dia sampai pagi.  sbb tu susah skit nak jln2 dgn budak kecik ni. takkan la aku nak hangkut frame buai tu ke hotel lak kalu gi jln2 kannn..

dah siap tegak. maka semalam kami anak beranak tido kt atas dalam bilik...

Wednesday, October 10, 2012

‘Bicara Ustazah Pilihan’ dengan tajuk ‘Antara Keluarga dan Kerjaya’

 sempat bergambar dengan Ustazah Pilihan Akidah. Baru 11 ari menjadi isteri masa ni.

Isnin 8/10/12 kelab kt opis aku ada menganjurkan forum ‘Bicara Ustazah Pilihan’ dengan tajuk ‘Antara Keluarga dan Kerjaya". Program yang cukup terkesan dihati yang paling dalam bagi aku. Betul kata INAACHIK, bila kita sentiasa hadir di majlis ilmu, hati kita mcm di caj semula "iman itu ibarat pokok. tak disiram layu... jadi harus terus disiram agar terus segar."

dua-dua mestilah seiring. tak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai ibubapa, isteri dan keluarga. sebab yang kekal kita kejar ialah syurga nun di sana. alangkah bahagia jika satu keluarga dapat bersama di sana kelak. yang sempat aku share kt sini:

Dr Rubiah mmg cool sgt2. kaya dengan lawak jenaka dalam penyampaian. kdg2 yg sinis kena tepat kt kita.

 
1. Dr. Rubiah kata jugak, jangan bagi mkn anak kita makanan tepi jalan, sebab kita tak tau sapa yg masak dan sediakan makanan tu, solat kat dia. sbb air tangan dia akan mengalir dalam badan anak. sbb tu lah anak skrg degil dan rosak akhlak.
  

2. kat opis kemain lg senyum meleret, bibir merah menyala, tp bila dengan suami kat umah muncung sedepa. oohh.. tersangat la tak berkat sbb yang bagi keizinan kerja ialah suami.

3. biar ada sistem kat rumah,time makan, belajar, solat, mengaji. seminggu sekali spend masa bersama anak baca hadis bersama, cerita tentang sejarah nabi, jgn dok cite ttg fairy tales je.

sangat kusyuk mendengar Dr rubiah berceramah..smpai xsedar masa.dengan lawak jenaka dia yg selamba... 

ada masa nnt aku list lg....

Tuesday, October 9, 2012

Punca aku "bergaduh" denga Rayyan

assalamualaikum...
weekend lepas aku mmg hangin sangat dengan anak bujang sorang nie. bayangkan sampai aku gi keje semalam(isnin) sakit2  badan, lenguh, dan mcm2 lah. mungkin jugak sebab stress kot. haisshhh.. baru sorang, bila adik dia dh umor cam rayyan xtau la cmner keadaan aku. jadi gorilla & tarzan la agaknya...
somi plak masa ni dok tgk je gelagat aku jd tarzan kat rayyan. gambar ni aku snap semalam guna hp. senyap2 aku perati je dia.

macamana aku tak terjerit2, dah lah kosi tu ringan pastu senang plak terbalik kalu silap skit, mesti dh tergolek. eeiiii.. gerammmmm.

2. skrg aku tengok kecenderungan dia plak suka main masak2. abis sudu mangkuk, pinggan dia wak main. nakkk ooiit, awk tu lelaki... apa kes plak nak main masak2 nie.

3.suka bebenor main microwave. pinggan, sudu, bear, fridge magnet, span basuh pinggan abis dia sumbat dlm microwave. pastu cuba tekan2.(sbb dia selalu dok perati aku guna microwave tu nak panaskan makanan).

 tengok lah tue. maunya aku tak jd gorilla.

cubaan untuk letak span basuh pinggan dlm microwave.

UPDATE: part paling tacing, lps aku jd tarzan, marah2 rayyan, dia plak sob sob huhuhu nages, pastu dia datang kat aku ciummm2 pipi aku berkali2 salam2. minta maap kononnya. pastu dia nakal balik. huhuhu anak Ummi....


oohh... budak kecik zara dah mula mkn solid food.

Monday, October 8, 2012

Resepi: Cinnamon Bread Pudding with Apple

assalamualaikum;

semalam aku tengok kat dapur ada baki roti dalam 5 keping, expired esok. sblm dia berkulat baik kita jadikan sesuatu. sebelum tu aku opismate aku ada beli puding roti kat Swiss Oven (KL Sentral). rasa dia mmg best sgt2. ada rasa kulit kayu manis, apple, badam, kismis, makan plak denga sos kastad.

so aku pun cilok la dari rasa puding tu dan buat sendiri kat umah dengan roti yg nak expired esok. senang je basic puding roti yang aku selalu buat tu aku tambah bahan2 perasa yang aku sebuat kt atas tadi tuh.


bahan2:
roti yg dh dicarik2/koyak2
susu cair 1 tin
gula 3 sudu besar (aku letak 3 sudu je sbb nak mkn sos coklat hersheys) butter
telor 1 bijik
kismis utk tabur sbg hiasan
vanilla 1 sudu
sebiji epal-didadu
1 sudu cinnamon powder
badam cincang-suka ati byk mana

cara2:
sapu butter kt loyang
roti yg dh dikoyak susun dlm loyang, selang seli dgn epal yg didadu, kismis &badam
pukul, telor,susu cair, gula
tuang atas roti dlm loyang td.
biarkan sekejap smpai bahan yg dipukul td meresap dlm roti.
letak skit butter atas adunan tu dan tabur la kismis.
then bakar smpai kuning2 skit atas tu.
pastu bleh la ngappp... tp masuk dlm peti ais lg sedap tauuu....
boleh jugak mkn dengan aiskerim, tuang sos coklat.
cara lain: makan dengan sos kastad.
 memang super yummyyyy....



nota kecik:hangin betul dengan rayyan weekend lepas. suka merajuk, main microwave, letak sudu, span basuh pinggan,fridge magnet dlm microwave tu. 3 kali aku lepuk dia,
bila dia tau dia salah datang kat aku cium2 plak pipi aku adoiii... pastu nakal lagi. pastu datang cium lagi...

