Monday, February 18, 2013

Cream Puff inti kastad jagung

assalamualaikum uols...
dah lama tak tepek resepi kat blog. minggu lepas sempat buat cream puff ni yang dah berminggu2 delay nak buat. akhirnya sabtu lepas terlaksana sudah kempunan nak buat cream puff ni.  tak sangka semudah abc je nak buatnya... puas makan bila buat sendiri, kalu beli 50sen sejibik. siap bleh bagi kat jiran lagi. tp mencabar gak la time aku nak buat ni, masa tu la yaya bangun tido merengek2 kat aku. last2 aku buat cream puff sambil dukong dia, lenguh wehh tangan dukong dak yaya yang makin berat ni. resepi ni aku korek kat dapur mamasya. Jom tengok resepi kat bawah ni:



Bahan-bahan:
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff    kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

*aku takde piping bag, just guna sudu dan chopstik je masa nak buat bentuk dia.






Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


 sedap wooo letek cekelat camni...

 dalam pinggan tu dah siap bakar, dalam tray ready nak dibakar

dak rayyan ni dia korek inti jagung je. haisshhhh....

2 comments:

izfanora said...

tak lama lagi, blog ni jadi blog chef.. :P

::EIDA:: said...

huwaa.. melelehhhh tengok akak oiii...... nk buat nk buat ! tapi xde oven.. hukhukhuk

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015