Thursday, January 12, 2012

perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

Entry ni khusus untuk si suami yang isterinya mengandung.

Adalah menjad...i impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. mungkin ada gak suami yg tahu tp tak memahami kerana mereka tidak mengalami apa yang sang isteri alami ketika mengandung.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. seboleh2nya jangan la biarkan isteri tu tido kt bilik bersama anak sedangkan suami lak dok layan bola smpai kul 2-3 pagi. kalu nak tahu isteri ni tunggu dlm bilik lps tidokan anak, ingat boleh bermesra2 sblm tido tapi.......

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
biasanya isteri beli sendiri je pemakanan yg diperlukan utk dia dan baby dlm perut. contoh: susu dan sebagainya, tapiiiii kalu suami skali skala beli untuk isteri, rasa2nya isteri akan lebih menghargai.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.hmmm... jgn la pulak ejek2 atau gelakkan isteri kalu dia jln lmbat. mmg berat tau nak bawa perut tambah2 kalu dah ujung2 waktu. kecik ati isteri kalu gelakkan dia time camni. anak yang dia kandung tu anak sang suami jugakkannnn.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik. jangan la harapkan isteri 100% dlm keadaan mcmni.tahukah anda, yg isteri tu nak duduk bangun teramat laa siksanya. pastu pulak jangan la ungkit balik bila dh buat keje2 umah tu.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.ataupun suami bleh tolong isteri kemas bila lps makan. baru la ringan skit tugas isteri. andai suami tahu, isteri mmg nak sediakan semua dgn air tangannya tp dlm keadaan mcm ni dia mmg tidak mampu untuk lakukan semuanya

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.masa nak shopping beli baju baby tu pegi la sama2. tak la si suami tahu komplen je bila apa yg dibeli isteri tak berkenan di hati. kalu sama2 pilih boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur. boleh jugak picit2kan betis dan kaki isteri masa nak tido tu. sesungguhnya walaupun isteri tak bagitau sesungguhnya mmg terasa sakit kaki tu.tambah2 lagi kalu isteri yang bekerja, yg x bekerja pun sama, dok umah pun buat keje umah jugak. kalu ada org picit2 tu lega la skit, tak la cramp je bila tido.

suami2 sekalian, sila beri sokongan pada isteri anda ok!!!

2 comments:

mshazadoes said...

bca petua akk jek..dh trasa besh nye time mengandung nih,,bile agaknye smpi sya plk iyer...

ameris said...

lydia;
Insyaallah ada rezeki lydia nnt.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015