Tuesday, August 19, 2014

Majlis Tahlil +raya rumah MIL~raya part 2

haaahh.. dah nak abis syawal citer raya aku tak abis lagi ooiii..
ni pulak majlis tahlil kat umah MIL masa raya ari tu. malam raya ketiga tak silap aku. 
jemputan adalah jiran tetangga dan adik beradik hubby jek.. tu pun dah penuh rumah ooii..

yang buat aku terkilan takde pic raya kat rumah MIL. sobss. 
aku kan menantu mithali hantu. segan silu skit nak bergedik2 depan kamera. kalu kat umah ma aku takpe. huhuhu...

jadi laa dari takde sbb ni kira raya jugak laaa..
yg bestnya majlis tahlil tp dijamu dengan pizza dan kfc kooo...
western sangat. sebab dah jemu makan gulai, kari, rendang, segala jenis nasi masa raya, so masa majlis tahlil tu makan pizza dan kfc. tetamu pun enjoy jer...
si rayyan punya la aktif masa majlis tu. berlari2 menjerit2. hepi ke ape ntah bila tgk ramai2 berkumpul gitu. lenjun baju basah sbb peluh. nasib baik laa sepupu cik asben rajin melayan dia. kalu tak jenuh gak aku ni terjerit2.

aku dok kat area pompuan, nak amik gambar terhad jugak. abis tu dah majlis tahlil takkan nak amik gambar mcm majlis kawin pulak. pangg sebijik kang...
 
 
ni area pompuan...

rajin sepupu cik asben layan si rayyan ni

tahlil. amik gambar sorok2 tepi langsir.


hidang kfc dan pizza domino utk majlis tahlil. segala jenis perasa ada....

masing2 melantak pizza lps tahlil

Monday, August 18, 2014

Hutch & buffet eerkk... yer ke cam ni...

ingat tak sblm ni aku ada citer nak beli cabinet hitch & buffet kenkonon kat entry SINI. kemahen aku nak berhutch & buffet mcm rumah besar sangat nak sumbat kabinet cenggitu.  masa bulan puasa ari tu aku aoder laa oder lemari nih. takde pon dalam list aku yg bku tempaek gambar byk2 dalam entry tu. lemari yg aku beli cinonet je. nak beli barang ikut poket dan bajet. tu pesen aku. tp kalu berangan takpe, tak kena bayo pun...

sudahnya pertengahan puasa ritu almari tu pun sampai. tinggi lonjong. bila aku letak kat tempat ruang yang aku nak letak tu mmg tak sesuai sangat. pastu asben pun kata tak sesuai. 
mcm menghalang laluan dan ruang budak2 nak main. lepas tu pulak kang nnt budak2 ptu dok main buka tutup lak kang lemari tu. reason seterusnya meja makan aku yg bulat tu boleh extend jadi panjang, bila letak situ mcm sempit pula ruang kalu nak extend meja makan tu.

sudahnya lemari tu aku letak kat ruang tepi sliding door. kedudukan tu ak rasa paling sesuai dengan saiz lemari tu dan tak menghalang laluan, budak2 tu pun tak usik lak apa yg aku boh dalam tu....


mula2 sampai dah rasa tak sesuai dok situ...

tinggi longjong mmg tak sesuai tetiba dok berdiri kat tengah ruang tu. korang rasa???

sudahnya letak kat tepi sliding door... kalu ada ruang lain yg sesaui lepas ni pindah balik. eerkk boleh caya ke?? tgk tahap rajin aku laaa

Wednesday, August 13, 2014

Wordless Wednesday~ Rayyan Demam

mood nak update entry raya hold dulu. ni kisah semalam, rayyan kena demam panas.

balik keje petang Isnin, dia dah demam. ok lagi sbb aktif, so aku pun bagi ubat paracetamol cam biasa.
kul 2pagi, start meracau, tido menyelit2 bawah badan aku. tak selesa kot. bila aku terjaga, terkejut sbb badan dia panas sangat2. cek dengan termometer suhu sampai 40'c.

