Salam Ramadhan hari ke23. lagi seminggu lagi lebaran 1 Syawal baka tiba. tetiba saya nak meninggalkan Ramadhan yg penuh barokah ini...
kali ni aku nak share resepi lagi iaitu ayam panggang sedap yg super duper mudah. heyy aku mmg mmg suka yg mudah2 je. yg pakai byk rempah ratus, yg leceh dan rumit nak buat mmg aku tak kuasa nak buat.
sebenarnya aku dapat resepi ni dari blok kak Azie kat SINI pastu bila nak buat tu alahai banyak pulak bahan takde... sobs.. tp tetap nak buat gak ayam panggang ni. apa lagi menderhaka jadi Jebat lah aku...
kalu uols yang resepi asal kak azie boleh terjah blog beliau. kalu yang aku buat ni dah sedap pada tekak aku yang kak azie punya lagi laaaa SEDAPPP...sebab cukap segala bahan.
Ayam Panggang Berempah
Oleh; Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 (aku guna 1/2 ekor je)
2 biji kentang - belah 2
2 biji bawang besar - belah 2
2 biji tomato
2 batang serai - ketuk(takde stok)
1 paket rempah kari - guna Babas(tak bubuh sbb takut pedas)
Sedikit minyak masak-(tak bubuh)
2 sudu besar mentega atau marjerin (lupa bubuh)
Serbuk perasa
Garam
Aluminium foil
Bahan-bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit - serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai lada kering -(aku letak cili kisar skit)
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar(tak bubuh)
1/2 sudu kecil jintan halus (tak bubuh)
1/2 sudu kecil lada hitam - jika suka(yg ni aku bubuh)
Sedikit air.(tak bubuh-lupa)
aku letak madu 2 sudu dan sos tiram 2 sudu
Cara cara:
Cuci ayam bersih-bersih. Cucuk badan ayam dengan menggunakan garpu supaya rempah lebih meresap dan mesra.
Panaskan
oven terlebih dahulu. Kemudian, Bahan kisar tadi dimasukkan ke dalam
mangkuk. Campurkan dengan rempah kari, serbuk perasa dan garam. Gaul
rata.
Kemudian, lumurkan pada ayam yang telah dicucuk tadi. Letak ke tepi dahulu.
Sediakan
loyang untuk membakar. Tuangkan sedikit minyak ke dalam loyang
tersebut. Susun ayam yang telah dilumur dan diperap tadi. Ambil serai
yang telah diketuk tadi, dan siat lalu diselitkan pada susunan ayam.
tengok kemain main aku menderhaka pada resepi asal. ada yg tak bubuh, ada yg lupa bubuh.jus ayam tu siyes sedap boleh wat kuah. kecur lak dok menaip ni bila ingat ayam panggang tu.
sayangnya aku tak sempat nak snap gambar yang dah siap bakar.. dah tu ayam tu masak ngam2 time berbuka. silap aku jugak lambat masuk dalam oven sebab dok mencari mangkuk pyrex tu laaa. konon nak nampak gambar cun skit bila amik gambar...
3 comments:
Kecur air liur cek..nangis tepi bucu katil
akak amy buat mmg terbaik...aummmm
sedapnye..terliur dah ni..
Post a Comment