Tuesday, January 10, 2012

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung


Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung

surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


dipetik daripada Ustazah Nurhafizah Musa semasa kuliah beliau di opis.

6 comments:

Mama Gee said...

bilalah nk bule amalkan lg ni..huhuhuhhu

ameris said...

insyaallah G,mcm saya jugak dulu nk dptkan rayyan punya susah.merata2 buat treatment. lps dapat ada lg rupanya....

yg penting G jgn stress ok.

saje_saje je said...

Jgn cepat putus asa

saje_saje je said...

Jgn cepat putus asa

saje_saje je said...

Jgn cepat putus asa

saje_saje je said...

Jgn cepat putus asa

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015