terus kejutkan suami, amik ubat bontot bagi dia. nak dekat subuh baru dia tido. pening weng2 kepala aku nak gi keje., so EL je. sambung tido sampai kul 8.30

kul 12 tghari panas lagi. siap2 aku bawa dia gi klinik panel yang biasa gi. sblm tu aku dah prepare siap2 packing baju kot2 kena admit.

kat klinik, bila doktor cek je suhu sampai 40'c terus tulis surat refer ke hosp. dapat je surat laju2 aku drive gi Columbia Asia Hospital, Setapak. . aku gi situ sbb dia dah pernah admit situ. so rekod dah ada.lagi pun dekat dengan rumah pengasuh. kalu apa2 senang...

kat hospital , doktor cek takde ciri2 denggi, takde muntah or cirit. terus masuk ubat bontot. 
lega bila doktor cakap gitu. sbb aku paling takut kalu dia ke sawan. bila dah ada history kemungkinan untuk kena balik tu tinggi.

wahai anak cepat lah sembuh... kuatkan semangat.

melepek atas riba aku lepas kena masuk ubat bontot.

Monday, August 11, 2014

cerita aidilfitri 2014 #part 1

assalamualaikum...
salam aidilfitri utk semua readers, gojes, dan silence readers.... 
ko, ucapan mcm ala2 retis dapat award. chait...

tahun ni kami kali ke2 kami beraya berempat. yaya dah besar sgt dah. syok sbb tak perlu berdukung lagi. masing2 jalan sendiri je pergi beraya.

bagi aku tak kisah raya umah sapa dulu. umah MIL ke umah ma aku ke sama je. kitorang ulang alik 2-3 kali sehari. maklum laa dekat. so takde gaduh2 laki bini pasal turn balik kg. tu laa untung kawin dgn pasangan sama negeri, sama daerah. miahhhhhaaaa

1st raya kat umah umah aku, so bergedik sakan laaa iols bergambar sana sini sinun. bukan senang nak jumpa berkumpul adik beradik cenggini. kalu kat umah MIL mmg aku segan giler nak snap2 gambar.  kat umah MIL nnt next entry.

ada gak yg tak syoknya, Rayyan mmg pantang bergambar, mula mengamuk wehh... aku pegang kamera pun tak bagi.

tema tahun ni cik asben yang pilih. blue black kater nya. jenuh gak aku mencari baju untuk aku kaler ni. kebanyakan semua color blok dengan kaler yg terang bederang. skali jumpa dress kat POPLOOK terus sambar. kata sedondon. wpun bila aku pakai dress tu dah rupa mengandung....

gambar tuan blog bergedik dulu...

sambung gedik lagi

dress JEZEL dari POPLOOK. nampak mcm pregnen lak bila aku pakai dress ni...

kami adik beradik... ada sorang lagi tak sempat bergambar sbb balik umah MIL dia.. 2 orang kiri kanan tu single lagi...


tengah manjamu selera di pagi selera. Menu, nasi dagang, rendang, lemang, ketupat palas...

ayahanda dan bonda. semoga dikurniakan kesihatan yang baik...

tersengih2 cik asben baru balik solat raya.. 

yaya tengah pikir nak pilih biskut mana nak makan kot. dalam sangat dok tenung tuh..

budak yang asyik badmood jer bila nak amik gambar

laki bini. adik & ipar

tengok laa rayyan ni asyik ngamuk je,  sbb tu aku takde gambar yang proper raya thn ni...
dah kenapa rayyan ooii...

ko tengok...ko tengok... aku baru nak bergedik bergambar satu family feeling ala2 gojes dia pulak yg mengamuk tak nak bergambar. spoill tauuu

yaya yang sporting bila diajak bergambar... wpun muka serius. laki ku mmg ceria sokmo...

 
sesi bagu duit raya... sapa yg belum dapat lagi...

dah minta maap kena la ciom skali.. 

adik adik aku...
Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015