Friday, October 11, 2013

Aku & Diet

salam Jemaat uols... lambat bersiaran hari ni sbb live update bukannya schedule n3.. ngehh..ngehh... bocor rahsia.. ari ni nak gebang pasal diet. bukan general diet tp aku punya diet  entry berjela di tengahari.. tabah lah korang baca yer...

sblm beranak pinak berat badan aku adalah 45kg gitew..lps kawin naik laa jadi 47kg. aku suka time ni sbb dah lama aku idamkan berat cenggini. takde la kurus kering sekeping badan aku. of koz la lepas kawen happy kann...ada sesapa berani menidakkan, kang kena cepuk dgn laki sendiri.

bila pregnen kali pertama, makan tak ingat donia. im pregnen okeh, so makan untuk baby. teori aku yang ternyata salah.... sebab bukan lagi menjadi rezeki kami, aku keguguran. lama lepas tu belum jugak pregnen2. seterusnya proses mendapatkan baby bermula lagi. pelbagai treatment kesuburan, jumpa pakar gynae aku lalui barulah berjaya mendapatkan Rayyan.

rayyan baru 7 bulan tetiba aku pregnen lagi. aku lagi la terkejut sbb nak pregnen dulu punya la susah tup tup senang pulak mengandung mcm mkn kit kat pulak. hukhukhuk...

ooo.. rupa2nya ubat subur yg aku amik dulu masih lagi kuat dan aktif dalam badan. doktor cakap gitu kat aku dulu...

mengandungkan kan yaya lagi mencabar sbb ada kompilasi. -air ketuban lebih-
menurut doktor baby dalam kandungan boleh jadi cacat, sindrom down, dan bermacam2 lagi kemungkinan yang tidak normal. gilak aku tak takot dengar penjelasan doktor. tapi aku pasrah dan alhamdulillah yaya is NORMAL mcm budak2 lain. aku bersyukur sgt2 ya ALLAH...

untuk mengelakkan lagi eksiden aku sepakat dengan suami ambil perancang yang cucuk kat montot tu 3 bulan skali. sambil monitor cyst kat rahimah rahim aku nih supaya tidak membesar bagai johan. cukup takat 5cm tu jek.

menurut doktor gynae aku lagi bila dah ambil perancang ni, selera makan akan bertambah, emosi akan tak menentu dan lain2 simptom lagi. takot tak korang???

ok, ke dua dua aku akui mmg aku alami. selera makan mengalahkan raksasa, emosi yang tak stabil. sila tabah lah wahai suami dengan bini yg beremosi gini. ni bukan sengaja okeh, ni simptom yg doktor pun cakap. [alasan supaya aku bukan punca... ehh betul hape...]

lepas beranak berat aku cecah 52kg. sangat luar biasa, di mana aku mesti buat sesuatu. tak nak lemak makin berkembang maju dalam badan aku. sampai ada yang ingat aku pregnen lagi. SENTAP jiwa tisu aku. berjuta sentap bila ada yang nak bagi seat kat aku dlm lrt sbb ingat aku mengandung. [nangis dalam ati... huhuhu]

amerda, pls positif. maka lepas bulan puasa ritu aku terus tak makan malan sampai sekarang. aku cuma makan tengahari sahaja dengan lauk pauk tanpa sekatan. maksud aku takde la aku hadkan lauk2 jenis rebus2 je, panggang je... semua aku bedal tp skali sehari SAHAJA. bfast pagi pun aku skip sbb waktu rehat aku kat opis 11.30-12.30. kalu aku mkn pagi masih lagi kenyang untuk aku amik lunch time rehat tu.  malam pulak aku cuma abiskan sayur anak2,  biskut sekeping yg anak tak abis atau tak makan langsung. masa mula2 mmg gigil jugak laa sbb perut jenis isi kenyang mcm ular sawa. mkn kul 9, kul 10 tido.

tapi alhamdulillah, dh biasa camtu. takde gigil2 lagi mcm org somalia... berat turun 2kg jd 50kg. tp suami lak kata jgn kurus lagi biar je camni... hmmmm yg penting skrg nak kurangkan buncit perut.

6 comments:

mrs kayrul said...

sama la kak amy..kita pun dalam proses nak mendietkan diri...malam sekarang memang x ambik la...harap2 berjaya la kurus...hheehehe

mrs kayrul said...

sama la kak amy..kita pun dalam proses nak mendietkan diri...malam sekarang memang x ambik la...harap2 berjaya la kurus...hheehehe

Nadt said...

saya tengok akak kuruss je..

ameris said...

Tgk mcm kurus tp hakikatnya dh gemuk...

~ NANA ~ said...

huwaaaa akak! kita tgk akak kat birthday Qi hari tu kurus & cun je...muka x nampak tua! i ni yg umo baru 26 badan macam hape je...hahaha

safurara said...

akk kurus lah akk.mana ada gemssss.akk ni saje tawwww.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015