Saturday, February 27, 2016

Aiskrim Sumi

sepanjang saya stay hi hospital menemani anak2  saya, entry SINI 
kat FB tengah viral aiskrim sumi.. rata2 dalam group tayang aiskerim masing2.
bila budak2  tu discharge hospital, saya terasa nak buat aiskrim tu. mudah je pun.
lagi satu leh jimat skit beli aiskrim sbb anak2 saya suka aiskerim.

aiskerim ni kita boleh pelbagaikan rasa dan isi dia kat dalam tu..
kebetulan kat rumah mmg ada sumi tapi jenis puding, sebab tu kaler aiskerim saya kurang menyerlah warnanya... takpe... tak cuba tak tau kan, lepas ni boleh buat lagi..

Resepi Ais Krim Sumi / Jelly Yg Sedang Hangat Viral
Bahan-bahan:-
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

Cara2 nya :-
Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
Masak air sampai garam hancur
Masukkan baki 3 air tin
Kacau rata
Sumi dipotong 2 masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim .
Siapppp.. Sejuk bekukan selama 24jam dah boleh ngap!
 
bukan setakat anak je suka, suami pun sama.
 lepas makan nasi mesti nak makan aiskerim ni.
 
SELAMAT MENCUBA!!!



2 comments:

cik hani said...

Memang sedap...kami dari kecik selalu jgk buat eskrim sumi cuma dulu xde letak garam.

Ibnuismaini Ismail said...

Ada buat servis penghantaran, kak? Hehehe...

Copyright to AMERIS LOVERIS
Designed by UMIESUEstudio 2015