Sunday, March 27, 2016

saya membebel..

dah agak lama saya tak membebel kat blog ni kan...
rasa mcm skrg semakin sibuk, masa tu cepat jer berlalu, 
tup2 tgk anak dah besar.
tahun depan 2-2 anak dah skolah.

2 hari cuti weekend mcm tak cukup je..
 kalu lah menteri wanita ni leh tambah sehari lagi cuti untuk ibu2,
 alahai heaven nya rasa, pastu masa kerja dipendekkan, boleh balik kul 3. 
macam kat sesetengah negara cthnya di jerman kalu tak silap saya. 
mmg masa bekerja utk ibu dipendekkan sebab nak bagi quality time bersama family.

bayangkan sekarang cuti hari minggu 2 hari. 
masa tu laa nak kemas umah, masak, melawat org tu sakit,
 sedara ni meninggal, 
masa yg betul2 boleh rehat bersama keluarga mmg terhad. 
bila dah buat semua keje rumah badan pun dah penat.
 dapat baca buku dgn anak2 pun sekejap je tu pun kalu sempat...

pastu sambung lagi gosok baju utk kerja minggu depan dan lipat baju yg dah basuh siang tadi, lipat baju ni paling penting sebab sekali ko termiss lipat,
 sebakul boleh jadi sebukit segunung. 
mujur lah suami saya rajin jugak melipat bila tgk kain tu dah setinggi gunung.

kalu laa boleh balik seawal kul 3 dapat laa amik anak, masak, 
spend masa dgn diorang.
sekarang ni sampai umah pun dah nak pukul 8.
laju2 mandi solat, masak, prepare for dinner, kemas lagi kat dapo,
 kalu ada oder lasagna buat jugak. skrg ni mmg tak amik oder banyak. 
paling banyak 2 je.
bila siap urusan semua tu badan pun dah penat, nak layan anak pun dah tak larat. 
saya rasa rata2 mak2 bekerja mengalami apa yg saya alami.

bukanlah bersungut apa yg kita buat. saya sekadar meluahkan scenario dan tuntutan kehidupan hari ni yg semakin mencabar. sekarang wanita perlu multitasking dan bekerja dengan laju dan pantas.


2 comments:

Aeen said...

kan kak..alangkah bagusnya kat Malaysia ni buat system masa mcm tu kan..kalau mcm tu kite keje pon senang hati...xde stress sbb dpt balik awal ...

Ibu Dilah said...

betul kak amy.. masa utk ibu bekerjaya mcm kita ni utk anak2 mmg sgt terhad.. lagi anak2 kecik yg mmg perlukan perhatian dr ibu.. bila ibu tak sempat layan mula la meragam.. then ibu pulak yg stress, dah penat, anak meragam.. selalu rasa serba bersalah kat anak2 lagi2 bila termarah diorg.. masa utk diri sendiri mmg takde dah..

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015