Monday, March 3, 2014

Nasi ala arab versi sendiri

lamanya tak share resepi dengan uols... ni dah lama aku masak, tak nyempat2 nak update kat blog. gatai gi share gi share kat FB pastu senyap. cian kat orang yg tanya. sebenarnya dah beberapa kali jugak aku masak nasi ala arab ni. cisss konon nak ber ala2 padahal ko guna beriani mix megi je ooii...

koranggg... jangan pandang remeh okeh, sebabnya rasanya sangat2 sedap. cuma korang kena la tumis dengan 4 sekawan. kat paket tu suh campor terus. aku pernah buat yg kambing dan jugak ayam. tips lagi satu kena lebihkan beras sbb rempah tu mcm pekat sangat.

kalau buat beriani kambing, maku sure rebut dulu kambing tu sampai empuk, kang keras mcm selipar jepon aku tak tau ok. air rebus kaming tu campur skali dalam nasi.

kenapa aku kata nasi ala arab sedangkat kat paket tu  rempah beriani. sebabnya puan2 kalu ikut betul2 kat paket tu nasi akan jadi berempah mcm beriani, sbb tu aku suh tambah beras supaya lite2 je rasa rempah dia gitu.

nasi arab kan ada sos salsa tu... nnt aku bagi cara nak buat sos salsa tomato tu. makan lak dengan salad dan timun jepon. giler bertambah2 laki korang makan. tapi jangan la gitau dia korang guna rempah megi tu. mesti dia bangga giler binik dia pandai masak nasi arab. ngeh..ngeh.. eehh lagi satu, korang guna beras basmathi tau baru cantik nasinya seketul2...

kalu tetiba family korang nak datang umah pastu cam buntu nak masak lauk apa, boleh gak try. Jimat masa.

 



sos salsa tomato.

bahan2:
tomato 4 biji -dadu
cili besar 4 biji
cili api - kalu nak pedas
lemon 1 biji. cuka skit
garam, gula - sesedap rasa.
1 pokok daun ketumbar hiris halus
blend semua tp jangan terlampau hancuss

3 comments:

Masya said...

mengiurkan.. tak pernah cuba lg rempah beryani maggie ni... sesekali masak mcm ni nampak specialkan.. yg penting mudah dan menyelerakan...

Mila Ahmad said...

gambar menyelerakannya adoiii

Umi Qi said...

Hakak amyyyy dah bg Umi Qi idea nak masak apa nanti bila freeeeeeeee...nak cari rempah beriani cap maggi nanti kt tesco yeyyyyyyyy mekasih akak..nak cubaaaaaaaaaa sedappp yer tgk :D

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015