Thursday, January 28, 2016

Faqeef Arrayyan dah 5 tahun

mcmana laa boleh lupa nak blog kan birthday rayyan ari tu.
nasib baik masih lagi dalam bulan Januari, bulan birthday...
kejam sungguh rasanya. huhuhu

sebenarnya birthday dia jatuh pada 14/1/2016 ari tu.
memandangkan jatuh pada hari bekerja, so sambutan kecil2an kami 4 beranak je.
dia dah paham apa tu birthday.

semua orang dia bgtau hari tu birthday dia. dah pandai request kek bagai..
terharu jugak hati saya. balik keje petang tu saya dan suami sepakat
 beli kek dan oder je pizza hut untuk birthday dia. suka kemain dah tu,
 dapat tiup lilin, 
nyanyi lagu hepi besday ramai2...
tetiba rasa sebak bila ingat balik hari besday dia ari tu..

saya plan nak bawa jugak makanan kat kelas dia pada minggu berikutnya.
sempat laa buat macaroni cheese dan muffin untuk kawan2 dia.
InsyaAllah kalau ada masa yg sesuai nnt nak jugak
 buat majlis kecil2an sempena birthday dia nanti...

semoga Rayyan menjadi anak yg soleh, anak yg taat perintah Allah, ibubapa & guru.



 
dah 5 tahun pun budak ni, lahir bulan Januari mmg cepat laa naik umur

sekarang dah tak anti kamera... asal bergambar mesti peace...

 sebijik kek dan pizza untuk besday dia. hepi dah dapat tiup lilin besday...

throwback besday dia yg pertama dulu.. masa ni tgh sarat pregnenkan yaya 7 bulan...

LINK BAWAH:

http://amerislovely.blogspot.my/2012/02/majlis-harijadi-faqeef-arrayyan.html
http://amerislovely.blogspot.my/2012/01/disebalik-tabir-rayyans-birthday.html
 



3 comments:

fathiyah jamaludin said...

happy birthday rayyan
hensem dia

sambutan kecik2 pon bermakna bila bersama sekeluarga.. :)
yg pntg anak2 rasa gembira

CikNaa said...

happy birthday rayyan..

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015