Friday, November 18, 2016

RESEPI: chicken pie yg sedap & mudah

minggu lepas saya sempat buat chicken pie untuk minum petang.
 sudahnya chicken pie tu jd hidangan makan malam sebab bila mkn 2 ketul alahai..
 kenyang yang amat. nak makan malam pun dah tak lalu.

resepi ni saya save dari group di FB dan saya editkan 
mengikut selera tekak dan bahan yang ada kat rumah.
kena pulak dengan efek cheese masa panas2 tu... 
adusss tengah menaip ni terus teringat balik. meleleh ailio..

korang kena cuba tau, sebab mudah sangat.
rasa dia mcm makan kat cafe2 mahal okay...
kalu korang buat masa mak mertua datang umah confirm dia takkan percaya punya.
sah2 dia kata ko beli kan.. nahh apa kata ko ajak dia buat sama2..
maunya melopong dia dengan kepandainan menantu dia ni.
ntah2 satu kampung dia gebang yg korang pandai buat chicken pie..




BAHAN-BAHAN UNTUK FILING CHICKEN PIE:

1.  2 ulas bawang putih
2. 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
3. 1/2 peket isi ayam cincang
4. 3 biji kentang dipotong dadu
5. 1/2 batang carrot dipotong dadu
6. 5 biji cendawan butang (tin) dihiris
7. 1/2 kiub pati ayam [optional]
8. 1 kotak kecil susu low fat [dutch lady @ apa2 jenama]
9. 1/2 sudu kecil Serbuk lada hitam
10. 1/2 sudu kecil mixed herbs
11. 1/2 cawan air
12. mozarella cheese secukupnya
13. 1 paket paratha segera jenama KAWAN

CARA-CARA:

1. Mula mula panaskan butter.

2. Kemudian masukkan bawang putih.

3. Apabila bawang putih dah mula menguning, masukkan bawang holland. 
    Tumis hingga layu.

4. Kemudian masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam masak.

5. Kemudian masukkan kentang dan lobak.

6. Masukkan air setengah cawan dan tutup.

7. Apabila hampir empuk, masukkan cendawan.

8. Diikuti dengan susu. 

9. Masukkan kuib pati ayam,mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam.
    potong  prata segera kepada saiz acuan muffin 
    dan masukkan prata segera dalam acuan muffin.

10. Masukkan isi chicken pai tersebut. 

11. Potong paratha tu kepada saiz yang boleh tutup pie tersebut.
Apabila dah tutup, tekan dengan garfu sekeliling pie td bagi melekatkan doh pie.

12. Kemudian, ambil kuning telur dan sapu bahagian atas. Nanti selepas dibakar, kuning telur akan bagi efek kilat cantik lepas dibakar. Nampak macam puff pastry di hotel hasilnya.


13. Semasa bakar, guna suhu 180 darjah bakar dalam 15 minit.

 Sebaiknya jangan guna suhu tinggi sehingga 200 darjah kerana bahagian luar akan masak,
 bahagian dalam tak masak lagi.

*Kenali oven sendiri di rumah.* 



 

 
    
        

2 comments:

fathiyah jamaludin said...

tqqqq
nak cuba weekend ni klu xde aral

Mila Ahmad said...

waaaaaa boleh buat jugak ni. klu buat sendiri boleh nak buat banyak mana kan? tq kak ameris share resepi awesome ni.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015