Tuesday, January 26, 2016

RESEPI KEK MINYAK GEBU MULUS

lama tak share resepi kat blog kesayangan ni...
alaa bukan resepi hebat pun, buat kek minyak je.
sebenarnya petang Isnin semalam Rayyan request kek kaler2 belang. 
nasib baik dia request kek minyak, 
buatnya dia request kek ber cheese, ising, red velvet ke beli kat kedai laa jawabnya..
saya pernah share cerita buat kek minyak tu kat sini LINK  tapi takde buh resepi. 
kali ni saya sertakan resepi skali. 
sebenarnya kek minyak ni pernah viral kat FB dulu.
kek ni tersangat laa mudah, dan confirm jadi punya.

pastu rasa dia tak terlalu manis.  manis2 buah orang kata. 
tak perlu lg adjust resepi di bawah.
dengan gebu,lembut, mulus...
kalu tetiba mak mertua call nak datang dalam sejam dua lagi tu sempat laa buat,
sedang elok dia sampai tu panas2 lagi... sedapppnya makan.

kalu buat kek sronok betul saya sebab ada assistant cilik ni. 
masing2 berebut2 nak masukkan adunan dalam loyang pengukus. [bekas plastik biru tu]
sudahnya mmg menitik2 abis laa atas meja tu kan...
takpe..takpe... ni pun proses homeschooling jugak kan..

lepas masak kek tu ngam2 azan maghrib semalam. 
tak sempat tunggu sejuk, terus potong dan makan je 2 beradik tu...




 dah siap masukkan adunan tu, mcm ni laa hasilnya sebelum kukus..
buruk nau nampak kan... saya just gunakan lidi tarik2 kan corak tu.
tunggu laa hasilnya nnt.

 dah siap kukus mcm ni laa hasilnya...


KEK MINYAK

BAHAN2
 
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
1 sudu teh esen vanila
Pewarna-sukati nak letak kaler apa

CARA2
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mixer  Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak  sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
pastikan pengukus panas dulu dan kukus selama 40 minit.
Lepas 40 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah masak sempurna. 


 ni keratan rentas selepas dipotong

 hasilnya setelah diterbalikkan kek minyak tersebut..

beria2 2 beradik ni makan. esoknya siap bawa bekal gi skolah.

2 comments:

safurara said...

suka yaaa main masak2.hehe

Aeen said...

sedapnye...suka dorang makan kek yeh kak....

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015