Monday, April 14, 2014

Fateen Azzahra 2 tahun. Happy Birthday sayang

Semalam  13/4/2014, genap 2 tahun anak dara bongsu ni. Sekejap je masa berlalu rupa-rupanya dah dua tahun aku bersalinkan dia. 

Sengal-sengal badan lepas bersalin pun tak hilang lagi.  Lagi bertambah lenguh ada la kot bila nak melayan hero dan heroin ni. Sikit2 umi...skit-skit umiiii....
Pantang umi dia ni ilang dari pandangan mata. Terutamanya sihero...

Ok, kali ni citer pasal yaya. Masa mengandungkan dia penuh komplikasi. Seram dan takut aku dibuatnya. Mana taknya dengan terlebih air ketuban. Bergguling2, bergolek2 dgn lasaknya masa dia dok dalam perut aku dulu. Tapi uols, betapa bahayanya terlebih air ketuban ni ooii....

Masa 6 bulan check-up,
Doctor: awak perasan tak Amerda yang perut awak ni besar sangat?
Aku: gulppp... ntah laa doctor, mcm biasa je Cuma baby mmg lasak sgt berguling kat dalam.
Doctor: air ketuban awak ni terlebih. Boleh bawa komplikasi serius yang mana baby boleh jadi simdrom down atau simdrom2 yang seumpama denganya...
Aku: mcm terhenti jap jantung ni. Speechless....

 FATEEN AZZAHRAA AHMAD FARIS 2 TAHUN

Doctor arahkan aku gi buat detail scan. Tengah malam buta dalam hujan lebah aku gi buat detail scan kat klinik doctor baskaran di sungai buloh. Terlentang aku sejam setengah aku atas katil tu bila doctor baskaran buat detail scan, semua tulang temulang, sendi, tengkorak,saraf, kaki, tangan doctor tu ukur. Tapi punya laa rumit sebab baby berguling2 je, yer laa dah banyak air kann.. sronok laa kot.

Bila doctor kata semua ok, tunggu je lepas u bersalin nanti. Legaaa jap hati aku, tapi tetap gundah gulana nak tunggu bersalinkan yaya....
bila satu jumaat tu aku bersiap nak gi opis mcm biasa pagi tu. Konon nya last day keje sebab aku dah set nak bersalin yaya  rabu berikutnya. Tetiba rasa sakit perut memulas2 mcm nak berak gitu. Haishh.. dari nak gi opis terus gi Putra Medical Centre, sungai buloj sepas antar rayyan kt BS.

Dalam perjalanan sakit tak tahan, rasa mcm masa tu jugak nak beranak. Ooii...  aku dapat rasa somi aku bawa keta dah mcm jet kot. Mujur laa jalan menghala ke sungai buloh clear, sebab jalan jem menghala ke KL, iyer laa dah hari keje kan.
Sampai PMC terus masuk labor room, bukaan dah 4 cm kot tak silap. Suami kat sebelah terus bagi semangat kat aku. Masa  ni mmg nyawa dihujung tanduk org kata. Bila doctor Tanya nak bersalin normal ke operate, aku terus cakap operate.
Bila dah settle semua, doctor Wan Ratna kata nasib baik kau pilih untuk operate, kalu tak rahim aku boleh pecah...

Tu laa seba sedikit kisah 2 tahun lepas sebelum bersalin yaya. Sekarang dialah penyeri, dialah penghibur, dialah pelawak, dialah pengubat aku time stress....
Semoga jadi anak yang solehah yer Yaya, jangan gado2 dengan abang. Umi tetap mendoakan Yaya membesar dan Berjaya dunia akhirat.....

6 comments:

Aeen said...

happy birthday yaya....sedap betul nama penuh yaya....semoga jadi anak yg solehah yeh..n be a good girl..:)

Linda said...

Happy Birthday Fateen :)

aznor ibrahim said...

allah..seram sejuk baca tang rahim pecah tu..happy birthday yaya..semoga membesar jadi anak yang solehah.aminn :)

Allene said...

happy besday yaya... btul kak air ketuban bnyk bahaya.. lin doctor siap scan 2-3 kali nak confirmkan ok or tak

Umi Qi said...

Tergamam baca kak ameris cerita...besar dah anak dara akak...comey sgt gambar ni...alhamdulilah...happy birthday ye yaya...nanti uncle ngan auntie dtg merisik yaya ye...opssss pi besday party yaya lah hahahha mmuahhh

Chekgu Azrine said...

Yaya dah 2 tahun erk..
Semoga mmbesar sbg ank yg baik ye.sihat2 selalu

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015