Thursday, October 4, 2012


Semalam kecoh jap kat opis aku bila Nasha Aziz datang. apa lagi semua dok bergambar si Nasha. aku pun tak ketinggalan laaa... mmg ramah dan tak sombong tau Nasha ni. muka pun gebu  comel je.


nampak sangat yang aku ni ketot bila dia bergambar dgn aku kena posing cenggitu.
eehh muka aku bolatnya..

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday @ 3/10/2012

Teringat zaman masa belum ada anak dulu. salah satu aktiviti kami adalah mendaki gunung. Gmbar ni di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Masa ni sebulan lepas miscarriage... berjaya sampai ke puncak.


11&12 Julai 2009

Tuesday, October 2, 2012

Resepi: Krep Perancis

assalamualaikum kesayangan semua...
tak penah2 apdet blog petang. gara2 sibuk sgt hari ni. entry sempoi petang2 nk update pasal desserts semalam. aku buat Crep Perancis nama omputeh dia. nama melayu lak mcm lempeng laaa. sbb letak kiwi, sirap coklat pastu whipping cream jadi la mcm ala2 omputeh. tak tau apsal whipping tetiba tak menjadi. hukhukhuk cilok resepi dari blog ANA. akak share kat sini plak yer.. resepi asal dari cik mat gebu kalu tak silap.

mmg sedap giler lempeng ni lembut dan wangi jer baunya. caye tak rayyan bole abis sekeping. dasar pemakan sungguh anak bujang aku nih. abaikan gambar yang huduss sbb amik pakai hp jek dengan laju2 sebab rayyan tengah merengek. lapo.....

next time kena amik gambo bagi lawo skit... buat breakfast mmg kenyang sgt.



Resepi : Krep Perancis
Sumber rujukan : Blog CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam

Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

2.Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis.

Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
3.Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..

Monday, October 1, 2012

Roti John JJCM di Putrajaya


Assalamualaikum...
Ahad  semalam bersantai2 dok umah sambil buat keje umah yang takkan abis, sambil jugak buai zara nak tido, sambil jugak tgk tibi, sampai la tgk Jalan-jalan Cari Makan kat tv3. Tetiba si Ikram Dizly gi makan roti John yang nampak super delicious giler. Aku tengok kecur alir liur dengan mayonis+telur dan inti daging bergabung tenaga di atas dapur dia tuh. Meleleh-leleh...bukan air liur aku tapi mayonis tuh... apa lagi dalam kepala otak yang ligat terus dapat idea ajak kekanda gi makan roti John kat Putrajaya. Fuhhh.. Makan tengahari ala kadar jek sbb gigih nak gi makan roti John tu. Cikk.. senah wehh.. aku masak sambal telur golek dengan ikan selar kuning goreng je..
Misi seterusnya call dulu acik nak antar zara kat sana jap. Edisi makan2 tak boleh bawa si Zara. Rayyan bawa sbb nak bawa dia jalan2.
 stok roti kat blkg gerai roti john ni menimbun tinggi. aku semat gi usha, sambil berlari2 kejar Rayyan, nak amik gambar je tak sempat.

 panjang giler kena Q semata nak beli roti john tu. eehh mana cik abam ai... gara2 masuk dlm JJCM makin petang orang makin ramai beratur.

 oohh dah nampak.. depan akak tudung oren yang aku bulat kan tu. hampir sejam suami aku Q ni tau.

 meja mmg penuh. sila abaikan si mamat baju itam tu. dia takde kena mengena dengan aku hokkay.. wahh kontrol macho lak dia...

 Jenuh aku belikan dia gula2 bulat ni bagi dia dok diam kat kusi. skali gula2 tak abis Rayan bantai berlari2 celah kusi. jenuh la aku plak dok ngejarnya.. adooiiii.. tercungap2 aku. lagi kita panggil nama dia lagi laju dia lari.

 Gerai Roti John ni terdapat Taman Warisan Pertanian, percint 16.


Misi seterusnya call dulu acik nak antar zara kat sana jap. Edisi makan2 tak boleh bawa si Zara. Rayyan bawa sbb nak bawa dia jalan2. 

Sampai je kat Taman Warisan Pertanian, memang tak nampak langsung rupa tempat makan kat situ. Tapi keta yang parking agak banyak.rupa2nya gerai2 dia ada kat atas. Tak sempat aku nak snap2 gambar sebab edisi makan2 bertukar jadi edisi main kejar2 dengan Rayyan. Fuhh penat wehh.. berleluh cik keti ni. Dari elok2 dapat meja kena lak main kejar2 sudahnya orang lain dh rembat meja tu.

sibuk dok berkejaran sampi roti john yang beli pun tak sempat nak snap.  bagi aku rasa dia biasa je, yang special skit inti dia je kot banyak.

jangan bimbang area sini sangat selesa ada surau dan toilet jika kena Q lama nak beli roti john. aku sempat solat asar kt surau ni.

 semua gerai2 terdapat kat atas ni.

jenuh aku dok kejar rayyan. ni main turun naik tangga lak. mentang2 la tangga kt umah aku dh pasang baby gate...


Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015