Thursday, June 6, 2013

Tips bila anak diserang demam panas

assalamualaikum uols...
aku bukanlah pakar apatah lagi doktor perubatan nak bagi tips bagai. apa yang aku bagi adalah berdasarkan pengalaman aku sebab anak aku selalu jugak demam. dalam 3-4 bulan ada la kena sekali. rayyan pulak pernah diserang sawan tarik sebab demam panas melampau. ibuk-ibuk bapak-bapak sekelian, kalu anak2 diserang demam jangan sekali2 pandang remeh. demam sekarang bukan lagi macam demam zaman dolu2 boleh lap2 dengan air bunga raya, air asam jawa dan sebagainya... apa yg aku perhatikan (pengalaman sendiri dan pengalaman kawan2) apa2 penyakit mesti bermula dengan demam. kalu tak kebah2 jugak lepas gi klinik makan ubat, antiobiotik sila lah ke hospital. aku pun tak pasti tapi kategori demam ni mmg banyak laa, demam virus, demam panas. bila ada rakan blogger yang anak beliau diserang demam sehingga membawa maut  sangat menyentuh perasaan aku. mula la teringat anak sendiri yang kerap jugak demam. adehhh... tak dapat bayang kan perasaan beliau.

masa anak2 aku kena rotavirus dulu pun bermula dengan demam jugak, entry ni-----> http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/yaya-kena-dulu.html dan entry ni------->  http://amerislovely.blogspot.com/2013/03/part-2-lps-yaya-rayyan-dengan-suami.html 
2-3 hari tak kebah2 on off-on off je demam diorang. masa kat hospital nurse suruh tanggalkan baju seluar. kalu boleh biarkan dengan diapers je. 

jgn nak berbaju sweater, berselimut bagai. pasang kipas kuat2, ekon kalu boleh pasang paling sejuk. biar segala wap2 panas dalam badan tu keluar. siram badan kalu boleh setiap 1 jam. letak towel lembab kat ketiak anak.

 sentiasa  pantau suhu badan anak dengan termometer. sekiranya demam masih berlarutan selepas 2 hari dan diberi ubat sila rujuk dengan doktor semula.

pastikan ubat demam paracetamol sentiasa ada dalam simpanan. jadi kalu tetiba anak demam tengah2 malam, anda tak perlu panik. bagi je sirap paracetamol tu kat anak.

jika anak anda masih lagi aktif walaupun demam, itu adalah tanda anda tak perlu TERLALU risau.

jangan lupa sentiasa bagi anak minum air putih untuk mengelakkan dehidrate.

sentiasa bawa ubat demam dan termometer tiap kali korang pergi bercuti atau balik kampung. jadi takde la korang panik kalu anak korang tetiba demam dan kampung pulak jauh dari klinik.

kalu korang ada tips2 lain boleh jugak kongsi yer...




4 comments:

safurara said...

anak demam mmg menakutkan,rara masa princess demam,mmg rara bogel kan.xpakai baju.pas dh ok rara bg pakai baju lobang lobang tu.hehe.kepala mmg jelum dgn air asam jawa.kalo kering je basah kan kering je basahkan lagi.huh seriau.

Mila Ahmad said...

yaya demam ye keciannyaaaaa..

Mimy Hamid said...

nk bg tips jugak...sentiasa jaramkan kepala lap lap pelipat dia...satu lg i tiod pakai kan bantal sejuk yang letak dalam peti ais...

::EIDA:: said...

yaya demam? cepat sembuh yeee.. ida taktahu nk bg tips ape.. sbb xde lagi ...hue~

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015