Monday, February 25, 2013

Resepi: Oreo Tiramisu

assalamualaikum uols...
mesti ada yang Monday blues ni.. aku pun pagi ni rasa malas2 je nak gi keje. tapi sampai jugak opis ni.
oohh...semalam gigih aku buat tiramisu. tetiba rasa nak mencekik tiramisu. kalu ikut malas nak buat tp sbb dah beli barang kena gak buat. cream cheese mana leh simpan lelama kang nnt berkulat.dah la mahal menda tu. sebab tu kalu kita mkn kat kedai jenis2 kek atau desert yg ada cream cheese ni jgn tergezut kalo rege dia mmg mahal.satu cup/slice bole sampai berbelas ringgit. aku buat je puas skit makan. buat dalam gelas senang skit nak ngap depan tv, xpayah nak potong2 bagai...skali buat dapat la 7 gelas cam kat bawah tu .haaa... kan puas ulang2 makan.

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek chiffon atau apa2 kek. (aku guna chiffon pandan, beli kat giant)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe, jangan buh gula plak)
  • serbuk oreo (buang krim dlm biskut dan hancurkan)

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian(aku potong 2 bahagian)
  5. potong kek ikut saiz gelas
  6. tuang sedikit air nescafe dlm piring, cukup utk tekap kek depan blkg.
  7. letak kek chifon tersebut dalam gelas
  8. letak adunan cream+cheese tadi atas kek (suka hati nak letak byk mana)
  9. tapis serbuk oreo atas lapisan ckream cheese td
  10. ulang balik step no 5 sampai abis.
  11. atas sekali mesti lah cream cheese dan serbuk oreo. hias sesuka hati.
  12. sejukkan selama 4 jam.


heaven sungguh masa lalu kat tekak, segelas tu tak cukup utk aku makan...

6 comments:

NM03 said...

suker suker suker....








tapi malas nak buat. hehehehe

MizzTina said...

teringin nk buat.. dh lama pasang niat.. tp malas.. hahaha

::EIDA:: said...

terliur akak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Liza Othman said...

sedapnye.. leh try :D

Eliana Uzalli said...

Kalau bubuh kek tu dalam tupeware boleh tak,supaya senang nak bawak pergi sekolah

ameris said...

ELIANA.. boleh apa2 bekas pun boleh.

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015